Mobile Suit Gundam Seed

Sebuah anime dari tahun 2002
(Dilencongkan dari Gundam Seed)

Mobile Suit Gundam Seed ataupun sebagai Mobile Suit Gundam SEED ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシード ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido ; singkatan : "Gundam Seed" ataupun "Gundam SEED" ) adalah sebuah anime dari tahun 2002 yang bersetting di sebuah dunia rekaan pada era kalendar "Cosmic Era".

Mobile Suit Gundam Seed
Logo pada Lagu pembuka "Mobile Suit Gundam Seed" dengan "ZGMF-X10A Freedom Gundam" di belakangnya
機動戦士ガンダムシード
(Kidou Senshi Gandamu Shiido)
GenreCereka sains, Cinta, Drama, Peperangan, Politik
Siri televisyen anime
Mobile Suit Gundam Seed [1]
機動戦士ガンダムSEED [2]
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Penyiaran AsalJepun Mainichi Broadcasting System
Jepun Tokyo Broadcasting System
Penyiaran Lain
Tarikh tayangan05 Oktober 200227 September 2003
Episod50
Video animasi original
After Phase : Between The Stars [3]
AFTER-PHASE「星のはざまで」
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Dikeluarkan pada26 Mac 2004
Jangka masa tayangan05 minit
DVD animasi original
Mobile Suit Gundam Seed Special Edition [4]
機動戦士ガンダムSEED スペシャルエディション
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Dikeluarkan pada27 Ogos 200422 Oktober 2004
Jangka masa tayangan100 minit
Episod03
Siri televisyen anime
Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster [5]
機動戦士ガンダムSEED HDリマスター [6]
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Penyiaran AsalJepun Bs11

Jepun Tokyo MX

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Gundaminfo
Penyiaran LainJepun Sun TV
Jepun TV Aichi [7]
Tarikh tayangan22 Disember 2011[8]15 November 2012[9]
Episod48
Permainan
Mobile Suit Gundam Seed Never Ending Tomorrow [10]
機動戦士ガンダムSEED 終わらない明日へ
PengeluarBandai Namco Entertainment Incorporated
GenrePermainan video bertembak
PelantarPlayStation 2
Tarikh dikeluarkan07 Oktober 2004
Siri novel
Mobile Suit Gundam Seed [11]
機動戦士ガンダムSEED
Pengarang後藤 リウ Goto Riu
Ilustrasi小笠原 智史 Ogasawara Tomofumi
PenerbitKadokawa Shoten
PencetakanSneaker Bunko
Tarikh Pengeluaran28 Mac 200330 Januari 2004
Jilid05
Manga
Mobile Suit Gundam Seed Re: [12]
機動戦士ガンダムSEED Re:
Pengarang両澤千晶 Morosawa Chiaki
Ilustrasi石口十 Ishiguchi Juu
PenerbitKadokawa Shoten
DemografikShounen
Majalah AsalGundam Ace
Tarikh Pengeluaran26 September 201210 Mac 2014
Jilid03+01
Anime Cosmic Era

Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 05 Oktober 2002 hingga 27 September 2003.

Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2004 hingga tahun 2005.

Cerita sunting

Dunia sunting

Pada akhir era kalendar Anno Domini, seluruh dunia telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerana kesan geopolitik dan kehabisan sumber petroleum. Era kalendar ini berakhir dengan Perang Dunia Ketiga yang telah menhancurkan seluruh dunia dan menamatkan era kalendar ini selepas United Nations (singkatan : UN ; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) gagal untuk menghentikannya.

Pada permulaan era kalendar Cosmic Era (singkatan : CE ), semua negara yang masih wujud telah digabung, dipecah dan/atau direka semula, manusia yang masih hidup berusaha untuk membina kehidupan mereka semula dengan kegunaan loji kuasa pembelahan nuklear sebagai sumber tenaga utama mereka.

Pada Cosmic Era tahun ke 70, atas kesan kemajuan bioteknologi, kaum manusia telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama ialah Natural, manusia yang dilahir dengan cara biasa dan semula jadi, majoriti dari meraka bertinggal di atas muka Planet Bumi.

Kumpulan kedua ialah Coordinator, manusia yang dilahir melalui proses kejuruteraan genetik untuk menghapuskan penyakit genetik, mereka mempunyai minda yang lebih bijak dengan otak, sistem imun dan tubuh badan yang lebih kuat berbanding dengan seorang Natural.

