Halang penyalinan (bahasa Inggeris: Copy prevention), juga dikenali sebagai perlindungan kandungan, perlindungan penyalinan, atau pengehad salin, merupakan teknologi bagi menghalang penyalinan tanpa kebenaran aturcara, wayang, muzik, dan media lain yang berhakcipta.[1]

Nota berkenaan terminologi sunting

Korperasi media sentiasa menggunakan iatilah perlindungan penyalinan, tetapi pengkritik seperti Richard Stallman menegaskan bahawa istilah tersebut cenderung mengglakkan umum untuk bersama penerbit, yang menyokong teknologi penghad, dan tidak menyokong pengguna.[2] Menghalang penyalinan dan Kawalan penyalinan mungkin istilah yang lebih berkecuali. Perlindungan penyalinan" adalah tidak tepat (misnomer) bagi sesetengah sistem kerana sejumlah salinan boleh dihasilkan dari salinan asal dan kesemua salinan boleh digunakan, tetapi hanya bagi satu komputer, atau hanya dengan yang memiliki dongle, atau hanya dengan satu peranti yang tidak mudah disalin.

Istilah ini juga berkait dengan/atau dikeliru dengan konsep pengurusan hak digital (digital rights management). Pengurusan hak digital adalah istilah lebih umum kerana ia merangkumi pelbagai pengurusan karya, termasuk menghadkan penyalinan. Perlindungan salinan mungkin merangkumi langkah yang bukan digital. Gambaran yang lebih tepat adalah "langkah perlindungan teknikal - (technical protection measures -TPM), yang sering ditakrifkan sebagai penggunaan peralatan teknologi untuk menghad kegunaan atau capaian kepada sesuatu karya.

Pertimbangan perniagaan sunting

Tanpa perlindungan salinan, kebanyakan format media mudah disalin dengan menggunakan mesin (berbeza dengan photostat setiap muka surat pada buku). Ini menimbulkan keadaan di mana pengguna mudah membuat salinan barangan untuk diberikan kepada kawan-kawan, amalan yang dikenali sebagai "penyalinan selamba". Perlindungan salinan lebih biasa pada tape video, DVD, cakera aturcara komputer, disk permainan video, dan katrij, dan sesetengah cakera padat.

Syarikat yang memilih menerbitkan karya di bawah perlindungan salinan melakukannya kerana mereka percaya kos tambahan bagi melaksanakan perlindungan akan diimbangi oleh lebih banyak pendapatan yang dihasilkan disebabkan kekurangan media disalin secara selamba.

Penentang perlindungan salinan menegaskan bahawa orang yang menerima salinan percuma hanya menggunakan apay yang mereka dapat secara percuma, dan tidak akan membeli salinan mereka sendiri sekiranya mereka tidak mendapat salinan percuma. Malah sesetengah turut menegaskan bahawa ia meningkatkan keuntungan, mereka yang menerima salinan percuma cakera padat muzik mungkin akan membeli muzik kumpulan pemuzik tersebut, yang tidak akan dilakukan jika sebaliknya.

Sesetengah penerbit mengelak melindung penyalinan keluaran mereka, berasaskan teori bahawa kesusahan kepada pengguna mereka melebihi sebarang kelebihan menyukarkan "penyalinan selamba".

Istilah perlindungan salinan merujuk kepada teknologi yang digunakan bagu cuba menggagalkan penyalinan, bukannya penyelesaian undang-undang yang boleh digunakan bagi penerbit atau pengarang yang hakcipta mereka telah dicabul. Model penggunaan aturcara telah berubah melebihi beyond penguncian nod kepada lesen terapung (di mana sehingga sejumlah N lesen boleh digunakan secara serentak bagi sesuatu enterprise), penkomputeran petak (grid computing) (di mana beberapa komputer berfungsi sebagai satu komputer dan dengan itu menggunakan satu lesen umum) dan lesen eletronik (ci mana ciri-ciri boleh di beli dan diaktifkan di talian). Istilah pengurusan lesen merujuk kepada pelantar umum yang membolehkan spesifikasi, penguatkuasaan dan penjejakan lesen aturcara. Bagi menghalang teknologi perlindungan salinan dan pengurusan perlesenan itu sendiri daripada diusik dan ceroboh (hacking), kaedah perisian anti-usik (anti-tamper) digunakan.

