Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) adalah acara tahunan sejak tahun 1974 lagi. Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ia merupakan satu program kemuncak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan menjadi kebanggaan SBP kerana dapat menghimpunkan semua SBP bagi mempamerkan bakat dan kehebatan disamping perjumpaan yang berkonsepkan ukhwah di kalangan warga SBP. Malahan, SBP-SBP yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sistem rumah dan anugerah asrama terbilang akan disampaikan sewaktu Majlis Anugerah Cemerlang HKSBP. Pelajar-pelajar SBP yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum akan dianugerahkan Anugerah Warna SBP pada majlis yang sama. Pada setiap tahun, setiap Sekolah Berasrama Penuh akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah.

Objektif HKSBP sunting

1. Memperkukuhkan pemuafakatan, hubungan silaturahim, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan warga SBP.

2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memupuk semangat kekitaan dalam usaha meningkatkan imej dan prestasi SBP.

3. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan dan pencapaian cemerlang seluruh warga SBP dalam pelbagai aktiviti dan lapangan.

4. Mempraktis, menerap dan menggunakan sepenuhnya kemahiran yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi serta bakat yang ada melalui pertandingan bahas ala parlimen dan pertandingan bola keranjang serta persembahan kreatif seni dan budaya.

5. Menyediakan prasarana dan wadah untuk semua aktiviti pendidikan yang melibatkan perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian bidang kurikulum dan kokurikulum SBP.

Jenis Pertandingan sunting

Pertandingan Bahas sunting

i. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu

ii. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris

Pertandingan Bola Keranjang sunting

i. Pertandingan Bola Keranjang Kategori Lelaki

ii. Pertandingan Bola Keranjang Kategori Perempuan

Piala Pusingan sunting

(i) Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Melayu (1974) iaitu Piala Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua

(ii) Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Inggeris (1991) iaitu Piala Tun Dr. Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Keempat

(iii) Piala Pusingan untuk Bola Keranjang Lelaki (1974) iaitu Piala Tun Dato’ (Dr.) Hj. Hamdan Sheikh Tahir

(iv) Piala Pusingan untuk Bola Keranjang Perempuan (1976) iaitu Piala Toh Puan Datin Hjh. Siti Zainab

Piala Pusingan Bahas Bahasa Melayu sunting

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi acara tahunan dalam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh telah bermula semenjak tahun 1974 lagi.[1] Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu yang merupakan Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Reka bentuk piala ini telah dihasilkan oleh Y.B. Datuk Baharuddin bin Kassim arkitek dari Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk Masjid Negara.

Pada bahagian atas piala ini terdapat 8 bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut–mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan melambangkan bulatan dunia dan diertikan luasnya pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.

Piala Pusingan Bahas Bahasa Inggeris sunting

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang pada awalnya dijalankan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan mulai tahun 1974.[1] Walau bagaimanapun piala pusingan hanya disediakan untuk pemenang bahas Bahasa Melayu.

Apabila kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu telah bertapak dengan kukuh dalam sistem pendidikan negara, kerajaan merasakan penekanan terhadap Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu mengemukakan permohonan ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan mendapatkan sumbangan. Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada waktu itu bersetuju menyumbangkan sebuah piala pusingan yang sama dari segi reka bentuk dan saiz. Mulai tahun 1991, sebuah piala pusingan disediakan untuk pemenang Bahas Bahasa Inggeris.

Piala Pusingan Pertandingan Bola Keranjang sunting

Pertandingan bola keranjang lelaki antara Sekolah Berasrama Penuh mula diadakan pada tahun 1974 bagi merebut Piala Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir sementara pertandingan bola keranjang perempuan bermula pada tahun 1976 bagi merebut Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajar Melayu dalam permainan bola keranjang yang selama ini dipelopori oleh kaum-kaum lain. Selain itu, permainan ini agak agresif dan berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, di samping memerlukan semangat kerjasama sepasukan yang tinggi bagi memburu kemenangan.

Pada tahun 1990, piala pusingan yang pertama ini telah dihadiahkan terus kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (MCKK) dan Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur (SSP) kerana kedua-dua buah sekolah ini merupakan pasukan yang paling kerap menjuarai pertandingan sejak tahun 1975. Bermula tahun 1991, Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir dan Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab sekali lagi telah bermurah hati menganugerahkan sebuah piala pusingan baru untuk pertandingan berprestij ini. Piala yang menjadi lambang kehebatan pasukan yang berjaya menggondolnya sentiasa menjadi idaman dan rebutan setiap kontinjen yang bertanding.