Generasi Coordinator pertama merupakan anak-anak kepada orang Natural yang kaya, kerana kos bayaran yang tinggi untuk mendapatkan seorang Coordinator sebagai anak sendiri. Kesan keupayaan dan kejayaan daripada orang Coordinator juga menyebabkan perasaan yang negatif di hati ramai orang Natural yang lain terhadap mereka.

Sejarah sunting

George Glenn ialah manusia pertama yang diketahui oleh dunia untuk berjaya dilahirkan melaui proses kejuruteraan genetik. Sebelum dia dilahirkan, proses ini telah dijalankan dalam zigotnya untuk menghapuskan penyakit genetik yang diwarisi daripada ibu bapanya. Sebagai seorang remaja, George Glenn sudah menjadi seorang ahli sains yang terhebat dan juara sukan yang terkenal, dia mengunakan kemahirannya untuk menyokong keamanan dunia dan dianggap oleh orang ramai sebagai seorang genius.

Sebelum dia menjelajah ke angkasa lepas dalam kapal angkasa yang direka olehnya, dia telah menjelaskan kelahiran dia kepada seluruh dunia dan keinginannya untuk menjadi jambatan antara Bumi dan alam semesta, sebagai seorang "Coordinator", seorang penyelaras yang memajukan masa hadapan tamadun manusia ke arah era antara kosmos.

Dalam erti kata lain, sesiapa yang ingin menyesuaikan kemajuan masa depan manusia ialah seorang Coordinator, tidak kira cara kelahiran mereka, tetapi pendapat ini tidak diterima oleh kedua-dua pihak : orang Coordinator seperti Patrick Zala menanggap mereka sebagai "manusia baru" dan orang Natural sebagai binatang liar, ganas, tiada fikiran rasional yang patut menjadi pupus ; orang Natural daripada parti politik Blue Cosmos yang digunakan oleh kumpulan Logos menanggap kewujudan orang Coordinator sebagai satu kesalahan yang mesti ditamatkan.

Walaupun bentuk fizikal dan keupayaan mental kepada seseorang Coordinator boleh direka bentuk dengan kejuruteraan genetik sebelum mereka dilahirkan, tetapi ia bukan satu proses yang sempurna, terdapat kejadian anak Coordinator tidak dilahirkan seperti yang direkakan oleh ibu bapa mereka kerana susulan DNA yang "tidak betul".

Kemahiran daripada Coordinator sebagai ibu bapa (generasi pertama) akan diwarisi oleh anak mereka (generasi kedua) secara semula jadi, tetapi jika pasangan kepada anak mereka juga seorang Coordinator, ada kemungkinan yang besar anak kepada anak mereka (generasi ketiga) akan mengilang kemampuan untuk beranak.

Atas sebab tersebut, sebuah projek untuk menghasilkan "Coordinator yang sempurna" telah dijalankan di Genetic Advanced Reproductive Medical Research & Development (singkatan : GARM R&D ; sebuah syarikat berkembang maju penyelidikan genetik) oleh Dr. Ulen Hibiki dan isterinya Dr. Via Hibiki yang berdasar dari Orb Union, di atas Koloni Angkasa Mendel.

Tetapi selepas dipengaruhi oleh seorang diplomat kaya yang ingin mendapat nyawa abadi melalui klon sendiri, matlamat projek itu kemudian diubah oleh Ulen Hibiki untuk menjadikan salah satu anak sendiri sebagai bahan ulang kaji dalam rahim buatannya untuk menghasilkan seorang Coordinator sempurna yang mempunyai kebolehan yang lebih hebat daripada seorang Coordinator biasa dan menjadi seorang Ultimate Coordinator, ia sesuatu yang tidak disetujui oleh Via Hibiki.

Pada akhirnya, hanya seorang Ultimate Coordinator yang sempurna berjaya dilahirkan sebelum semua ahli GARM R&D, termasuk keluarga Hibiki dan ramai orang lain dibunuh dalam serangan senjata biologi oleh sekumpulan pengasas di atas Koloni Angkasa Mendel.

Majoriti Coordinator bertinggal di beberapa kumpulan koloni angkasa yang bernama Productive Location Ally on Nexus Technology yang kemudiannya akan mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara yang merdeka dengan nama People Liberation Acting Nation of Technology, ataupun sebagai "PLANT".

Prolog sunting

Pada 11 Februari 70 CE, Earth Alliance (地球連合 Persekutuan Bumi ; sebuah pertubuhan antarabangsa yang baru ditubuh untuk menggantikan UN selepas ia gagal untuk menghentikan Perang Dunia Ketiga) telah mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka.