Cabaran teknikal sunting

Dari segi sudut pandangan teknikal, ia kelihatannya dari segi teori mustahil bagi menghalang sepenuhnya pengguna daripada membuat salinan media yang mereka beli, selagi ada "penyalin" yang mampu menyalin kepada media kosong. Fakta teknikal asas adalah semua jenis media memerlukan "pemain"— pemain CD, pemain DVD, pemain kaset video, komputer, atau konsol permainan video. Pemain mesti mampu membaca media agar dapat memaparkannya kepada manusia. Dengan itu, secara logik, pemain boleh dibina bagi membaca media dan kemudian menyalin salinan sempurna apa yang di baca, kepada jenis media yang sama, atau kemungkinan kepada format lain, seperti fail pada cakera keras. Jika ia adalah kepada cakera lain, hasilnya merupakan salinan lengkap cakera perlindungan salinan.

Secara minima, perlindungan salinan bagi karya tidak berinteraksi adalah terdedah kepada lubang analog (analog hole): tidak kira apa jua kekangan digital digunakan, sekiranya muzik boleh didengari oleh telinga manusia, ia turut boleh direkod (sekurang-kurangnya dengan menggunakan mikrofon dan pita perakam); Jika sesuatu wayang boleh dilihat oleh mata manusia, ia juga boleh direkod (sekurang-kurangnya, dengan kamera video dan perakam). Secara perlaksanaan, salinan hampir sempurna biasanya boleh dibuat dengan menyambung kepada output analog pemain (contoh. output pembesar suara atau liang headphone) dan, apabila telah didigitalkan kepada bentuk tidak dilindungi, ia boleh kekal disalin. Menyalin kandungan berasaskan teks dalam cara ini adalah lebih memenatkan, tetapi prinsip yang sama dipakai: sekiranya ia boleh dicetak atau dipaparkan, ia juga boleh di imbas dan OCRed. Dengan perisian asas dan ketekunan, teknik ini boleh digunakan oleh pengguna pintar komputer biasa.

Oleh kerana fakta teknik asas wujud, adalah jelas bahawa seseorang yang tekun sudah pasti akan berjaya menyalin sebarang media, dengan masa dan sumber yang mencukupi. Penerbit media menyedari hal ini; perlindungan salinan tidak bertujuan menghentikan operasi profesional yang terbabit dalam penyalinan media tanpa kebenaran secara pukal, tetapi lebih kepada menghentikan "penyalinan secara lewa" (casual copying).

Penyalinan barangan maklumat yang dipindah terima (bukannya disalin secara pukal sebagaimana media fizikal) boleh dibuat khusus dengan murah bagi setiap pindah terima, dengan itu boleh dihadkan dengan lebih berkesan. ia boleh dikodkan dalam cara yang unik bagi setiap komputer pengguna, dan sistem epngekod boleh dibuat sebagai tahan diusik (tamper resistance) (lihat juga menjejak pembelot (traitor tracing)).

Aturcara komputer bagi perlindungan salinan sunting

Perlindungan salinan bagi perisian komputer rumah awal, bermula sebagai pergelutan berterusan yang berpanjangan antara penerbit dan pemecah aturcara. Ini adalah pengaturcara yang hobinya adalah memecahkan perlindungan salinan pada aturcara, menambah alias kepada skrin judul, dan mengedar keluaran yang dipecahkan kepada jaringan sistem warez BBSes atau tapak Internet yang khusus dalam pengedaran salinan aturcara yang tidak sah.

Skim perlindungan salinan bagi komputer awal seperti keluarga Apple II dan komputer Commodore 64 adalah pelbagai dan kreatif kerana kebanyakan membaca dan menulis cakera liut dikawal oleh perisian dan bukannya melalui hardware. Perlindungan salinan pertama adalah pita perakam dan terdiri dari penmuat pada permulaan pita, yang membaca seksyen berikutnya yang diformat khas.

Perlindungan salinan pertama bagi cakera liut terdiri dari penukaran tanda alamat, tanda bit gelincir (bit slip), tanda data, atau penanda data akhir bagi setiap sektor. Sebagai contoh, penanda sektor piawaian Apple adalah:

D5 AA 96 bagi tanda alamat. Ini kemudiannya diikuti oleh trak, sektor, dan checksum.

DE AA EB menamatkan permulaan alamat (address header) dengan apa yang dikenali sebagai tanda gelincir (slip marks).

D5 AA AD digunakan sebagai tanda data dan akhir data ditanda dengan satu lagi DE AA EB.

