Hari Celik Huruf Antarabangsa

September 8 telah diisyhtiharkan Hari Celik Huruf Antarabangsa oleh UNESCO pada November 17, 1965, dan telah diraikan buat pertama kalinya pada tahun 1966. Tujuannya adalah untuk menonjolkan betapa pentingnya celik huruf pada para individu, komuniti dan masyarakat. Pada Hari Celik Huruf Antarabangsa setiap tahun, UNESCO mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang tahap celik huruf dan ilmu pengetahuan dewasa sedunia. Perayaan mengambil tempat di keliling dunia [1].

Lebih kurang 776 juta orang dewasa kekurangan kemahiran celik huruf minimum; salah satu daripada lima masih belum celik huruf dan dua pertiga daripada mereka adalah wanita; 75 juta kanak-kanak tidak bersekolah dan lebih banyak lagi tidak tetap hadir atau berhenti bersekolah.

Menurut Global Monitoring Report on Education for All (2008) UNESCO[2][3], Asia Selatan dan Asia Barat mempunyai kadar celik huruf dewasa serantau yang paling rendah (58.6%), diikuti Afrika subsahara (59.7%), dan negara-negara Arab (62.7%). Negara-negara yang memiliki kadar celik huruf paling rendah di dunia adalah Burkina Faso (12.8%), Niger (14.4%) dan Mali (19%). Laporan menunjukkan suatu hubungan ketara antara negara tidak celik huruf dan negara miskin, dan antara tidak celik huruf dan prasangka terhadap wanita.

Tema perayaan untuk tahun-tahun 2007 dan 2008 adalah “Celik Huruf dan Kesihatan”. Ini juga penekanan bertema untuk kedua-dua tahun 2007-2008 dalam rancangan United Nations Literacy Decade (Dasawarsa Celik Huruf PBB) [4]. Khususnya, Hari Celik Huruf tahun 2008 bertemakan Celik Huruf dan Epidemik dengan suatu fokus pada penyakit berjangkit seperti HIV, tuberculosis dan malaria, beberapa penyakit kesihatan awam yang penting.

Untuk menaikkan kesedaran awam tentang nilai luar biasa perkataan bertulis dan keperluan untuk menggalakkan masyarakat celik huruf, para pengarang berikut menyokong UNESCO melalui Writers for Literacy Initiative (Inisiatif Penulis untuk Celik Huruf) [5]: Margaret Atwood, Paul Auster, Philippe Claudel, Paulo Coelho, Philippe Delerm, Fatou Diome, Chahdortt Djavann, Nadine Gordimer, Amitav Ghosh, Marc Levy, Alberto Manguel, Anna Moi, Scott Momaday, Toni Morrison, Erik Orsenna, Gisèle Pineau, El Tayeb Salih, Francisco Jose Sionil, Wole Soyinka, Amy Tan, Miklós Vámos, Abdourahman Waberi, Wei Wei, dan Banana Yoshimoto. Bukan sahaja para penulis yang menyumbang kepada kempen meningkatkan kesedaran tentang masalah buta huruf; di samping penulis, terdapat juga pelbagai syarikat dan organisasi amal jariah yang mendokong usaha menangani buta huruf. Beberapa penyokong Hari Celik Huruf Antarabangsa termasuk Global Development Research Center, Montblanc, National Institute for Literacy, dan Rotary International.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ [2]
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-28. Dicapai pada 2010-06-07.
  4. ^ [3]
  5. ^ [4]

Pautan luar sunting