Pada 14 Februari 70 CE, Oppose Militancy Neutralize Invasion (singkatan : OMNI ; juga dikenali sebagai "Tentera Bumi" ; angkatan tentera dari Earth Alliance ; ahli dan organisasi dalamnya dikenali sebagai Oppose Militancy Neutralize Invasion Enforcer ataupun "OMNI Enforcer") telah melancarkan serangan peluru berpandu senjata nuklear atas cadangan Penasihat Pertahanan Earth Alliance dan Pengerusi Blue Cosmos daripada Atlantic Federation (salah satu negara dalam Earth Alliance) - Muruta Azrael.

Serangan OMNI tersebut telah menghancurkan Koloni Angkasa Junius 7 dari PLANT dan membunuh semua 243,721 orang yang berada di sekelilingnya. Kejadian tragedi ini dikenali sebagai "Peristiwa Bloody Valentine".

Pada 01 April 70 CE, sebagai balasan, Zodiac Alliance of Freedom Treaty (singkatan : ZAFT ; angkatan tentera dari PLANT) telah melancarkan "Neutron Jammer" ke merata-rata tempat terutamanya kepada Planet Bumi, benda ini boleh menghentikan semua pembelahan nuklear dan berhentikan semua tenaga nuklear termasuk senjata nuklear dan loji kuasa nuklear. Penggunaan Neutron Jammer di Bumi telah menyebabkan krisis tenaga, menjatuhkan ekonomi antarabangsa dan telah menjadikan dunia politik antara banyak negara di Bumi menjadi huru-hara. Kejadian ini dikenali sebagai "April's Fool Crisis".

Ramai yang menganggap bahawa dengan orang askar yang banyak, OMNI akan memenangi peperangan ini dengan mudah, tetapi penilaian awal ini terbukti salah. Hampir sebelas bulan telah berlalu sejak peperangan ini bermula dan tidak ada petunjuk bahawa perang ini akan tamat tidak lama lagi.

Plot sunting

Pada 25 Januari 71 CE, Pasukan Le Creuset, satu pasukan bersenjata yang diketuai oleh Komander Rau Le Creuset dari ZAFT, atas arahan Menteri Pertahanan Patrick Zala yang ingin memajukan kerjaya politik diri, telah bermulakan operasi untuk menceroboh masuk ke dalam Koloni Angkasa Heliopolis, sebuah koloni angkasa yang dimiliki oleh sebuah negara bernama Orb Union, ia sebuah negara neutral dalam peperangan antara OMNI dan PLANT ini.

Cagalli Yula Athha, seorang puteri dari Orb Union dan anak perempuan Uzumi Nara Atha, ketua kerajaan Orb Union, telah datang ke Heliopolis dengan menyamarkan dirinya sebagai seorang rakyat biasa untuk menyiasat sebuah khabar angin mengenai syarikat Morganraete Incorporated telah membina 5 buah prototaip mobile suit, sejenis kenderaan tentera yang dikembangkan untuk OMNI tanpa ketahuan dan keizinan daripada Kerajaan Orb Union.

Morganraete Incorporated merupakan sebuah syarikat perindustrian berat dan berfungsi sebagai kontraktor pertahanan kepada Orb Union. Ia mempunyai sebuah kilang di Heliopolis yang mampu menghasilkan kelengkapan berat, peralatan berat dan juga mesin ketenteraan seperti kenderaan tempur berperisai dan pesawat tentera.

Kenderaan tentera yang dibina untuk OMNI itu, dipanggil "Senjata G", mereka adalah "GAT-X102 Duel Gundam", "GAT-X103 Buster Gundam", "GAT-X105 Strike Gundam", "GAT-X207 Blitz Gundam" dan "GAT-X303 Aegis Gundam".

Mesin yang berbentuk humanoid tersebut menggunakan sistem pengendalian "General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System", ia disingkat menjadi "Gundam" oleh Kira Yamato, seorang penduduk Heliopolis dan watak utama anime ini.

Apabila pihak ZAFT dengan usaha 4 pemandu elit mereka, Athrun Zala, Dearka Elsman, Nicole Amalfi dan Yzak Joule berjaya mencurikan 4 prototaip daripada kenderaan tentera tersebut, Kira Yamato, seorang Coordinator yang hidup sebagai rakyat biasa telah diarah oleh Murrue Ramius, seorang kapten dari OMNI untuk memandu salah satu prototaip tersebut, GAT-X105 Strike Gundam.

