Grand Prix Bahrain 2006

Grand Prix Bahrain 2006 (nama rasmi: III Gulf Air Bahrain Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir, Bahrain pada 12 Mac 2006. Ia merupakan perlumbaan pertama dalam kalendar Formula Satu musim 2006, dan merupakan Grand Prix Bahrain yang ketiga. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 57 pusingan ini dimenangi oleh Juara Dunia tahun 2005, Fernando Alonso, dari pasukan Renault. Pemandu Ferrari, Michael Schumacher, memulakan musim terakhirnya dalam Formula Satu, (sebelum beliau kembali untuk menyertai pasukan Mercedes pada tahun 2010) mendapat tempat kedua. Kimi Räikkönen, dari pasukan McLaren, mendapat tempat ketiga, walaupun bermula dari tempat terakhir.

Bahrain   Grand Prix Bahrain 2006
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-1 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2006.
Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir
Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir
Tarikh 12 Mac 2006
Nama rasmi III Gulf Air Bahrain Grand Prix
Lokasi Litar Antarabangsa Bahrain
Sakhir, Bahrain
Litar Litar perlumbaan tetap
5.412 km (3.37 batu)
Jarak 57 pusingan, 308.238 km (191.530 batu)
CuacaCerah
Petak pertama
Pemandu Jerman Michael Schumacher Ferrari
Masa 1:31.431
Pusingan terpantas
Pemandu Jerman Nico Rosberg Williams-Cosworth
Masa 1:32.406 pada pusingan ke-42
Podium
Pertama Sepanyol Fernando Alonso Renault
Kedua Jerman Michael Schumacher Ferrari
Ketiga Finland Kimi Räikkönen McLaren-Mercedes

Ini merupakan perlumbaan Grand Prix yang pertama bagi Nico Rosberg, anak kepada Juara Dunia, Keke Rosberg, yang berlumba dengan pasukan Williams. Beliau menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan, dan masih memegang rekod untuk menjadi pemandu termuda untuk berbuat demikian, pada usia 20 tahun dan 144 hari. Ini juga merupakan perlumbaan pertama bagi pasukan Toro Rosso, Midland F1, dan Super Aguri, dan pemandu, Scott Speed dan Yuji Ide.

Laporan sunting

Sesi latihan sunting

Pemandu hari Jumaat sunting

Pasukan enam terbawah pada musim 2005, dan Super Aguri, dibenarkan untuk menguji kereta ketiga mereka pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat. Pemandu berikut memandu pada hari Jumaat, namun tidak mengambil bahagian dalam sesi kelayakan dan perlumbaan.

Pengeluar Negara Pemandu
Williams-Cosworth   Alexander Wurz
Honda   Anthony Davidson
Red Bull-Ferrari   Robert Doornbos
BMW Sauber   Robert Kubica
MF1-Toyota   Markus Winkelhock
Toro Rosso-Cosworth   Neel Jani
Super Aguri-Honda tiada

Klasifikasi sunting

Kelayakan sunting

Ked Negara Pemandu Pengeluar Bahagian 3 Bahagian 2 Bahagian 1
1   Michael Schumacher Ferrari 1:31.431 1:32.025 1:33.310
2   Felipe Massa Ferrari 1:31.478 1:32.014 1:33.579
3   Jenson Button Honda 1:31.549 1:32.025 1:32.603
4   Fernando Alonso Renault 1:31.702 1:31.215 1:32.433
5   Juan Pablo Montoya McLaren-Mercedes 1:32.164 1:31.487 1:33.233
6   Rubens Barrichello Honda 1:32.579 1:32.322 1:33.922
7   Mark Webber Williams-Cosworth 1:33.006 1:32.309 1:33.454
8   Christian Klien Red Bull-Ferrari 1:33.112 1:32.106 1:34.308
9   Giancarlo Fisichella Renault 1:33.496 1:31.831 1:32.934
10   Nick Heidfeld BMW Sauber 1:33.926 1:31.958 1:33.374
11   Jacques Villeneuve BMW Sauber 1:32.456 1:33.882
12   Nico Rosberg Williams-Cosworth 1:32.620 1:32.945
13   David Coulthard Red Bull-Ferrari 1:32.850 1:33.678
14   Jarno Trulli Toyota 1:33.066 1:33.987
15   Vitantonio Liuzzi Toro Rosso-Cosworth 1:33.416 1:34.439
16   Scott Speed Toro Rosso-Cosworth 1:34.606 1:33.995
17   Ralf Schumacher Toyota 1:34.702
18   Christijan Albers MF1-Toyota 1:35.724
19   Tiago Monteiro MF1-Toyota 1:35.900
20   Takuma Sato Super Aguri-Honda 1:37.411
21   Yuji Ide Super Aguri-Honda 1:40.270
22   Kimi Räikkönen McLaren-Mercedes Tiada masa

Perlumbaan sunting

 
Upacara podium selepas perlumbaan.
Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa/Terkeluar Petak Mata
1 1   Fernando Alonso Renault 57 1:29:46.205 4 10
2 5   Michael Schumacher Ferrari 57 +1.246 1 8
3 3   Kimi Räikkönen McLaren-Mercedes 57 +19.360 22 6
4 12   Jenson Button Honda 57 +19.992 3 5
5 4   Juan Pablo Montoya McLaren-Mercedes 57 +37.048 5 4
6 9   Mark Webber Williams-Cosworth 57 +41.932 7 3
7 10   Nico Rosberg Williams-Cosworth 57 +1:03.043 12 2
8 15   Christian Klien Red Bull-Ferrari 57 +1:06.771 8 1
9 6   Felipe Massa Ferrari 57 +1:09.907 2
10 14   David Coulthard Red Bull-Ferrari 57 +1:15.541 13
11 20   Vitantonio Liuzzi Toro Rosso-Cosworth 57 +1:25.997 15
12 16   Nick Heidfeld BMW Sauber 56 +1 Pusingan 10
13 21   Scott Speed Toro Rosso-Cosworth 56 +1 Pusingan 16
14 7   Ralf Schumacher Toyota 56 +1 Pusingan 17
15 11   Rubens Barrichello Honda 56 +1 Pusingan 6
16 8   Jarno Trulli Toyota 56 +1 Pusingan 14
17 18   Tiago Monteiro MF1-Toyota 55 +2 Pusingan 19
18 22   Takuma Sato Super Aguri-Honda 53 +4 Pusingan 20
Ret 23   Yuji Ide Super Aguri-Honda 35 Enjin 21
Ret 17   Jacques Villeneuve BMW Sauber 29 Enjin 11
Ret 2   Giancarlo Fisichella Renault 21 Hidraulik 9
Ret 19   Christijan Albers MF1-Toyota 0 Aci pemacu 18

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix China 2005
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2006
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Malaysia 2006
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Bahrain 2005
Grand Prix Bahrain Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Bahrain 2007

Koordinat: 26°01′57″N 50°30′38″E / 26.03250°N 50.51056°E / 26.03250; 50.51056