Pemenang Mengikut Tahun sunting

Tahun Senarai Pemenang Bola Keranjang Lelaki Senarai Pemenang Bola Keranjang Perempuan Senarai Pemenang Bahas Bahasa Melayu Senarai Pemenang Bahas Bahasa Inggeris
1974 Sekolah Dato' Abdul Razak Tidak Dipertandingkan Sekolah Alam Shah Sekolah Seri Puteri
1975 Sekolah Dato' Abdul Razak (2) Tidak Dipertandingkan Kolej Islam Klang Sekolah Seri Puteri (2)
1976 Sekolah Dato' Abdul Razak (3) Sekolah Tun Fatimah Kolej Islam Klang (2) Sekolah Seri Puteri (3)
1977 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah (2) Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1978 Maktab Tentera Diraja Sekolah Tun Fatimah (3) Kolej Islam Klang (3) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (2)
1979 Kolej Melayu Kuala Kangsar (2) Sekolah Tun Fatimah (4) Sekolah Tun Fatimah Kolej Islam Klang
1980 Kolej Melayu Kuala Kangsar (3) Sekolah Tun Fatimah (5) Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri (4)
1981 Kolej Melayu Kuala Kangsar (4) Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Sekolah Alam Shah
1982 Kolej Melayu Kuala Kangsar (5) Sekolah Seri Puteri Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1983 Kolej Melayu Kuala Kangsar (6) Sekolah Seri Puteri (2) Kolej Islam Klang (4) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (2)
1984 Sekolah Menengah Sains Selangor Sekolah Seri Puteri (3) Sekolah Tun Fatimah (2) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (3)
1985 Kolej Melayu Kuala Kangsar (7) Sekolah Seri Puteri (4) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Sekolah Dato' Abdul Razak
1986 Maktab Tentera Diraja (2) Sekolah Seri Puteri (5) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (2) Sekolah Tun Fatimah
1987 Maktab Tentera Diraja (3) Sekolah Seri Puteri (6) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Maktab Tentera Diraja
1988 Sekolah Menengah Sains Selangor (2) Sekolah Seri Puteri (7) Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Tuanku Abdul Rahman (4)
1989 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub Sekolah Seri Puteri (8) Sekolah Alam Shah (2) Kolej Tunku Kurshiah
1990 Sekolah Dato' Abdul Razak (4) Sekolah Seri Puteri (9) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (2) Maktab Tentera Diraja (2)
1991 Sekolah Dato' Abdul Razak (5) Sekolah Tun Fatimah (6) Sekolah Alam Shah (3) Maktab Tentera Diraja (3)
1992 Kolej Melayu Kuala Kangsar (8) Sekolah Seri Puteri (10) Kolej Melayu Kuala Kangsar (2) Kolej Tunku Kurshiah (2)
1993 Kolej Melayu Kuala Kangsar (9) Kolej Tunku Kurshiah (2) Kolej Melayu Kuala Kangsar (3) Kolej Tunku Kurshiah (3)
1994 Maktab Tentera Diraja (4) Kolej Tunku Kurshiah (3) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (3) Kolej Tunku Kurshiah (4)
1995 Sekolah Alam Shah Kolej Tunku Kurshiah (4) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (3) Kolej Tunku Kurshiah (5)
1996 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (2) Kolej Tunku Kurshiah (5) Sekolah Tuanku Abdul Rahman Kolej Tunku Kurshiah (6)
1997 Sekolah Menengah Sains Dungun Sekolah Seri Puteri (11) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (4) Sekolah Tun Fatimah (2)
1998 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
1999 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (4) Sekolah Tun Fatimah (3)
2000 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sekolah Seri Puteri (12) Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
2001 Sekolah Menengah Sains Dungun (2) Sekolah Seri Puteri (13) Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (2) Maktab Tentera Diraja (4)
2002 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (2) Sekolah Seri Puteri (14) Kolej Islam Sultan Alam Shah (5) Kolej Tunku Kurshiah (7)
2003 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (3) Kolej Tunku Kurshiah (6) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Kolej Tunku Kurshiah (8)
2004 Kolej Melayu Kuala Kangsar (10) Sekolah Seri Puteri (15) Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (3) Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
2005 Kolej Melayu Kuala Kangsar (11) Sekolah Seri Puteri (16) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (2) Kolej Islam Sultan Alam Shah (2)
2006 Kolej Melayu Kuala Kangsar (12) Sekolah Seri Puteri (17) Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (4) Sekolah Menengah Sains Seremban
2007 Kolej Melayu Kuala Kangsar (13) Sekolah Tun Fatimah (7) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak Sekolah Menengah Sains Alam Shah
2008 Kolej Melayu Kuala Kangsar (14) Sekolah Tun Fatimah (8) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (3) Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
2009 Sekolah Menengah Sains Kuching Sekolah Seri Puteri (18) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (4) Sekolah Seri Puteri (5)
2010 Sekolah Menengah Sains Kuching (2) Sekolah Seri Puteri (19) Sekolah Dato' Abdul Razak (2) Sekolah Sultan Alam Shah (2)
2011 Kolej Melayu Kuala Kangsar (15) Sekolah Tun Fatimah (9) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (3) Kolej Tunku Kurshiah (9)
2012 Kolej Melayu Kuala Kangsar (16) Sekolah Seri Puteri (20) Sekolah Seri Puteri Sekolah Dato' Abdul Razak (2)
2013 Sekolah Dato' Abdul Razak (6) Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (5) Sekolah Menengah Sains Alam Shah (2)
2014 Kolej Melayu Kuala Kangsar (17) Sekolah Menengah Sains Kuching Kolej Melayu Kuala Kangsar (5) Kolej Melayu Kuala Kangsar
2015 Sekolah Menengah Sains Kuching (3) Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Sekolah Tuanku Abdul Rahman (4) Kolej Melayu Kuala Kangsar (2)
2016 Sekolah Menengah Sains Dungun (3) Sekolah Seri Puteri (21) Sekolah Menengah Sains Banting Kolej Melayu Kuala Kangsar (3)
2017 Sekolah Sultan Alam Shah (2) Sekolah Seri Puteri (22) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (6) Sekolah Menengah Sains Kuching Utara
2018 Kolej Melayu Kuala Kangsar (18) Sekolah Seri Puteri (23) Kolej Melayu Kuala Kangsar (6) Sekolah Seri Puteri (6)
2019 Kolej Melayu Kuala Kangsar (19) Sekolah Seri Puteri (24) Sekolah Dato' Abdul Razak (3) Kolej Melayu Kuala Kangsar (4)
2020 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan
2021 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan
2022 Sekolah Sultan Alam Shah (3) Sekolah Seri Puteri (25) Sekolah Sultan Alam Shah (4) Sekolah Sultan Alam Shah (3)
2023 Sekolah Dato' Abdul Razak (7) Sekolah Seri Puteri (26) Sekolah Menengah Sains Alam Shah Sekolah Menengah Sains Alam Shah (3)
Petunjuk
Sekolah yang memenangi tiga piala dalam tahun yang sama
Sekolah yang memenangi dua piala dalam tahun yang sama