Menukar salah satu dari tanda tersebut memerlukan menukar aturcara yang membaca cakera liut, tetapi menghasilkan cakera yang tidak boleh disalin. Sesetengah sistem menggunakan sistem rumit yang menukar tanda menurut trak atau dalam trak itu sendiri.

Pada tahun 1980 penyalin pengerit pertama, Locksmith, diperkenalkan. Penyalin ini menyalin cakera liut yang dilindung penyalinan dengan menyalin keseluruhan trak sekali gus, mengabaikan sama sekali cara bagaimana sektor itu ditanda. Ini adalah lebih sukar dari yang didengar, kerana cakera Apple tidak menggunakan lubang indek bagi menanda permulaan trak, yang boleh bermula di mana jua. Walaubagaimanapun, Locksmith menyalin cakera Apple II dengan mengambil peluang kewujudan medan penyelaras (sync fields) antara sektor, yang terdiri dari untaian panjang byte FF (hex) antara setiap sektor. Ia mencari untaian FF terpanjang, yang wujud antara sektor pertama dan terakhir pada setiap trak, dan mula menulis trak diantara keduanya.

Yang peliknya, Locksmith tidak menyalin dirinya sendiri. Locksmith mula-mula akan mengukur jarak antara sektor pertama setiap trak. Jurutera perlindungan salinan dengan pantas menyedari apa yang dilakukan oleh Locksmith dan mula menggunakan teknik yang sama bagi mengalahkannya. Locksmith bertindak balas dengan memperkenalkan keupayaan menyalin penyelarasan trak dan menghalang dirinya dari disalin dengan memasukkan turutan khas mengerit (nibbles), yang jika dijumpai, akan menghentikan proses penyalinan. Henry Roberts (CTO bagi Nalpeiron), pelajar ijazah komputer sains di Universiti South Carolina menjuritera undur Locksmith, menjumpai turutan tersebut dan mengedar maklumat tersebut kepada 7 atau 8 orang yang menghasilkan perlindungan salinan masa tersebut.

Untuk beberapa lama, Locksmith terus mengalahkan hampir kesemua sistem perlindungan salinan yang wujud. Kemajuan berikut datangnya dari tesis Henry Roberts berkenaan aturcara perlindungan salinan, yang mencipta cara bagi menggantikan medan penyelaras FF Apple, dengan pola byte yang kelihatannya rawak. Disebabkan pelajar ijazah ini sering berbincang mengenai perlindungan salinan dengan jurutera perlindungan salinan Apple, Apple membangunkan sistem perlindungan salinan yang menggunakan teknik ini.

Henry Roberts kemudian menulis aturcara pesaing kepada Locksmith, Back It UP. Dia mencipta beberapa kaedah bagi mengalahkannya, dan akhirnya satu kaedah dicipta bagi membaca medan penyelaras itu sendiri secara langsung, tanpa menghiraukan keritan (nibbles) yang terkandung di dalamnya.

Pergelutan antara jurutera pelindung penyalinan dan penyalin pengerit berterusan sehingga sistem pengendalian Apple II menjadi lapuk dan digantikan dengan IBM PC dan klonnya.

Cakera liut kemudiannya digantikan dengan CD sebagai kaedah pengagihan yang digemari, dan syarikat seperti Macrovision dan Sony memberikan skim perlindungan salinan yang bertindak dengan menulis data pada bahagian CD-ROM di mana pemancu CD-R biaanya tidak tulis. Skim sebegini telah digunakan bagi Sony PlayStation dan tidak mudah dielakkan tanpa penggunaan modchip.

Bagi penerbit perisian, kaedah perlindungan salinan yang murah adalah dengan menulis aturcara agar ia memerlukan sedikit bukti daripada pengguna bahawa mereka sebenarnya membeli aturcara tersebut, biasanya dengan menanyakan soalan yang hanya pengguna dengan buku panduan aturcara boleh menjawabnya (sebagai contoh, "Apakan perkataan ke-4 pada baris 6 halaman 37?"). Pendekatan ini boleh diatasi oleh pengguna yang memiliki ketekalan bagi menyalin buku panduan dengan fotostate photocopier, dan ia turut mempunyai kelemahan bahawa apabila seseorang cracker mengatasi perlindungan salinan pada aturcara, keluaran yang diurai lebih memudahkan berbanding aturcara asal, membantutkan keinginan membeli yang asal. Disebabkan ini, perlindungan salinan interaksi pengguna sebegini kebanyakannya telah lenyap.

