Gyanendra Bir Bikram Shah Dev

Gyanendra Bir Bikram Shah Dev (Bahasa Nepal: ज्ञानेन्द्र वीर बिक्रम शाहदेव; Jñānendra Vīra Vikrama Śāhadeva) (lahir 7 Julai 1947) ialah raja Nepal yang terakhir.

Gyanendra
ज्ञानेन्द्र
Bekas Raja Nepal
Pemerintahan7 November 19508 Januari 1951
4 Jun 200128 Mei 2008
PendahuluRaja Tribhuvan
Raja Dipendra
Pewaris yang sahPutera Raja Paras
PenggantiRaja Tribhuvan (1951)
Sistem beraja tamat (2008)
PasanganRatu Komal
AnakandaPutera Raja Paras
Puteri Prerana
Kerabat dirajaWangsa Shah
AyahandaKing Mahendra
BondaPuteri Raja Indra

Baginda menaiki takhta berikutan kemangkatan anakanda saudara baginda, Dipendra yang memegang perana Raja selama tiga hari sahaja ketika dalam keadaan koma, berikutan pembunuhan raja sebelumnya (kanda Gyanendra, Birendra) dan ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Pada Februari 2005, Raja Gyanendra mengambil alih penguasaan kerajaan sepenuhnya, sekaligus memansuhkan parlimen yang terpilih. Berikutan penentangan terhadap pemerintahan langsung baginda, baginda terpaksa menyerahkan semula kuasa kepada parlimen pada April 2006 yang sekaligus mengurangkan status raja kepada raja istiadat sahaja. Baginda kekal menjadi raja sehingga 28 Mei 2008 apabila persidangan dewan perwakilan rakyat memutuskan untuk membubarkan pemerintahan baginda lalu menjadikan Nepal republik persekutuan, oleh itu Gyanendra menjadi raja Nepal yang terakhir.

Kehidupan awal dan pemerintahan pertama sunting

Gyanendra diputerakan di Kathmandu, anakanda kedua Putera Raja Mahendra dan Puteri Raja Indra. Selepas keputeraannya, ayahanda baginda dipesan oleh nujum diraja agar tidak menjenguk puteranya yang baru lahir agar menghindari nasib malang, maka Gyanendra dihantar untuk tinggal bersama nendanya.[1]

Pada bulan November 1950, kedua-dua ayahanda dan datuknya Raja Tribhuvan bersama-sama ahli kerabat diraja yang lain berangkat ke India, meninggalkan Gyanendra yang muda sebagai satu-satunya ahli putera Keluarga Diraja Nepal. Baginda diangkat kembali ke ibu kota Kathmandu oleh Perdana Menteri Mohan Shamsher Jang Bahadur Rana, yang kemudiannya memastikan Gyanendra diisytiharkan sebagai raja pada 7 November 1950.[1] Setelah menghadapi tentangan terhadap pemerintahan turun-temurun Perdana Menteri wangsa Rana dari India, maka tercapainya satu persetujuan pada Januari 1951, maka nenda Raja Tribhuvan kembali ke Nepal dan menaiki takhta semula.[2] The actions of Rana regime to depose his grandfather and place him on the throne was not internationally recognized.[3]

Gyanendra mengkaji bersama kandanya Raja Birendra di St. Joseph's College, Darjeeling, India; pada 1969, beliau meraih ijazah dari Universiti Tribhuvan di Kathmandu.[4]

Gyanendra menjadi pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pertabalan kandanya Birendra pada tahun 1975. Gyanendra juga merupakan seorang penyokong pemuliharaan yang gigih dan berkhidmat selaku Pengerusi Amanah Pemuliharaan Alam Raja Mahendra sejak tahun 1982 hingga penaikan takhta pada tahun 2001.[5]

Gyanendra meratukan Komal Rajya Laxmi Devi Shah pada 1 Mei 1970 di Kathmandu; bersama-sama mereka ada dua orang anakanda:

Pewarisan sunting

Peristiwa-peristiwa berikutan pembunuhan beramai-ramai pada 1 Jun 2001 nyata amat banyak kontroversinya di Nepal. Sesetengah pihak masih percaya bahawa Raja Gyanendra merupakan dalang di sebalik pembunuhan itu kerana kesemua ahli kerabat diraja dibunuh ketika insiden itu kecuali ahli-ahli keluarga terdekat Gyanendra.[6] Kepercayaan ini masih dipegang, terutamanya disebabkan kenyataan bahawa Gyanendra mewarisi takhta dari kerabat diraja yang terbunuh. Sepasukan penyiasatan dua orang yang terdiri daripada Keshav Prasad Upadhaya yang ketika itu Ketua Hakim Mahkamah Agung, dan Taranath Ranabhat yang ketika speaker dewan perwakilan, menjalankan penyiasatan terhadap pembunuhan berkenaan selama seminggu.[7] Penyiasatan ini berakhir setelah menyoal siasat lebih 100 orang termasuk saksi dan pegawai istana, pengawal dan kakitangan, memutuskan bahawa Dipendralah yang melakukan pembunuhan tersebut, namun peranan Gyanendra tidak ditolak kemungkinannya.[8] Apabila Dipendra berada dalam keadaan koma Gyanendra menjadi pemangku, tetapi setelah Dipendra mangkat pada 4 Jun 2001, maka Gyanendra maniki takhta.[9]