Statistik Sekolah Yang Pernah Memenangi Piala sunting

Ranking Sekolah Jumlah Bola Keranjang Lelaki Bola Keranjang Perempuan Bahas Bahasa Melayu Bahas Bahasa Inggeris
1 Sekolah Seri Puteri 33 sekolah pelajar perempuan 26 1 6
2 Kolej Melayu Kuala Kangsar 29 19 sekolah pelajar lelaki 6 4
3 Kolej Tunku Kurshiah 16 sekolah pelajar perempuan 6 1 9
4 Sekolah Tun Fatimah 14 sekolah pelajar perempuan 9 2 3
5 Sekolah Dato' Abdul Razak 12 7 sekolah pelajar lelaki 3 2
6 Sekolah Alam Shah / Sekolah Sultan Alam Shah 10 3 sekolah pelajar lelaki 4 3
7 Maktab Tentera Diraja 8 4 sekolah pelajar lelaki 0 4
7 Sekolah Tuanku Abdul Rahman 8 0 sekolah pelajar lelaki 4 4
9 Kolej Islam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah 7 0 0 5 2
10 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim 6 0 0 4 2
10 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang 6 0 0 6 0
12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 4 0 0 4 0
12 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah 4 3 1 0 0
12 Sekolah Menengah Sains Kuching 4 3 1 0 0
12 Sekolah Menengah Sains Alam Shah 4 0 0 1 3
16 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin 3 0 0 3 0
16 Sekolah Menengah Sains Dungun 3 3 0 0 0
18 Sekolah Menengah Sains Selangor 2 2 0 0 0
18 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub 2 2 0 0 0
18 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu 2 0 0 1 1
21 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak 1 0 0 1 0
21 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi 1 0 0 0 1
21 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor 1 0 0 0 1
21 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah 1 0 0 0 1
21 Sekolah Menengah Sains Seremban 1 0 0 0 1
21 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan 1 0 0 1 0
21 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud 1 0 1 0 0
21 Sekolah Menengah Sains Banting 1 0 0 1 0
21 Sekolah Menengah Sains Kuching Utara 1 0 0 0 1

