Gwyneth Kate Paltrow (lahir 27 September 1972)[1] merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat yang memenangi Anugerah Academy.

Gwyneth Paltrow
Kelahiran
Gwyneth Kate Paltrow

(1972-09-27) 27 September 1972 (umur 51)
PasanganChris Martin (2003–kini)
Ibu bapaBruce Paltrow (1943-2002)
Blythe Danner (lahir 1943)

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

Paltrow dilahirkan di Los Angeles, California. Ibunya, Blythe Danner merupakan seorang pelakon, dan bapanya pula Bruce Paltrow, merupakan seorang pengarang, penerbit, dan pengarah televisyen dan filem. Bapa Paltrow berketurunan Yahudi Rusia Ashkenazi dan ibu beliau seorang yang menganut agama Quaker;[2] Paltrow menganggap dirinya sebagai seorang Yahudi dan mengikuti Judaisme.[3][4][5] Dibesarkan di Santa Monica, beliau menghadiri Sekolah Crossroads sebelum berpindah dan menghadiri Sekolah Spence, sekolah perempuan swasta di New York City. Selepas itu, beliau belajar sejarah seni di Universiti California, Santa Barbara dalam masa singkat, sebelum menghentikan pengajian beliau dan belajar pelakonan. Paltrow mempunyai abang muda, Jake Paltrow, dan adalah saudara Katherine Moennig. Beliau adalah "anak perempuan angkat" Talavera de la Reina (Spain), di mana dia tinggal sebagai pertukaran pelajar dan belajar Sepanyol.[6][7] Paltrow adalah kawan kanak-kanak dengan Maya Rudolph dari Saturday Night Live[8] dan menghadiri Brown Ledge Summer Camp, kem perempuan di Vermont.[perlu rujukan]

Kerjaya awal: 1990 – 1994 sunting

Paltrow membuat kemunculan drama profesional pertama pada 1990. Kemunculan drama yang sekarang adalah dalam Proof di Donmar Warehouse. Kemunculan filem pertama ialah Shout (1991). Dalam tahun kemudian, beliau mempunyai lakonan minor sebagai Wendy muda dalam Hook kawan keluarga Steven Spielberg pada tahun 1991. Beliau juga muncul di Malice dan Flesh and Bone.

Kejayaan cemerlang: 1995–2000 sunting

Paltrow membintangi filem Se7en (1995), bersama Brad Pitt dan Morgan Freeman. Filem ini mendapat kejayaan komersial dan sambutan pengkritik. Berikutnya pada tahun 1996 beliau membintangi filem Emma, di mana beliau menerima sanjungan positif yang kuat, terutamanya dalam UK, Eropah dan Asia.

Dua tahun kemudian, Paltrow membintangi Shakespeare in Love, cerita fantasi tentang bagaimana William Shakespeare mungkin menulis Romeo and Juliet. Filem ini menerima pujian pengkritik, mendapat lebih daripada US$100 juta dalam kutipan box office tempatan, dan memenangi banyak anugerah. Shakespeare in Love memenangi Anugerah Golden Globe bagi Best Motion Picture-Musical atau Comedy and Best Screenplay,[9] termasuk juga Anugerah Akademi bagi Wayang Terbaik ("Best Picture").[10] Paltrow turut memenangi anugerah bagi Lakonan Menonjol ("Outstanding Performance") oleh Pelakon Wanita untuk Watak Utama dari Persatuan Pelakon Wayang ("Screen Actors Guild").[11] Berikutnya pada tahun yang sama, Paltrow memenangi Oscar bagi Artis Wanita Terbaik dalam Watak Utama.[10] Selepas kemenangan Oscarnya, Paltrow membintagi watak filem lain seperti A Perfect Murder. Pada tahun 2000 Paltrow membintangi The Talented Mr. Ripley yang memperolihi lebih $80 juta tempatan, dan menerima ulasan positif. Dia kemudiannya membintangi filem Bounce bersama bintang bersama Shakespeare in Love Ben Affleck, yang menemui kejayaan serdahana secara komersial dan pengkritik.

Sejak itu, dia mempunyai kerjaya filem yang berprofil rendah, tetapi tetap bersama beberapa watak filem dipuji, termasuk filem Proof (2005) dan The Royal Tenenbaums (2001). Penonton pertama kali melihat keupayaan Paltrow menyanyi dalam filem Duets (1000), dalam mana dia membintangi bersama penyanyi Huey Lewis, yang memainkan peranan bapanya yang asing yang selalu berkaraoke, dan diarah oleh bapanya , Bruce Paltrow. Pada penghujung cerita, watak mereka menyelesaikan perbezaan mereka dan mempersembahkan versi hadapan "Cruisin'" oleh Smokey Robinson. Lagu ini diterima ramai dan akhirnya dibebaskan sebagai single, sering dimainkan pada rancangan Top 40 dan stesyen radio format dewasa.

