Glukoneogenesis adalah proses biosintesis glukosa daripada pelopor bukan karbohidrat. Pelopor glukoneogenesis termasuklah laktat, asid amino glukogenik dan α-gliserol.

Glukoneogesis penting kerana otak sangat bergantung kepada glukosa sebagai bahan api utama. Begitu juga dengan sel darah merah dan otot yang bekerja kuat. Glukoneogenesis berlaku di dalam hati, selain di dalam korteks ginjal dan tisu epitelium usus.