Gunung Tampin

gunung di Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia

Gunung Tampin merupakan sebuah gunung yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 764 meter (2,507 kaki).[1]

Gunung Tampin
Gunung Tampin, dilihat dari arah barat daya
Titik tertinggi
Ketinggian764 m (2,507 ka)
Geografi
Gunung Tampin is located in Bumi
Gunung Tampin
Gunung Tampin (Bumi)
LokasiDaerah Tampin, Negeri Sembilan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa
Gunung Tampin, dilihat dari Pulau Sebang, Melaka.

Bentuk muka bumi sunting

Gunung Tampin juga dari segi geografinya, merupakan penghujung selatan Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Pihak Majlis Daerah Tampin telah membina beberapa kolam di atas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Selain itu terdapat juga laluan sepanjang kira-kira 5 km sehingga ke puncak gunung yang juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.[2]

Gunung Tampin juga merupakan titik permulaan laluan Trans-Naning yang berakhir di Gunung Datuk di utara.

Jenis hutan sunting

Gunung Tampin mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Infrastruktur sunting

Di atas gunung ini terletak stesen pemancar TV RTM yang memberi liputan pancaran ke seluruh Negeri Melaka. Terdapat juga pemancar Radio dan TV 3 untuk kawasan liputan daerah Rembau, Tampin dan Pulau Sebang, Melaka. Pemancar TV 3 bagi negeri Melaka terletak di Gunung Ledang. Umumnya stesen pemancar TV RTM di Bukit Tampin disebut untuk negeri Melaka. Hal ini kerana talaan pancarannya ke arah negeri Melaka, memang dikhususkan kepada penonton-penonton di sana. Stesen Pemancar RTM untuk TV1 dan TV 2 memberi liputan bagi seluruh negeri Melaka dan kawasan Bandar Tampin sahaja.

Di sekitar kaki gunung ini juga terdapat Hentian Sebelah Tampin yang terletak bersebelahan Laluan Persekutuan 1, yang menyajikan masakan tradisional Negeri Sembilan seperti masak lemak lada api dan salai. Di belakang hentian sebelah ini juga terletaknya Tampin Xtreme Park bagi pengunjung yang meminati aktiviti sukan lasak yang merangsang adrenalina.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
  2. ^ "Portal Rasmi Majlis Daerah Tampin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-08. Dicapai pada 2012-12-29.