Genting Highlands

tempat peranginan di Malaysia
(Dilencongkan dari Gohtong Jaya)

Genting Highlands, juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting, merupakan sebuah peranginan bukit di puncak Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar kawasan tersebut terletak di negeri Pahang dan satu lagi bahagian kecil terletak di negeri Selangor. Ia ditubuhkan oleh mendiang peniaga pada tahun 1965. Tempat tarikan pelancong utama kawasan tersebut ialah tempat peranginan bukit Resorts World Genting. Di sana terletaknya tapak dan taman tema dan aktiviti-aktiviti perjudian adalah dibenarkan oleh pihak pengurusan.

Tanah Tinggi Genting
Genting Highlands
Genting Highlands is located in Bumi
Genting Highlands
Genting Highlands (Bumi)
Koordinat: 3°25′25″N 101°47′36″E / 3.42361°N 101.79333°E / 3.42361; 101.79333
Negara Malaysia
Negeri Pahang dan  Selangor
DaerahBentong dan Hulu Selangor
Penubuhan1965
Aras
1,865 m (6,118 ft)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak dipakai
Poskod
44300, 48200 dan 69000

Sejarah sunting

Idea untuk membina sebuah tapak peranginan bukit berhampiran ibu negara Kuala Lumpur datang daripada mendiang peniaga Malaysia etnik Cina Lim Goh Tong yang mendapatkan ilham daripada udara segar di Cameron Highlands semasa cuti perniagaannya ke sana pada dan berjaya

ina untuk menyediakan pengangkutan ke atas bukit: Awana Skyway dibina pada tahun 1977 dengan panjang 2.8 kilometer (1.7 bt) dan Genting Skyway dibina pada tahun 1997 dengan panjang 3.38 kilometer (2.10 bt). Genting Highlands resort mula terlibat dalam industri taman hiburan dan hiburan dengan pelancaran Taman Tema Dalam pada tahun 1992, Taman Tema Luar pada tahun 1994 dan Arena of Stars pada tahun 1998.[1]

Bandar baru sunting

 
Gohtong Jaya

Gohtong Jaya merupakan bandar utama di Genting Highlands yang dinamakan sempena Lim Goh Tong, pengasas Genting Group dan Genting Highlands sendiri. Ia mempunyai beberapa kemudahan seperti hotel (termasuk satu cawangan Hotel Seri Malaysia),[2] restoran, kedai, rumah, pangsapuri dan kawasan perumahan, sebuah pusat sukan, satu cawangan Institut Aminuddin Baki,[3] tiga buah sekolah - Sekolah Kebangsaan Sri Layang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Layang dan Sekolah Berasrama Antarabangsa Highlands (Highlands International Boarding School)/Sekolah Menengah Swasta Saleha dan dua stesen hilir untuk dua buah sistem kereta kabel yang mendaki ke puncak Genting Highlands - Awana Skyway di bahagian Pahang dan Genting Skyway di bahagian Selangor.[4][5][6]

Iklim sunting

Genting Highlands memiliki iklim tanah tinggi subtropik seperti musim bunga, dengan suhu tahunan tidak melebihi 25 °C (77 °F) dan jarang turun ke bawah 10 °C (50 °F) setiap tahun.

Data iklim untuk Genting Highlands
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 20.3
(68.5)
21.1
(70.0)
22.0
(71.6)
22.3
(72.1)
22.3
(72.1)
22.1
(71.8)
21.7
(71.1)
21.5
(70.7)
21.4
(70.5)
21.2
(70.2)
21.0
(69.8)
20.5
(68.9)
21.5
(70.6)
Purata suhu harian, °C (°F) 16.0
(60.8)
16.5
(61.7)
17.1
(62.8)
17.7
(63.9)
17.8
(64.0)
17.6
(63.7)
17.1
(62.8)
17.0
(62.6)
17.0
(62.6)
17.0
(62.6)
16.9
(62.4)
16.4
(61.5)
17.0
(62.6)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 11.8
(53.2)
12.0
(53.6)
12.3
(54.1)
13.1
(55.6)
13.3
(55.9)
13.1
(55.6)
12.5
(54.5)
12.6
(54.7)
12.7
(54.9)
12.9
(55.2)
12.8
(55.0)
12.3
(54.1)
12.6
(54.7)
Purata kerpasan, mm (inci) 250
(9.8)
165
(6.5)
232
(9.1)
259
(10.2)
203
(8.0)
112
(4.4)
103
(4.1)
120
(4.7)
173
(6.8)
258
(10.2)
310
(12.2)
278
(10.9)
2,463
(96.9)
Sumber: Climate data.org