Walaupun dia tidak suka menggunakan keganasan, Kira sudi menjadi seorang "pemandu bidan" untuk OMNI demi untuk melindungi kawan-kawannya seperti Flay Allster, Kuzzey Buskirk, Miriallia Haw, Sai Argyle dan Tolle Koenig dan penduduk-penduduk Heliopolis yang terselamat di atas kapal tempur "LCAM-01XA Archangel" selepas Heliopolis dihancurkan oleh ZAFT.

Kira dengan Komander Mu La Flaga (anak kepada Al Da Flaga, seorang ahli diplomat Atlantic Federation yang terkorban bersama isterinya dalam kebakaran rumah yang dimulakan oleh seorang budak yang serupa dengannya semasa Mu masih kecil) sebagai tok gurunya dan Wakil Kapten Natarle Badgiruel dari OMNI bersama dengan semua pekerja dalam kapal LCAM-01XA Archangel, mereka berjuang unuk bertahankan kapal tersebut.

Di Titik Lagrange 5, Lacus Cylne, seorang penyanyi dan anak perempuan kepada Siegel Clyne (ketua negara kepada PLANT, Pengerusi Majlis Tertinggi PLANT dan juga pemimpin kepada parti politik yang dikenali sebagai "Faksi Clyne"), membuat sedia untuk Majis Memperingati untuk mengenangkan Peristiwa Bloody Valentine.

Di Afrika Utara yang baru menjadi negara bersekutu dengan PLANT, Pegawai Memerintah Andrew Waltfeld yang juga dikenali sebagai "Desert Tiger" dengan pasukannya, termasuk kekasihnya Aisha seorang pemandu kenderaan tentera "TMF/A-803 LaGOWE" yang berbentuk kuadruped dan Pegawai Eksekutif Martin DaCosta telah ditugas untuk menghapuskan orang tempatan dan kumpulan pengganas yang menentang kedatangan orang ZAFT.

Tanpa mereka sedari, terdapat kisah disebalik peperangan ini akan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu mimpi buruk yang sangat dahsyat.

Lagu sunting

Pembuka sunting

  1. T.M.Revolution : "Invoke"
  2. Vivan or Kazuma : "Moment"
  3. Tamaki Nami : "Believe"
  4. Tamaki Nami : "Realize"

Menyisip sunting

  1. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Shizukana Yoruni (静かな夜に)"
  2. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
  3. T.M.Revolution : "Meteor"
  4. FictionJunction : "Akatsuki No Kuruma (暁の車)"

Penutup sunting

  1. See-Saw : "Annani Issho Datta No Ni (あんなに一緒だったのに)"
  2. Ishii Tatsuya : "River"
  3. FictionJunction : "Distance" (HD Remaster ; menggantikan "River")
  4. Nakashima Mika : "Find The Way"

Pengeluaran sunting

Tv Asal sunting

Versi Tv yang asal ini ada jumlah 50 episod, anime ini diarahkan oleh Fukuda Mitsuo, disertai oleh isterinya dan juga pencipta "Cosmic Era" Morosawa Chiaki sebagai penulis utama dengan Sahashi Toshihiko sebagai ketua muzik.[2]

Anime ini ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 05 Oktober 2002 hingga 27 September 2003. DVD untuk versi ini telah dikeluarkan dalam Bahasa Jepun pada 26 Mac 2004.[3]

Di Malaysia, ia dipersembahkan oleh Apollo untuk ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2004 hingga tahun 2005.

Epilog sunting

Sebuah epilog OVA untuk anime ini bernama After Phase : Between The Stars (星のはざまで Hoshi No Hazamade) telah dikeluar bersama dalam DVD Tv Asal pada 26 Mac 2004.[3]

Special Edition sunting

Mobile Suit Gundam Seed Special Edition telah dikeluarkan dalam bentuk DVD dari 27 Ogos 2004 hingga 22 Oktober 2004.[4]

Versi ini mempunyai 3 episod yang telah "dikecilkan" daripada versi Tv yang asal dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipendekkan serta sebuah epilog dari ova yang sebelumnya.

HD Remaster sunting

Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster telah dikeluarkan pada tahun 2011 untuk mengenangkan ulang tahun ke-10 kepada anime ini pada tahun 2002, HD Remaster ini mempunyai 48 episod dalam 2 corak yang berbeza.[6]

Dalam HD Remaster ini, episod 14 dan episod 15 yang asal telah digabungkan menjadi episod 14 yang baru. Episod 26 yang asal telah dibuangkan dan terus digantikan oleh episod 27 yang lama dan menjadi episod 25 yang baru.[7]

Corak pertama sunting

Corak pertama ialah versi yang telah ditayangkan di Jepun oleh Bs11, Tokyo MX dan di YouTube oleh Gundaminfo untuk negara ASEAN dari 22 Disember 2011[8] hingga 15 November 2012.[9]

Corak pertama ini menggunakan Tv Asal sebagai asasnya dan "memotong" nisbah aspeknya daripada 4:3 ke 16:9, ia menggunakan jalan cerita daripada Special Edition dengan imej dan muzik barunya.

