Glory Glory Man United

Glory, Glory Man United adalah lagu tahun 1983 yang dilancar skuad Manchester United F.C. bersempena pertandingan akhir Piala FA Inggeris tahun 1983. Lagu ini menjadi lagu rasmi skuad bola sepak ini, dan masih sering diperdengarkan penyokong Manchester United dalam setiap perlawanan.

"Glory Glory Man United"
Single oleh Manchester United
Dilancarkan pada1983
Dirakamkan pada1983
GenrePop, bola sepak
Panjang2:53
SyarikatEMI 5390
Kronologi single Manchester United
""Manchester United"
(1976)"
"Glory Glory Man United" ""We All Follow Man United"
(1985)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Penyokong Manchester United telah menyanyikan lagu ini sejak awal 1980-an dan pada era 1990-an ( dimana Alex Ferguson datang ) ia menjadi popular antara penyokong lawan untuk memanipulasi lirik lagu apabila menyanyikan lagu "Apa Manchester United itu sebenarnya?". Sejak saat itu, penyokong Manchester United telah mengambil lagu ini dengan lirik sebenar, dengan gaya yang sesuai, biasanya selepas gol melawan tim rival atau sebandar ( seperti Manchester City ) atau bila-bila masa apabila Manchester United memenangi perlawanan.

Tottenham Hotspur F.C. punya lagu yang sama tetapi gaya yang berbeza dengan Manchester United. Versi Leeds United mempunya gaya sama dengan rival lamanya, United, dimana sejarahnya boleh ditelusuri pada awal dekade 1960-an berjudul Glory, Glory Leeds United dan terposisikan dalam kedudukan terbaik United Kingdom dalam satu-satu masa.

Tottenham Hotspur F.C. menggunakan lagu pada tahun 1960-an, dan juga Hibernian, yang merekodkan Glory, Glory to the Hibees! selepas euforia kemenangan 7-0 pada tahun 1970-an melawan kelab lokal Hearts United.