Teknik perlindungan salinan aturcara lain termasuk:

  • Dongle, sejenis hardware yang mengandungi nombor siri eletronik yang perlu disambungkan pada komputer untuk melaksanakan aturcara. Ini merupakan kos tambahan kepada penerbit aturcara, dengan itu dongle tidak biasa digunakan bagi permainan dan biasanya terdapat bagi pakej mahal aturcara peringkat tinggi. iLok, Syncrosoft dan Matrix Software License Protection System adalah skim perlindungan dongle yang popular yang menggunakan dongle USB. Bagi keperluan anti-lanun yang lebih ketat, keluaran dongle yang menyokong mekanisma pindah kod (code porting) adalah pilihan baik bagi pembangun aturcara.
  • Enkripsi bus dan kod enkripsi bagi kegunaan bagi (Secure cryptoprocessor). Ini menghalang penyalinan dan penukaran aturcara yang digunakan dalam persekitaran keselamatan tinggi seperti mesin juruwang autimatik (Automated teller machine - ATM). Penyelesaian hardware ini berasaskan fakta bahawa tidak seperti muzik, video, dan teks yang akhirnya perlu didedahkan kepada pengguna untuk didengari, lihat, atau dibaca, arahan aturcara hanya diperlukan oleh kriptoprosessor (cryptoprocessor) yang mengenkrip dan melaksanakannya.
  • Kunci daftar (registration key), merupakan siri nombor atau huruf yang ditanya apabila melaksanakan aturcara. Kebanyakan aturcara permainan komputer menggunakan kunci daftar. Aturcara akan gagal dilaksanakan sekiranya kunci daftar tidak ditaip dengan betul, dan permainan ramai pengguna akan enggan dilaksanakan sekiranya terdapat pengguna lain di talian yang telah menggunakan kunci daftar yang sama.
  • Nama & Siri, nama dan nombor siri yang diberikan kepada pengguna pada masa aturcara dibeli, dan diperlukan bagi memasangnya.
  • Fail kunci (Keyfile), yang memerlukan pengguna memiliki fail kunci dalam direktori yang sama dengan aturcara ketika aturcara dipasang bagi melaksanakannya.
  • Kod diaktifkan melalui telefon, yang memerlukan pengguna memanggil nombor tertentu dan mendaftar barangan untuk menerima nombor siri khusus komputer.
  • Pengaktifan barangan melalui Internet, yang memerlukan pengguna bersambung dengan Internet dan menaip nombor siri agar aturcara dalat "memanggil rumah" dan memberitahu pengilang siapa yang telah memasang aturcara dan di mana, dan menghalang pengguna lain daripada memasang aturcara sekiranya mereka cuba menggunakan nombor siri yang sama. Sistem Windows Genuine Advantage Microsoft merupakan contoh paling meluas sebagaimana juga keluaran baru Henry Roberts dari Nalpeiron.
  • Perlindungan melalui pengubahan kod code morphing atau pengaburan kod (code obfuscation). Pengubahan kod merupakan teknologi pelbagai aras yang memiliki beratus pola penukaran kod unik. Tambahan lagi teknologi ini turut memasukkan lapisan khas yang menukar sesetengah perintah kepada perintah Mesin Maya (seperti mesin kod-P). Pengaburan kod (Code Obfuscation) menukar kod binari kepada kod berserabut yang tidak dapat difahami yang tidak sama dengan kod dikompil biasa, dan ini menyorok perlaksanaan logik bagi kod yang dilindungi.

Kaedah perlindungan pernyalinan biasanya mengikat aturcara yang dipasang kepada mesin khusus dengan membabitkan sesetengah ciri-ciri unik pada komputer tersebut. Sesetengah komputer memiliki nombor siri pada ROMnya, sementara yang lain tiada, dan sesetengah tatarajah metrik lain, seperti tarikh dan masa (sehingga pada saat) pemasangan pada cakera keras boleh digunakan. Pada mesin dengan kad Ethernet, alamat MAC, yang unik dan diberikan oleh pengilang, merupakan pilihan popular sebagai nombor siri komputer; bagaimanapun, alamat ini boleh diprogram pada kad moden.

Kesemua skim ini telah dikritik sebagai menimbulkan masalah bagi pengguna lesen yang sah yang meningkat kepada komputer baru, atau perlu memasang semula aturcara selepas memadam (reinitialising) cakera keras mereka. Sesetengah keluaran diaktifkan melalui Internet boleh membenarkan salinan gantian dikeluarkan sekapda pengguna berdaftar atau banyak salinan kepada lesen yang sama.

