Gram (bahasa Greek/Latin: grámma), dengan simbol g, ialah unit jisim.

Gram
Tanda unit g
Ukuran Jisim
Unit asas Kilogram
Angka kandungan Asas 10-3
Sistem SI, CGS, dan lain-lain
Kegunaan biasa Biasanya digunakan untuk memasak dan melabel makanan
Contoh
Satu mililiter air ialah 1 g
Duit-duit syling yang biasa:
Satu euro ialah 7.5 g;
Satu peni Amerika Syarikat ialah 2.5 g
Pertukaran
SI 10 dg = 1 g = 0.1 dag = 0.001 kg
Imperial 1 g ≈ 0.0353 auns ≈ 0.00220 paun
Lihat juga: Peringkat magnitud (jisim)
Unit-unit berikut
desigram < Gram < dekagram
Tutup pen BIC, kira-kira 1 gram.

Pada asalnya ditakrifkan sebagai "berat mutlak untuk air tulen yang sama dengan kuasa tiga satu perseratus meter pada suhu ais mencair" [1] (kemudiannya 4 °C), satu gram kini ditakrifkan sebagai satu perseribu kilogram, unit asas SI, atau 1×10−3 kg yang pada dirinya ditakrifkan sebagai sama dengan jisim sebuah prototaip fizikal yang dikekalkan oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.


Contoh sunting

Kesemua jisim yang berikut adalah anggaran:

  • Tutup pen plastik (Bic): 1 gram
  • Sebiji gula-gula Smartie: 1 gram
  • Satu sudu teh gram: 4.745 gram
  • Klip kertas: 0.5 - 1.5 gram
  • Sehelai kertas A4 yang biasa: 5 gram
  • 1 wang kertas Amerika Syarikat (mana-mana peringkat nilai): 1 gram [2]
  • 1 nikel Amerika Syarikat: 5 gram (amat tepat ketika masih baru) [3]

Singkatan-singkatan yang lain sunting

Gram kekadang disingkatkan sebagai 'gm' atau 'gr'. Bagaimanapun, singkatan yang sah ialah 'g', dan bukannya 'gm' atau 'gr'.

Sejarah sunting

Gram ialah unit asas untuk jisim dalam sistem metrik Perancis yang asal, serta juga untuk Sistem unit sentimeter-gram-saat (CGS). Perkataan "gram" berasal daripada perkatan Latin Akhir, gramma, yang membawa pengertian berat kecil.

Kegunaan sunting

Pada hari ini, gram digunakan dengan paling meluas sebagai satu unit ukuran untuk ramuan-ramuan bukan cecair bagi tujuan memasak-masak serta untuk membeli barang runcit di seluruh dunia. Untuk barang-barang makanan yang biasanya dijual dalam jumlah yang jauh kurang daripada 1 kg, harga unit biasanya diberikan untuk setiap 100 g.

Kebanyakan piawai dan keperluan undang-undang untuk label pemakanan bagi barang-barang makanan memerlukan kandungan-kandungan relatifnya dinyatakan untuk setiap 100g barang tersebut agar angka-angkanya boleh juga dibaca sebagai peratusan.

Faktor pertukaran sunting

  • 1 grain = 0.06479891 gram
  • 1 aun avoirdupois = 28.349523125 gram
  • 1 auns troy = 31.1034768 gram

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [http://smdsi.quartier-rural.org/histoire/18germ_3.htm Laman web SMDSI
  2. ^ "Laman web Moneyfactory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-05-03.
  3. ^ Laman web Usmint

Pautan luar sunting