Gigi bongsu (Jawi: ݢيݢي بوڠسو) adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18–30 tahun.

Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestig, iaitu struktur yang fungsi asalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan pada jenis makanan manusia moden daripada makanan mentah kepada makanan yang dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Disebabkan itu, kadar kerosakan gigi berkurangan. Kehadiran gigi bongsu sepatutnya dapat membantu sekiranya ada geraham lain rosak, namun kini ia menjadi masalah kepada banyak orang kerana ia sudah tidak diperlukan.

Masalah pada gigi bongsu sunting

Gigi yang terhimpit sunting

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh.

Gigi yang tidak muncul sempurna pada gusi sunting

Kadangkala gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.

Perubatan sunting

Cabut gigi sunting

Sebelum dicabut, gigi umumnya akan digambar terlebih dahulu dengan menggunakan sinar X untuk mengetahui bentuk, kedudukan dan kedalaman gigi. Proses mencabut gigi bongsu biasanya dilakukan dengan bius setempat, namun kadangkala juga dilakukan dengan bius penuh. Walaupun tergolong dalam pembedahan kecil, namun proses mencabut gigi sebaiknya dilakukan secara profesional oleh doktor gigi, untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kerumitan selepas prosedur mencabut gigi tersebut.

Perkara yang perlu diambil tahu setelah mencabut gigi sunting

'Untuk mempercepatkan proses penyembuhan:'

  • Cuba berehat sepanjang hari dan tidak melakukan kerja-kerja berat.
  • Elakkan merokok. Seelok-eloknya selama proses penyembuhan (3-4 hari), minimum selama 24 jam selepas prosedur.
  • Elakkan berkumur atau menggosok gigi selama 24 jam selepas prosedur
  • Selepas 24 jam, kebersihan dapat dijaga dengan berkumur air suam bergaram (1 sudu teh garam untuk 1 gelas air) minimum 4 kali sehari. Berkumurlah dengan hati-hati kerana tekanan boleh menyebabkan lubang bekas operasi terbuka lagi dan terjadi pendarahan.
  • Selepas 24 jam, menggosok gigi boleh dilakukan dengan hati-hati, terutama di bilik pembedahan.
  • Bila diberi ubat penahan sakit dan antibiotik, minumlah mengikut arahan doktor. Antibiotik harus dihabiskan walaupun gigi sudah tidak terasa sakit. Sebaliknya, ubat penahan sakit boleh dihentikan bila sakit mulai reda.
  • Makan dan minumlah seperti biasa. Hindari berdiet, kerana makan dan minum yang cukup sangat penting untuk proses penyembuhan.
  • Hindari minum menggunakan sedutan kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan.
  • Elakkan minuman berkarbonat kerana buihnya dikatakan dapat melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Minuman jus buah terutama yang masam sangat disarankan.
  • Suplemen tambahan vitamin C digalakkan.
  • Untuk menghindari bengkak, selepas pembedahan rahang sebaiknya dituam dengan ais atau air sejuk. Tampalkan pelekat dingin selama 15 minit, diselangi 10 minit tanpa pelekat, diulang sehingga waktu rehat malam.
  • Pada hari-hari setelah hari pembedahan, rahang dapat dituam[1] dengan pelekat hangat, untuk menstimulasi peredaran darah di kawasan gigi bongsu yang boleh mempercepatkan penyembuhan.

Selain hal-hal di atas, bius yang dilakukan sebelum pembedahan juga dapat mempengaruhi kemampuan fizikal dan mekanikal. Jangan memandu, melakukan pekerjaan yang memerlukan daya tumpuan yang tinggi tinggi, atau menandatangani dokumen penting pada hari yang sama. Bila menggunakan bius penuh, disarankan ada orang yang menemani sepanjang satu hari tersebut (sebelum bius hilang kesan).

Masalah yang mungkin timbul selepas penyingkiran sunting

Pendarahan sunting

Pendarahan tidak dapat dielakkan dan boleh berlangsung selama satu hari penuh. Berkumur pada saat pendarahan terjadi sangat tidak dianjurkan. Pendarahan akan berhenti saat darah mulai menggumpal di lubang pencabutan, dan berkumur boleh menyebabkan gumpalan darah terlepas. Hal ini dapat memperlambat proses penyembuhan dan menyebabkan pendarahan berlaku lebih lama.

Bila terjadi pendarahan, letakkan gulungan kecil kasa steril (umumnya diberikan oleh doktor gigi) pada lubang bekas pencabutan. Kasa harus digigit dengan baik dengan tekanan secukupnya. Cara ini akan membantu menghentikan pendarahan, tetapi jangan dilakukan telalu berlebihan sehingga menimbulkan iritasi pada lubang pencabutan. Gulungan kasa hanya boleh digigit selama sekitar 20 minit. Bila terlalu lama, darah dapat membeku pada kasa dan gumpalan darah dapat terlepas lagi saat kasa dibuang. Bila pendarahan masih berlaku selepas 20 minit, ganti dengan kasa yang baru. Demikian seterusnya hingga pedarahan berkurang atau berhenti.

Bila pendarahan terus berlanjut setelah 1 hari, akan kembali ke doktor gigi dan laporkan. Pendarahan yang terus menerus menunjukkan masalah pada proses penyembuhan.

Lubang operasi tidak tertutup sempurna (dry socket) sunting

Pada umumnya, setelah gigi bungsu dicabut, darah akan menggenangi lubang bekas gigi dan menggumpal. Terbentuknya gumpalan darah ini sangat penting kerana berfungsi sebagai tempat gusi kemudian akan tumbuh menutupi lubang. Dianggarkan sebanyak 5-10% kes mengalami penutupan lubang yang tidak sempurna atau terlepasnya gumpalan darah sebelum waktunya, sehingga syaraf pada gusi dan bahkan tulang rahang menjadi terbuka (dry socket). Telah diketahui bahawa umumnya penderita dry socket adalah perempuan yang minum pil kontrasepsi. Dianggarkan dry socket boleh dielakkan dengan melakukan operasi pada hari ke-22 hingga ke-28 kitaran, iaitu saat kadar estrogen sedang pada titik terendah.

Jangkitan sunting

Jangkitan yang terjadi saat proses penyembuhan dapat dielakkan dengan minum antibiotik dan menjaga kebersihan mulut. Berkumur dengan air garam setiap selesai makan dapat membantu membersihkan kawasan operasi.

Rujukan sunting