Sebagaimana semua aturcara, aturcara perlindungan salinan kadang kala mempunyai pepijat, yang kesannya mungkin menghalang capaina kepada pengguna berlesen yang sah. Kebanyakan skim perlindungan salinan adalah mudah di pecahkan, dan aturcara yang dipecahkan adalah lebih bernilai berbanding versi tidak dipecahkan, kerana pengguna boleh menghasilkan banyak salinan.

Dalam Surat Terbuka kepada Peminat (Open Letter to Hobbyists) tahun 1976, Bill Gates mengadu bahawa "kebanyakan anda mencuru aturcara anda." Bagaimanapun, Gates pada asalnya menolak perlindungan salinan dan berkata "Ia hanya menjadi penghalang."

Terdapat juga aturcara senarai hitam yang digunakan bagi menguatkan skim perlindungan salinan tertentu.

Perlindungan salinan khusus bagi permainan lama sunting

Semasa 1980-an dan 1990-an, permainan komputer yang dijual dalam kaset audio dan cakera liut biasanya dilindungi dengan kaedah interaksi pengguna yang menuntut pengguna untuk memiliki pakej asal atau sebahagian darinya, biasanya buku panduan. Perlindungan salinan diaktifkan bukan semasa pemasangan tetapi setiap kali permainan itu dilaksanakan.

Kadangkala kod perlindungan salinan diperlukan bukan semasa dilaksanakan tetapi di masa lain dalam permainan. Ini membantu pemain untuk mengalami permainan (contoh. sebagai pra-tonton) dan mungkin dapat menyakinkan pengguna bagi membelinya setiap kali titik perlindungan salinan dicapai.

Beberapa kaedah imaginasi dan kreatif telah digunakan agar menyeronokkan dan sukar untuk di salin. Ini termasuk:

  • Kaedah paling biasa ("Apakah perkataan ke-13 bada baris ke-7 pada halaman 22?") sering digunakan pada setiap permulaan sesi permainan, tetapi ia terbukti menyusahkan dan memenatkan kepada pemain, dengan itu kegunaannya merosot. Variasi teknik ini termasuk memadankan gambar yang ditunjukkan oleh permainan dengan yang ada dalam buku panduan dan memberikan jawapan berkait dengan gambar. Teknik ini digunakan oleh permainan Ski or Die dan 4D Boxing).
  • Manual yang mengandungi maklumat dan bayangan penting kepada penyelesaian permainan, seperti jawapan kepada teka-teki (Conquests of Camelot, King's Quest 6), resepi sihir (King's Quest 3), kunci kepada memahami sistem tulisan bukan -Latin (sir Ultima), panduan maze (Manhunter), dailog watak dalam permainan (Wasteland, Dragon Wars), petikan garis cerita (kebanyakan permainan Advanced Dungeons and Dragons dan Wing Commander I), atau frekuensi radio yang digunakan untuk berhubung dengan watak bagi maju dalam permainan (Metal Gear Solid).
  • Sejenis kod dengan simbol, tidak wujud pada papan kekunci atau kod ASCII. Kod ini diatur dalam jadual dan perlu dimasukkan melalui papan kunci jika diminta"Apakah kod pada baris 3 jalur 2?". Jadual ini dicetak pada kertas gelap (Maniac Mansion), atau hanya kelihatan melalui lapisan meras (Indiana Jones and the Last Crusade), menjadikan kertas ini sukar di photostate. Variasi kepada kaedah ini—paling terkenal digunakan pada ZX Spectrum versi Jet Set Willy—merupakan kad dengan aturan warna pada setiap grid rujukan yang perlu dimasukan sebelum memulakan permainan. Ini turut menghalang photostate.
  • The Secret of Monkey Island menawarkan kunci perlindungan paling imiginatif: roda berputar dengan separuh muka lanun. Permainan menunjukkan muka dari dua bahagian dan bertanya yang mana digatung dipulau tertentu. Pemain kemudian perlu memadan muka dan memasukkan tahun yang tertunjuk pada pulau tersebut. Monkey Island 2 mempunyai konsep yang sama tetapi menggunakan bahan sihir. Permainan lain yang menggunakan kod roda termasuk permainan dari Accolade seperti Star Control.
  • Superior Soccer tidak menunjukkan sebarang tanda perlindungan penyalinan, tetapi sekiranya ia memutuskan ia disalin dengan tidak sah, ia akan menjadikan gambar bola ghaib, dengan itu menjadikan ianya mustahil untuk dimainkan.
  • Sesetengah syarikat permainan menawarkan tawaran "tambahan" bersama pakej, seperti panduan menggeli hati, poster, komik, buku cerita atau dokumentasi buatan berkenaan permainan (contoh. Grail Diary bagi Indiana Jones atau buku nota kaedt polis bagi Police Quest atau panduan Hero bagi Quest for Glory atau salinan akhbar National Inquisitor bagi Zak McKracken) bagi menggalakkan pemain membeli pakej ini.
  • Sistem lenslok menggunakan peranti prismatik plastik, disertakan bersama permainan, yang digunakan bagi menyahkod yang dipaparkan di skrin.