Tarikan pelancong sunting

Resorts World Genting sunting

Resorts World Genting
Fail:Resorts World Genting logo.jpg
Alamat Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Bentong, Pahang, Malaysia
Tarikh pembukaan 27 April 1965
Bil. bilik 10466 (7 hotel)
Jumlah ruang perjudian Lebih 200,000 ka2 (19,000 m2)
Tarikan pengenalan First World Plaza
SkyAvenue
Genting Premium Outlets
Restoran ternama The Laughing Fish by Harry Ramsden
Burger & Lobster
Cafés Richard
Coffee Terrace
La Fiesta
e18hteen
LTITUDE
Malaysian Food Street
Motorino
The Olive
Pemilik Kumpulan Genting
(Genting Malaysia Berhad)
Tahun diubah suai Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (2013–kini)
Laman sesawang www.rwgenting.com
 
Hotel First World.
 
Hotel Genting Grand.

Resorts World Genting (Singkatan: RWG), asalnya dikenali sebagai Genting Highlands Resort merupakan sebuah tapak peranginan bukit bersepadu yang dimiliki oleh Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya Genting Malaysia Berhad yang terdiri daripada hotel, pusat beli belah, taman tema dan kasino. Ia merupakan tarikan pelancong utama peranginan bukit tersebut, terletak dalam bahagian negeri Pahang di kawasan itu.

Tempat penginapan sunting

Resorts World Genting mempunyai tujuh buah hotel dengan salah satu hotel merupakan sebuah tempat peranginan santai. Satu daripada tujuh tempat penginapan, First World Hotel memegang gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai hotel terbesar dari 2006 hingga 2008 dan mendapatkan semula gelaran pada tahun 2015 dengan jumlah 7,351 bilik berikutan kesiapan Menara 3.[7]

Nama Hotel Tarikh pelancaran Huraian Penilaian bintang Bil. Bilik Ruj
Hotel Genting SkyWorlds 1971 Dahulunya dikenali sebagai Hotel on the Park dan Hotel Theme Park, ia merupakan hotel pertama yang dibuka di Genting Highlands dan terletak bertentangan Taman Tema Luar. Bahagian Valley Wings hotel tersebut dihubungkan dengan Bahagian utama hotel melalui sebuah jejantas. 3 bintang 448 [8]
Hotel Genting Grand 1981 Ia pernah dikenali sebagai Hotel Genting, dan kemudiannya, Maxims sebelum Hotel Highlands mendapatkan namanya. Bangunannya terkenal dengan logo "Genting" besar di atas bumbungnya, yang boleh dilihat sejauh Petaling Jaya dan Subang Jaya (lebih 70 km jauh) pada hari yang cerah. Ia berbentuk "Y". Ia menempatkan Casino Genting dan juga Kompleks Genting Grand. 5 bintang 422 [9]
Awana 1984 Terletak kira-kira 4 km dari Resorts World Genting, Awana merupakan sebuah hotel peranginan dengan sebuah padang Golf, kolam renang dan kemudahan sukan yang lain. 5 bintang 413 [10]
Hotel Resort 1992 Hotel tersebut merupakan sebuah bangunan putih yang panjang yang menghadap ke arah Hotel Theme Park dan merupakan pintu masuk utama ke Genting SkyWorlds. Ia merupakan salah sebuah pintu masuk ke Casino Genting. 3 bintang 900 [11]
Hotel Highlands 1997 Stesen hulu Genting Skyway. 5 bintang 795 [12]
Hotel First World 2001 Mempunyai dua menara berwarna-warni yang sangat ketara. 3 bintang 7,351 [13]
Crockfords 2017 Dibuka pada 27 Nov 2017. 5 bintang 138 [14]

Taman tema sunting

Terdapat dua taman tema di Resort World Genting: Taman Tema Luar dan Taman Tema Dalam - Skytropolis Funland. Taman Tema Luar Genting dibuka pada tahun 1994 dengan beberapa permainan termasuk sebuah perkhidmatan monorail. Ia ditutup secara sementara pada 1 September 2013.[15]

Taman Tema Dalam Skytropolis Funland, dahulunya dikenali sebagai Taman Tema Dalam Genting dan Taman Tema Dalam First World Plaza, dibuka pada tahun 1992. Ia ditutup dari Jun 2017 hingga Februari 2018 untuk pengubahsuaian.[16]

Kasino sunting

Resorts World Genting merupakan kawasan kasino berasaskan tanah yang sah dalam negara. Terdapat dua pusat kasino utama dalam tempat peranginan tersebut, iaitu Genting Casino dan SkyCasino.