Corak kedua sunting

Corak kedua mengunakan imej yang baru dibuat dengan jalan cerita yang berbeza daripada corak pertama. Corak kedua ini telah dikeluar dalam berapa versi dengan isi kandungan yang amat berbeza :

Versi pertama bertajuk HD Remaster Blu-ray BOX telah dikeluarkan dari 03 Mac 2012 hingga 21 December 2012 dalam Bahasa Jepun dengan serikata Bahasa Inggeris. Ia terdapat dalam 2 edisi - edisi biasa dan edisi terhad, dibelah menjadi 4 bahagian, 3 cereka sebahagian dan 1 buku dengan 12 muka surat (52 muka surat untuk edisi terhad kepada versi ini) sebahagian, diedarkan oleh Bandai Visual. [13][14]

Versi kedua bertajuk Collector's Ultra Edition Blu-ray yang telah dikeluarkan pada 01 December 2020 mempunyai 2 suara pilihan - Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris, bersama dengan versi Tv Asal, Epilog dan Special Edition dalam bentuk 13 keping cakera Blu-ray dalam 3 kota cakera dalam 1 kota besar dengan 1 buku dengan 118 muka surat dan 1 helai poster dengan 2 muka, diedarkan oleh Nozomi Entertainment dari Right Stuf.[15]

Versi ketiga bertajuk HD Remaster Complete Blu-ray BOX telah dikeluarkan pada 29 Mac 2022 dalam Bahasa Jepun dengan serikata Bahasa Inggeris dalam bentuk 12 keping cakera Blu-ray dalam 2 kota cakera dalam 1 kota besar dengan 3 buku dengan muka surat sebanyak 204, 60 dan 36, 1 kumpulan poskad, diedarkan oleh Bandai Namco Arts.[16]

Penerimaan sunting

 

Pada 03 Mei 2021, satu patung ZGMF-X10A Freedom Gundam dengan ketinggian 18 meter berada di hadapan papan tanda besar "Kerja Pertahanan Awam" yang terletak di Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao, Jinqiao, Pudong, Shanghai, Republik Rakyat China. [17][18]

Rujukan sunting

  1. ^ Mobile Suit Gundam Seed (TV) dari Anime News Network pada 25 Jun 2013
  2. ^ a b (Bahasa Jepun) Story & Staff di laman web rasmi pada 10 April 2020
  3. ^ a b c DVD 機動戦士ガンダムSEED 13<最終巻> dari Bandai Namco Arts pada 06 Oktober 2022
  4. ^ a b Mobile Suit Gundam Seed Special Edition dari Anime News Network pada 24 April 2013
  5. ^ Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster dari Anime News Network pada 04 November 2011
  6. ^ a b (Bahasa Jepun) senarai episod "HD Remaster" di laman web rasmi pada 06 Oktober 2022
  7. ^ a b 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター di テレビ愛知
  8. ^ a b (Bahasa Inggeris) Phase 01 di Gundaminfo
  9. ^ a b (Bahasa Inggeris) Phase 48 + "After Phase : Between The Stars" di Gundaminfo
  10. ^ 機動戦士ガンダムSEED 終わらない明日へ di PlayStation pada 13 September 2021
  11. ^ 機動戦士ガンダムSEED dari Sneaker Bunko di Kadokawa Corporation
  12. ^ 機動戦士ガンダムSEED Re: di Gundam Ace
  13. ^ 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター Blu-ray BOX dari Av Watch Impress pada 23 Mac 2012
  14. ^ 「機動戦士ガンダムSEED HDリマスター Blu-ray BOX 4」特典内容決定 dari Sunrise Incorporated pada 28 Oktober 2012
  15. ^ Mobile Suit Gundam Seed Collector's Ultra Edition Blu-ray dari Anime News Network pada 02 Oct 2022
  16. ^ 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター Complete Blu-ray BOX di laman web rasmi pada 06 Oktober 2022
  17. ^ "Mitsui Fudosan completes 1st LaLaport shopping mall in China" dari NNA Business News pada 20 November 2020
  18. ^ "Mitsui Fudosan : 1st overseas LaLaport mall opens in Shanghai" dari Marketscreener pada 28 April 2021

Pautan luar sunting

Bahasa Inggeris sunting

Bahasa Jepun sunting