Kaedah lindung penyalinan sistem konsol permainan video kini sunting

Apabila Dreamcast Sega dibebaskan pada 9 September 1999, ia dilengkapi dengan format cakera baru, dikenali sebagai GD-ROM. Dengan menggunakan pemain CD diubah suai, seseorang boleh mencapai fingsi permainan tersebut. Dengan menggunakan kaedah sautan khas boleh membenarkan permainan GD-ROM dibaca melalui CD-ROM dengan menggunakan MIL-CD biasa (pemuat Boot CD piwaiai, biasa didapati dalam Cakera Pemasangan Windows, CD Linux Live, dan yang lain). Sega DreamCasts yang dijual selepas Oktober 2000 mengandungi peningkatan perkakasan baru, tidak membenarkan but MIL-CD.

Microsoft Xbox, mempunyai fungsi khas: CD dan DVD-R tidak boleh but dan tidak boleh baca merupakan kaedah melindungi penyalinan permainan. Selain itu, Xbox dikatakan mempunyai sistem dail DVD yang berlainan (bukannya UDF). Terdapat teori bahawa cakera ini mempunyai bahagian kedua yang di baca dari luar ke dalam (berbeza dengan kaedah piawaian masa kini dengan ini menjadikan pembahagian (partition) kedua dalam pemancu DVD komputer) yang memberikan trak kelihatan berpusing terbalik semasa pengilangan. Format ini (dan perkakasan terkunci di atas) kelihatannya telah diwarisi oleh penggantinya, Xbox 360.

PlayStation 2 mempunyai peta fail yang mengandungi maklumat kedudukan dan saiz fail tepat berkenaan CDnya. Ia disimpan pada kedudukan yang melampaui had fail. Permainan memeriksa kedudukan secara langsung di mana fail peta sepatutnya ada. Ini bererti sekiranya fail dipindahkan ke dalam limit, ia tidak berguna kerana permainan mencarinya diluar kawasan. Dan ia tidak dapat digunakan di luar had, dengan itu menjadikan sebarang cakera disalin tidak dapat digunakan tanpa cip mod.

Nintendo's Wii dan Nintendo GameCube mempunyai format khusus mereka sendiri bagi perlindungan penyalinan. Ia berasaskan teknologi DVD/miniDVD (Game Cube); terdapat barcode pada sisi cakera. Ia tidak dapat dibaca pada Pemancu DVD-ROM piawian, sungguhpun sesetengah mampu melakukannya dengan menggunakan drive "mod nyahpepijat" DVD-ROM khas.

PlayStation Portable - PSP menggunakan Universal Media Disc, format media sama seperti MiniDisc. Ia memuatkan sekitar 1.2 GB. Sungguhpun ia tidak dapat disalin, seseorang dapat menghasilkan imej ISO dan memainkannya pada PSP buatan sendiri dengan menggunakan utiliti pihak ketiga.

PlayStation 3 menggunakan cakera Blu-ray BD-ROM. Sebagai tambahan kepada sebarang perlindungan yang diberikan oleh konsol itu sendiri, format spesifikasi BD-ROM membenarkan bagi Tanda-ROM yang tidak dapat disalin oleh perakam kegunaan pengguna biasa.

Perlindungan penyalinan bagi pita video sunting

Syarikat seperti Macrovision membekalkan skim bagi penerbit pita video bagi menjadikan salinan tidak dapat digunakan sekiranya ia disalin dengan menggunakan VCR normal. Semua penyalin pita video utama melesenkan Macrovision atau teknologi serupa bagi melindungi kaset video bagi pelanggan dan diri mereka.