Pemerintahan sunting

Templat:Nepalese Royal Family

 
Potert lakaran Raja Gyanendra dalam pakaian tentera

Pada tahun-tahun pertama di atas takhta, Gyanendra hendak melaksanakan penguasaan penuh terhadap kerajaan gara-gara kegagalan semua parti. Pada Mei 2002, baginda menyokong Perdana Menteri Sher Bahadur Deuba yang diundi rakyat ketika menyuraikan parlimen yang terpilih pada tahun 1999. Pada Oktober 2002 baginda melucutkan jawatan Deuba dan menggabungkan kuasa baginda buat julung kalinya. Dari tahun-tahun 2002 hingga 2005 beliau melantik dan kemudian memecat tiga orang perdana menteri, akhirnya melucutkan Deuba untuk kali kedua lalu mengambil alih selaku raja mutlak pada 1 Februari 2005.[4] Kandanya Raja Birendra pernah merundingkan sistem raja berperlembagaan secara teliti yang mana baginda selaku Raja memainkan peranan kecil dalam kerajaan. Maka pendekatan Raja Gyanendra yang berkonfrontasi dengan parti politik menghadapi kritikan hebat.

Apabila King Gyanendra mengambil kuasa sepenuhnya buat kali kedua pada 1 Februari 2005, baginda mendakwa kerajaan Perdana Menteri Sher Bahadur Deuba gagal membuat persediaan untuk pilihan raya parlimen serta tidak mampu memulihkan keamanan di negara yang ketika itu tengah mengalami perang saudara yang dicetuskan pemberontak Maois.[10]

Raja Gyanendra berjanji bahawa "keamanan dan demokrasi berkesan" akan dipulihkan dalam masa tiga tahun,[11]tetapi zaman pemerintahan mutlak ini dicemari penindasan terhadap pihak yang berselisih dengan pemerintah.[12] Pertubuhan antarabangsa meluahkan rasa amat bimbang terhadap keselamatan wartawan berikutan keputusan raja mengehadkan kebebasan awam, termasuk kebebasan akhbar, perlindungan berperlembagaan menentang penapisan dan hak menentang penahanan bagi tujuan pencegahan.[13] Gyanendra membidas dengan menyatakan bahawa "demokrasi dan kemajuan saling bercanggah" sebagai langkah yang perlu untuk meulihkan keamanan di negara.

Pada April 2006, para pendukung perlembagaan mengadakan tunjuk perasaan dan mogok di Kathmandu menentang pemerintahan mutlak Raja Gyanendra. Kerajaan diraja membalas dengan mengisytiharkan perintah berkurung dan menguatkuasakannya dengan senjata api dan gas pemedih mata. Tindakan kerajaan ini menghadapi kutukan dari negara lain termasuk India dan Amerika Syarikat. Pada 21 April 2006, Raja Gyanendra mengumumkan bahawa baginda akan menyerahkan kekuasaan eksekutif kepada seorang perdana menteri baru yang dipilih oleh parti-parti politik untuk mengawasi pemulihan demokrasi. Sesetengah pemimpin parti menolak tawaran itu lalu menggesa agar raja mengadakan majlis untuk menentukan peranan raja dalam politik pada masa hadapan. Pada 24 April 2006, Raja Gyanendra memulihkan parlimen sebelumnya dalam satu ucapan kebangsaan yang disiarkan melalui televisyen.

Penamatan pemerintahan mutlak sunting

Pada 10 Jun 2006, parlimen menarik balik kuasa-kuasa utama raja, termasuk hak baginda memveto undang-undang, sekaligus menghapuskan konsep "Raja di Parlimen," lalu baginda diturunkan darjat menjadi raja boneka, namun selepas itu baginda masih menyampaikan ucapan tahniah dan menerima kehadiran diplomat untuk seketika. Menurut Perkara 167 perlembagaan, semua kuasa-kuasa eksekutif serta kuasa-kuasa yang pernah dinikmati Raja dalam perlembagaan sebelumnya kini dipegang Perdana Menteri. Kesemua kuasa-kuasa raja selama 239 tahun dilucutkan, menjadikan Raja Gyanendra seorang raja awam di bawah perlembagaan sementara.