Dalam satu wawancara bersama The Guardian, Paltrow mengakui bahawa dia membahagikan kerjayanya bagi filem yang dilakukannya kerana cinta pada seni dan bagi duit: The Royal Tenenbaums, Proof, dan Sylvia jatuh kepada kategori sebelumnya, sementara View from the Top dan Shallow Hal yang berikutnya.[4] Dalam wawancara bagi Shallow Hal, dia memberitahu bagaimana dia melakukan penyelidikan bagi peranan tersebut dengan mengenakan pakaian gemuk yang digunakannya dalam filem, dan pergi ke bar tempatan bagi mengukur persepsi awam pada golongan gemuk ("obese"). Dia memberitahu bahawa orang ramai enggan membuat hubungan mata dengannya, dan dia dilayan agak kasar beberapa kali, dan pengalaman itu menyedihkan baginya, berkenaan bagaimana orang melayan mereka terlebih berat. Pengalamannya difilem dan terdapat dalam seksyen Feature Istimewa Shallow Hal DVD.

Sejak memenangi Anugerah Akademi sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi Shakespeare in Love, kejayaan filem Paltrow kurang menyerlah.[12] Dia berkata bahawa dia tidak bersedia menangani tekanan, mendorong dirinya membuat beberapa pilihan filem buruk,[13] bersetuju dengan rakannya yang mempercayai bahawa menang adalah satu sumpahan.[14]

Lakonan sunting

Tahun Tajuk Lakonan Nota
1991 Shout Rebecca
Hook Young Wendy
1993 Deadly Relations Carol Ann Fagot
Malice Paula Bell
Flesh and Bone Ginny
1994 Mrs. Parker and the Vicious Circle Paula Hunt
1995 Higher Learning Student uncredited
Jefferson in Paris Patsy Jefferson
Se7en Tracy Mills
Moonlight and Valentino Lucy Trager
1996 Hard Eight Clementine
The Pallbearer Julie DeMarco
Emma Emma Woodhouse
1998 Out of the Past Sarah Orne Jewett voice
Sliding Doors Helen Quilley
Great Expectations Estella
Hush Helen Baring
A Perfect Murder Emily Bradford Taylor
Shakespeare in Love Viola De Lesseps Academy Award for Best Actress; Golden Globe;
Nominated - Anugerah BAFTA
1999 The Talented Mr. Ripley Marge Sherwood
2000 The Intern Herself uncredited
Duets Liv
Bounce Abby Janello
2001 The Anniversary Party Skye Davidson
The Royal Tenenbaums Margot Tenenbaum
Shallow Hal Rosemary Shanahan
2002 Searching for Debra Winger Herself Dokumentari
Austin Powers in Goldmember Gwyneth Paltrow sebagai Dixie Normous di 'Austinpussy'
Possession Maud Bailey
2003 View from the Top Donna Jensen
Sylvia Sylvia Plath
2004 Sky Captain and the World of Tomorrow Polly Perkins
2005 Proof Catherine Nominated - Golden Globe
I'm Going to Tell You a Secret Herself Dokumentari
2006 Infamous Kitty Dean
Love and Other Disasters Hollywood Jacks
Running with Scissors Hope Finch
2007 The Good Night Dora
2008 Iron Man Virginia 'Pepper' Potts
Two Lovers Michelle

Rujukan sunting

  1. ^ "Gwyneth Paltrow Profile". E! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26. Dicapai pada 2007-09-17.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan brown tidak disediakan
  3. ^ Davis, Ivor. Gwyneth Paltrow and Her Jewish Heritage. Jewish Family.com.
  4. ^ a b "Where the heart is". The Guardian. 27 Januari 2006. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Paltrow gets serious about Jewish roots". sfgate.com. 2006-01-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-01. Dicapai pada 2008-02-16.
  6. ^ Seal, Mark. Mad for Madrid Diarkibkan 2006-10-20 di Wayback Machine. American Way. 15 June 2004.
  7. ^ ProFail: Gwyneth Paltrow. uktv.co.uk.
  8. ^ Biography of Maya Rudolph. All American Speakers.com.
  9. ^ James Sterngold (1999-01-25). "Globes to 'Shakespeare' and 'Ryan'". The New York Times.
  10. ^ a b Bernard Weinraub (March 22, 1999). "'Shakespeare' Best Picture But Spielberg Best Director". The New York Times. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "5th Annual Screen Actors Guild Award Recipients". Screen Actors Guild Awards. 1999-03-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-07. Dicapai pada 2008-01-08.
  12. ^ David Gritten (30 July 2004). "Curse of the Best Actress Oscar". Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-24. Dicapai pada 2021-08-20. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ Zeidler, Sue (30 January 2007). "Is winning an Oscar a curse or a blessing?". Film.com. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Soden, Blair (25 Februari 2007). "Is Winning An Oscar a Blessing or a Curse?". ABC News. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting