Gol Gumbaz (Kannada: ಗೋಲ ಗುಮ್ಮಟ) adalah makam Muhammad Adil Shah II (1627-57) dari dinasti Adil Shahi sultan India, yang memerintah Kesultanan Bijapur dari 1490 hingga 1686.

Gol Gumbaz

Makam itu, terletak di bandar Bijapur, atau Vijapur di Karnataka, selatan India, dibina pada 1659 oleh arkitek terkenal, Yaqut Dabul. Struktur besar itu mempunyai ruang segi empat yang besar berukuran lebih kurang 50 m setiap sisi dan mempunyai kubah besar berdiameter 37.9 m, menjadikannya kubah pra-moden kedua terbesar di dunia (selepas kubah Hagia Sophia dan Pantheon). Kubah ini disokong oleh squinch besar yang disokong oleh singgah kubah, yang disokong pula oleh menara sudut berbentuk oktagon berkubah dari luar. Kubah Gol Gumbaz merupakan yang kedua terbear di dunia yang tidak disokong oleh tiang.

Gol Gumbaz pada 1860