Bermula pada tahun 1985 dengan terbitan video filem "The Cotton Club", Macrovision telah melesenkan kepada penerbit teknologi yang menggunakan ciri kawalan keterangan automatik - (automatic gain control)]] pada VCR dengan menambah denyut pada isyarat penyelaras pengosong menegak (vertical blanking sync signal).[3] Denyutan ini tidak menjejaskan gambar yang dilihat pengguna pada TV, tetapi mengelirukan litar tahap perakam VCR pengguna. Teknologi ini, yang dibantu oleh perundangan U.S. mewajibkan pemasangan litar kawalan keterangan automatik pada VCR, dikatakan "menutup lubang analog" dan menjadikan salinan VCR-ke-VCR mustahil, sungguhpun litar murah yang menyingkairan denyutan dan dengan itu mengatasi perlindungan tersedia dengan meluas. Macrovision telah mematen kaedah bagi mengatasi penghalang penyalinan,[4] memberikan ia hak perundangan langsung bagi menghentikan sebarang peranti yang menyahherot yang wujud dalam dunia Media Rakaman Digital ("DRM - Digital Recordable Media).

Perlindungan penyalinan bagi CD audio sunting

Menjelang 2000, Napster telah menjadi hobi aliran utama yang popular, dan beberapa penerbit muzik bertindak balas dengan menjual sesetengah CD dengan pelbagai skim perlindungan penyalinan. Kebanyakannya adalah penghad main semula yang bertujuan menjadikan CD tidak dapat digunakan dalam komputer dengan pemancu CD-ROM, meninggalkan hanya pemain CD audio khusus bagi dimain semula. Ini bagaimanapun tidak menghalang CE sedemikian dari disalin melalui penyambung analog atau mencarik (ripping) CD dengan menggunakan sistem pengendalian seperti Linux (yang berkesan kerana aturcara perlindungan penyalinan biasanya ditulis bagi Microsoft Windows), yang mendorong para pengkritik mempersoalkan kegunaan skim sepertinya.

Perlindungan penyalinan bagi CD dicapai dengan menganggap tahap ciri tertentu dalam pemancu: Piawaian CD audio Red Book adalah piawaian CD tertua dan membentuk set ciri asas yang mana pemain audio khusus tidak perlu tahu. Pemancu CD-ROM pula perlu tambahan sokongan CD dipertingkat mod CD campuran (gabungan trak audio dan data) dan CD multi-sesi (rakaman data berganda setiapnya melampaui dan memuatkan data dari sesi sebelumnya).

Penghalang pemain dilaksanakan dengan sengaja melencong dari piwaian dan secara sengaja memasukkan data multisesi dalam bentuk yang salah atau seumpama dengannya, dengan tujuan mengelirukan pemancu CD-ROM bagi menghalangnya dari berfungsi dengan betul. Pemain CA audio khusus yang mudah tidak akan terjejas dengan data salah bentuk kerana ia merupakan ciri yang tidak disokong olehnya — sebagai contoh, pemain audio langsung tidak mencari sesi kedua yang mengandungi data perlindungan penyalinan.

Pelencongan dari Piawaian CD audio Red Book yang mentakrifkan CD audio, memaksa penerbit CD perlindungan penyalinan ini mengelak dari menggunakan logo rasmi CDDA pada cakera atau sarungnya. Logo tersebut merupakan tanda dagang yang dimiliki oleh Philips dan Sony dan dilesenkan bagi mengenalpasti cakera audio yang patuh sahaja. Untuk menghalang pelanggan yang tidak puas hati daripada memulangkan CD yang disalah gambar sebagai patuh kepada CD audio, CDs sebegini turut mula memaparkan notis jelas pada sampulnya.

Secara umum data audio masih boleh diambil dengan menggunakan prinsip lubang analog. Tambahan lagi, aturcara seperti ISOBuster mungkin berupaya menghasilkan fail audio tersembunyi.

Contoh skim perlindungan penyalinan CD adalah; Cactus Data Shield, Copy Control, dan Data Position Measurement.

Perlindungan penyalinan dalam media digital terkini sunting

 
Ikon Kesedaran Perlindungan Penyalinan (Motion Picture Association of America - MPAA) bagi DVD.

