Golden Gate adalah sebuah selat yang menghubungkan Teluk San Francisco ke Lautan Pasifik. Sebuah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Golden Gate telah dibina merentasi selat ini pada tahun 1930-an. Selat yang sedalam beberapa kaki ini terbentuk disebabkan oleh ombak besar dan arus kuat berpunca daripada Sungai Sacramento dan Sungai San Joaquin.

Golden Gate
Golden Gate, pandangan selatan ke arah San Francisco. Teluk San Francisco berada di sebelah kiri manakala Lautan Pasifik di sebelah kanan.

Sebelum kedatangan orang Eropah pada abad ke-18, kawasan di sekitar selat dan teluk ini diduduki oleh orang Ohlone. Penemuan selat ini dan teluknya oleh penjelajah awal Eropah adalah tidak mudah, kemungkinan kerana kabus musim panas yang berpanjangan wujud di selat ini. Kewujudan selat ini tidak tercatat dalam perjalanan Juan Rodriguez Cavrillo atau pun Francis Drake, keduanya telah menjelajahi pesisir pantai berdekatan pada abad ke-16 dalam mencari Laluan Barat Laut. Selat ini juga tidak tercatat dalam pengamatan oleh beberapa penjelajah Sepanyol yang kembali dari Filipina dan berlabuh di Teluk Drakes yang berdekatan.

Penemuan pertama selat ini tercatat hampir 200 tahun kemudian apabila pada 1769, Sersan Jose Ortega melaporkan tidak dapat meneruskan pelayaran disebabkan selat ini.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting