Haji akbar bermaksud haji terbaik . Haji akbar dikira pada hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.

Surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: "Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin".

Ketika Haji Wada' 10 Hijrah, Nabi Muhamad berwukuf pada hari Jumaat dan esoknya hari ke-10 di Mina masih dalam rangka Haji Akbar. Jika Nabi Muhamad berwukuf pada hari Jumaat tentulah wukuf Abu Bakar pada tahun sebelumnya bukan hari Jumaat sedangkan pada musim haji berkenaan disebut dalam surah Taubah .

Hadis dari Abdullah Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi Muhamad berdiri berhampiran Jamrah ketika Haji Wada' pada hari ke-10 lalu berkata, "Inilah dia Haji Akbar.'

Lain-lain pendapat:

  • Haji akbar ialah haji besar iaitu ibadah haji dengan wukuf di Arafah.
  • Haji kecil ialah umarah.
  • Haji akbar ialah haji Qiran iaitu mengerjakan haji dan umrah serentak.
  • Haji Akbar ialah hari ke-10 di Mina kerana melontar Jamrah dan menyembelih binatang.
  • Hai akbar ialah keseluruhan ibadah haji kerana ia disebut Yaumul Fath (hari kemenangan).
  • Haji akbar ialah haji pertama dilakukan dalam hidup seseorang .[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Soal Jawab Agama: Ulama beri pelbagai tafsiran mengenai keistimewaan Haji Akbar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-27. Dicapai pada 2009-11-27.