Pusat beli-belah sunting

Kini terdapat lima pusat beli-belah di tempat peranginan tersebut: Awana Sky Central,[17] First World Plaza,[18] Genting Highlands Premium Outlets,[19] Sky Avenue,[20] dan Kompleks Genting Grand.[21]

Kemudahan sunting

Tempat peranginan tersebut mempunyai dua tempat persembahan dan sebuah panggung wayang.

  • Arena of Stars merupakan sebuah dewan konsert dengan kapasiti 5,132 tempat duduk.
  • Pentas Pertunjukan Antarabangsa Genting (Genting International Showroom) merupakan sebuah tempat hiburan multimedia dengan kapasiti 1,000 tempat duduk.
  • Bona Cinemas di Sky Avenue merupakan panggung wayang pertama francais tersebut di luar China dan terdiri daripada 6 dewan panggung wayang yang dipasang sistem bunyi Dolby Atmos dan sistem panggung wayang IMAX.[22]

Acara sunting

Resorts World Genting pernah menganjurkan beberapa acara pada tahun yang lalu seperti upacara penyampaian anugerah, konsert dan pertandingan iaitu:

Genting Highlands menjadi garisan penamat bagi pusingan perlumbaan pertandingan lumba basikal Tour de Langkawi. Ia menjadi salah satu acara mendaki paling panjang (30 km) dalam sejarah acara lumba basikal.

Tarikan pelancong yang lain sunting

Tarikan pelancong yang lain di Genting Highlands ialah Tokong Gua Chin Swee - tokong tunggal yang dinamakan bersempena sami China Kuno Qing Shui,[23] Masjid Yayasan Mohamed Noah - masjid tunggal yang dinamakan bersempena ahli politik dan pengasas bersama Kumpulan Genting Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar, Taman Peringatan Gohtong - tapak peringatan dan perkuburan mendiang pengasas Lim Goh Tong,[24] pusat pertanian Genting Strawberry Leisure Farms dan apiari dan ladang entomologi tunggal - Happy Bee Farm.[25][26][27]

Politik sunting

Sejak 2020, Genting Highlands juga merupakan sebuah daerah kecil autonomi dalam Daerah Bentong.[28][29]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sejarah
  2. ^ "Hotel Seri Malaysia Genting Highlands". Hotel Seri Malaysia.
  3. ^ "Institut Aminuddin Baki Genting Highlands".
  4. ^ "Sekolah Berasrama Antarabangsa Highlands".
  5. ^ "'Govt ready to partner with private sector' says PM Dahal". The Himalayan Times (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-16. Dicapai pada 2017-01-30.
  6. ^ "Gohtong Jaya".
  7. ^ Genting's First World Recognized As World's Largest Hotel
  8. ^ Hotel Theme Park
  9. ^ Hotel Genting Grand
  10. ^ Laman sesawang Resorts World Awana
  11. ^ Hotel Resort
  12. ^ Hotel Highlands
  13. ^ Hotel First World
  14. ^ Crockfords
  15. ^ Taman Tema Luar
  16. ^ Taman Tema Dalam First World Plaza
  17. ^ Awana Sky Central
  18. ^ First World Plaza
  19. ^ Genting Highlands Premium Outlets
  20. ^ Sky Avenue
  21. ^ Genting Grand Complex
  22. ^ "China's Bona Film Group opens first overseas cineplex in Malaysia". channelnewsasia.com. February 25, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-24. Dicapai pada March 19, 2018.
  23. ^ Laman sesawang Tokong Chin Swee
  24. ^ Gohtong Memorial Park
  25. ^ Mini Cameron Highlands
  26. ^ Strawberry Farm
  27. ^ Happy Bee Farm
  28. ^ "Cukai tanah untuk industri turun". Harian Metro. Dicapai pada 28 October 2020.
  29. ^ "Pahang bentang belanjawan lebihan kali ke-17". Malaysia Dateline. Dicapai pada 28 October 2020.

Pautan luar sunting