Lebih terkini, penerbit muzik dan wayang dalam bentuk digital telah berpaling kepada enkripsi (encryption) bagi menyukarkan penyalinan. Sistem Penceramuk Kandungan (CSS-Content-scrambling system), yang digunakan pada DVD, merupakan contoh paling masyhur. Ini adalah bentuk perlindungan kandungan yang menggunakan enkripsi 40-bit. Salinan tidak dapat dimainkan semula kerana ia ketiadaan kunci tersebut, yang tidak ditulis pada cakera DVD-R atau DVD-RW. Dengan teknik ini, jarya yang dienkrip menggunakan satu kunci yang hanya dimasukkan kedalam perkakasan pemain "yang disahkan", yang membenarkan hanya kegunaan "sah" bagi karya tersebut (biasanya bentuk kekangan main semula, tetapi bukan bagi penukaran atau suntingan). Akta Hakcipta Milenium Digital (Digital Millennium Copyright Act) yang dipertikaikan memberikan perlindungan perundangan bagi tindakan ini di Amerika Syarikat, yang menjadikannya haram bagi mengedarkan pemain "tanpa kebenaran" —yang sepatutnya menghapuskan kemungkinan membina penyalin DVD. Bagaimanapun, skim enkripsi yang direka bagi media piwaian pasaran pukal seperti DVD mempunyai kelemahan asas iaitu apabila ia dilaksanakan, ia tidak mungkin dapat ditukar tanpa keluar dari piawaian. Oleh kerana pengguna tidak mungkin membeli perkakasan baru hanya semata-mata mengekalkan perlindungan penyalinan, pengilang terhalang dari meningkatkan teknologi DRM sehingga kini, dengan keluaran media generasi berikut seperti HD DVD dan Cakera Blu-ray. Tempoh ini mewakili lebih dari masa yang mencukupi bagi skim enkripsi diatasi oleh penyerang yang tekal. Sebagai contoh, skim enkripsi CSS yang digunakan pada Video DVD dipecahkan dalam tempoh tiga tahun ia dikeluarakn di pasaran pada November 1996 (lihat DeCSS), tetapi tidak ditukar sejak itu, kerana melakukan penukaran tersebut akan menjadikan semua pemain DVD yang dijual "sebelum" pertukaran tidak mampu memainkan DVD baru—dan ini bukan hanya membawa tindak balas rasa tidak puas hati dikalangan pengguna, tetapi menghadkan pasaran untuk mana DVD baru boleh dijual. Baru-baru ini DVD telah cuba mengukuhkan CSS dengan skim perlindungan tambahan. Kebanyakan skim moden seperti ARccOS Protection menggunakan trik format DVD dalam usaha menghalang aturcara lanun, sungguhpun ia telah dikatakan bahawa sebarang skim mesti kekal dalam had format Video DVD, sekali gus menghadkan langkah perlindungan yang mungkin —dan menjadikannya mudah bagi hacker bagi mempelajari intipati skim dan mencari jalan mengatasinya.

Generasi baru media cakera optik, HD DVD dan Cakera Blu-ray, cuba menanagani isu ini. Kedua format meggunakan Sistem Kandungan Capaian Maju -(Advanced Access Content System), yang membenarkan bagi beratus-ratus kunci dekripsi berlainan (bagi pelbagai model pemain untuk diedar di pasaran), setiap satu boleh dibatalkan sekiranya satu kunci dipecah. Kunci yang dibatalkan hanya dikeluarkan dari cakara masa depan, menjadikan pemain terdedah tidak berguna bagi judil masa depan kecuali ia dipertingkat bagi membetulkan isu ini. Bagi sebab ini kesemua pemain HD-DVD dan sesetengah pemain Blu-ray mempunyai port lapis fizikal Ethernet, bagi memberi keupayaan kepadanya bagi memindah terima peningkatan DRM. Cakera Blu-ray menggunakan langkah lanjut dengan menngunakan teknik berasingan yang dikenali sebagai BD+, mesin maya yang boleh melaksanakan kod yang dimasukkan kedalam cakera bagi mengesahkan, membatalkan, dan mengemas kini pamain menurut keperluan. Oleh kerana aturcara perlindungan berada dalam cakera bukannya pemain, ia membenarkan pengemasakini program perlindungan dalam tempoh hayat BD dengan semudah memasukkan aturcara baru kedalam cakera baru.

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Thomas Obnigene, DVD Glossary, filmfodder.com 2007. Retrieved July 19, 2007.
  2. ^ Confusing Words and Phrases that are Worth Avoiding, GNU Project - Free Software Foundation (FSF).
  3. ^ Sesetengah paten berkait adalah U.S. Patent 4,631,603 ; U.S. Patent 4,577,216 ; U.S. Patent 4,819,098 ; dan U.S. Patent 4,907,093 .
  4. ^ Salah satu paten tersebut adalah U.S. Patent 5,625,691 .

Pautan luar sunting