Gunung Aracar ialah strato-gunung berapi yang besar dan berbentuk kon di Argentina barat laut, tidak jauh dari sempadan Chile di sebelah baratnya. Ia memiliki kawah kemuncak yang tidak terhakis, dengan diameternya sekitar 1.5 km (1 batu). Kawah tersebut menampung sebuah tasik kawah yang kecil.

Gunung Aracar
Pemandangan Gunung Aracar dari bolak-balik angkasa lepas
Titik tertinggi
Ketinggian6,082 m (19,954 ka)
Tonjolan1,791 meter (5,876 ka)
Geografi
LokasiArgentina
Induk banjaranAndes
Geologi
Usia batuanPliosen
Jenis gunungStrato-gunung berapi
Letusan terakhir1993

Gunung Aracar terletak di tepi Puna de Atacama, penara gurun yang tinggi di sebelah timur Gurun Atacama. Satu-satunya aktiviti gunung berapi tersebut mungkin merupakan kepulan wap atau habuk pada 28 Mac 1993 yang dapat dilihat dari kampung Tolar Grande, sekitar 50 km (30 batu) di arah tenggara gunung berapi tersebut.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Program Volkanisme Sejagat: Aracar
  • González-Ferrán, Oscar (1995). Volcanes de Chile. Santiago, Chile: Instituto Geográfico Militar. m/s. 640 pp. ISBN 956-202-054-1. (dalam bahasa Sepanyol; juga merangkumi gunung-gunung berapi Argentina)