Perdana Menteri Girija Prasad Koirala yang mula-mulanya menyokong perlembagaan pemerintahan beraja, berkata pada Mac 2007 bahawa beliau merasa raja wajar turun takta.[14] Pada bulan Jun, Koirala mengulangi gesaan agar Raja Gyanendra turun takhta untuk memberi ruang kepada cucundanya Putera Hridayendra.[15]

Pada 23 Ogos 2007, kerajaan peralihan Nepal memiliknegarakan segala harta yang diwarisi Raja Gyanendra dari kandanya, termasuk Istana Diraja Narayanhity. Tindakan ini tidak melibatkan harta-harta yang dimiliki baginda sebelum naik takhta.[16]

Pemansuhan sistem raja sunting

Adalah diumumkan pada 24 Disember 2007, bahawa pemerintahan beraja mungkin akan dimansuhkan pada tahun 2008, berikutan kelulusan rang undang-undang oleh Parlimen Nepal, sebagai sebahagian persetujuan damai dengan bekas pemberontak Maois, yang akan menyaksikan perlembagaan dipinda agar menjadikan Nepal sebuah republik.[17][18]

Pada 27 Mei 2008, persidangan memutuskan agar raja diberi 15 hari untuk mengosongkan istana[19]. Pada hari berikutnya, pemerintahan diraja dimansuhkan secara rasminya lalu diganti oleh sistem republik persekutuan sekular.[20]

Kontroversi amanah pemuliharaan sunting

Amanah Pemuliharaan Alam Kebangsaan menerbitkan laporan pada tahun 2008 yang mendakwa kerabat diraja telah menggelapkan dana milik pertubuhan amal terbabit. Amanah ini pernah diketuai oleh Putera Raja Paras dengan Raja Gyanendra selaku penaung. Jawatankuasa ini berkata kerabat diraja telah membelanjakan sejumlah besar dana amanah untuk kepentingan diri selama beberapa tahun untuk membiayai percutian luar negara, majlis mewah, dan ujian kesihatan Ratu Komal dari Nepal di United Kingdom. Kesahihan hasil siasatan ini turut dipersoal kerana pertubuhan amal ini kini dikelola bekas pemberontak Maois.[21]

Catatan sunting

  1. ^ a b Chowdhuri, Satyabrata Rai (2001-07-27). "Monarchy in Nepal". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-30. Dicapai pada 2007-12-25. Cite has empty unknown parameter: |4= (bantuan)
  2. ^ "Homeward Bound". Time Magazine. 1951-01-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-30. Dicapai pada 2007-12-25.
  3. ^ Buyers, Christopher. "Nepal". Royal Ark. Dicapai pada 2007-12-25.
  4. ^ a b Staff writer (2006-04-20). "Troubled times saw king's rise". CNN. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Royal Biography of Nepal". MeroNepal.com.np. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-30. Dicapai pada 2007-12-25.
  6. ^ Nepal's Royal Massacre in Its Sixth Year
  7. ^ Nepal massacre inquiry begins, at long last
  8. ^ Prince blamed for Nepal massacre
  9. ^ Nepal mourns slain king
  10. ^ Staff writer (2005-02-01). "Nepal's king declares emergency". BBC News. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ Staff writer (2005-02-01). "Nepal's king sacks government". CNN.com. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ Staff writer (2005-02-03). "Nepal's king acts against dissent". BBC News. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ "State of Emergency Imperils Information Flow". International Freedom of Expression eXchange. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-12. Dicapai pada 2006-11-27. Cite has empty unknown parameter: |5= (bantuan)
  14. ^ Nepal's king is made to cut staff
  15. ^ King urged to let boy, 5, be Nepal’s saviour
  16. ^ Nepal nationalises royal palaces
  17. ^ "Nepalese monarchy to be abolished". BBC. 2007-12-24. Dicapai pada 2007-12-25. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ Vote to abolish Nepal's monarchy
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-03. Dicapai pada 2008-05-29.
  20. ^ http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/south_asia/7424302.stm
  21. ^ Haviland, Charles (2008-03-27). "Nepal royals 'stole charity cash'". BBC. Dicapai pada 2008-04-20. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting

Gyanendra Bir Bikram Shah Dev
Tarikh keputeraan: 07 July 1947
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tribhuvan
Raja Nepal
1950 – 1951
Diikuti oleh:
Tribhuvan
Didahului oleh
Dipendra
Raja Nepal
2001 – 2008
Pemerintahan beraja dibubarkan;
Republik Nepal diisytiharkan
Jawatan politik
Didahului oleh
Dipendra
selaku Raja Nepal
Head of State of Nepal
2001 – 2007
Diikuti oleh:
Girija Prasad Koirala
as Acting Head of State
Gelar sebagai penuntut
Kehilangan gelaran — TIDAK MEMERINTAH —
Raja Nepal
2008 – kini
Pemegang jawatan kini
Heir:
Paras