Pemenang Terbanyak Mengikut Piala sunting

Sepanjang Masa sunting

Piala Bil. Kemenangan Sekolah
Bola Keranjang Lelaki 19 Kolej Melayu Kuala Kangsar
Bola Keranjang Perempuan 26 Sekolah Seri Puteri
Bahas Bahasa Melayu 6 Kolej Melayu Kuala Kangsar

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Bahas Bahasa Inggeris 9 Kolej Tunku Kurshiah

Sekolah Yang Memenangi Piala Berturut-turut Terbanyak sunting

Bilangan Sekolah Acara Tahun
9 Sekolah Seri Puteri Bola Keranjang Perempuan 1982-1990
5 Sekolah Tun Fatimah Bola Keranjang Perempuan 1976-1980
Kolej Melayu Kuala Kangsar Bola Keranjang Lelaki 1979-1983
Kolej Melayu Kuala Kangsar Bola Keranjang Lelaki 2004-2008
4 Sekolah Seri Puteri Bahas Bahasa Inggeris 1973-1976
Kolej Tunku Kurshiah Bahas Bahasa Inggeris 1993-1996
Kolej Tunku Kurshiah Bola Keranjang Perempuan 1993-1996
Sekolah Seri Puteri Bola Keranjang Perempuan 2016-2019
3 Sekolah Dato' Abdul Razak Bola Keranjang Lelaki 1974-1976
Sekolah Tuanku Abdul Rahman Bahas Bahasa Inggeris 1982-1984
Sekolah Seri Puteri Bola Keranjang Perempuan 2000-2002
Sekolah Seri Puteri Bola Keranjang Perempuan 2004-2006
Kolej Melayu Kuala Kangsar Bahas Bahasa Inggeris 2014-2016

Sekolah Yang Memenangi Semua Piala Dalam Tahun Yang Sama (Treble) sunting

Setakat ini, hanya Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Sultan Alam Shah yang berjaya memenangi semua piala yang disertai dalam tahun yang sama, iaitu pada tahun 2014 dan 2022.

Sekolah Tahun
Kolej Melayu Kuala Kangsar 2014
Sekolah Sultan Alam Shah 2022
  • Kedua-dua sekolah tidak bertanding dalam Bola Keranjang Perempuan kerana merupakan sekolah pelajar kesemuanya lelaki

Sekolah Yang Berjaya Memenangi Semua Piala sunting

(Tahun yang diberikan adalah sewaktu sekolah tersebut pertama kali memenangi piala tersebut. Yang terakhir dihitamkan)

Sekolah Bola Keranjang Lelaki Bola Keranjang Perempuan Bahas Bahasa Melayu Bahas Bahasa Inggeris
Sekolah Dato' Abdul Razak 1974 sekolah pelajar lelaki 1982 1985
Sekolah Tun Fatimah sekolah pelajar perempuan 1976 1979 1986
Kolej Tunku Kurshiah sekolah pelajar perempuan 1981 1977 1989
Sekolah Alam Shah / Sekolah Sultan Alam Shah 1995 sekolah pelajar lelaki 1974 1981
Sekolah Seri Puteri sekolah pelajar perempuan 1982 2012 1974
Kolej Melayu Kuala Kangsar 1977 sekolah pelajar lelaki 1980 2014

Sekolah Yang Memenangi Tiga Piala Dalam Tahun Yang Sama (Treble) sunting

Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Melayu – Bahas Bahasa Inggeris: sunting

  • (2014) Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • (2022) Sekolah Sultan Alam Shah

Sekolah Yang Memenangi Dua Piala Dalam Tahun Yang Sama sunting

Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Melayu: sunting

  • (1980) Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • (1992) Kolej Melayu Kuala Kangsar (2)
  • (1993) Kolej Melayu Kuala Kangsar (3)
  • (2018) Kolej Melayu Kuala Kangsar (4)

Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Inggeris: sunting

  • (1987) Maktab Tentera Diraja
  • (2019) Kolej Melayu Kuala Kangsar (5)

Bola Keranjang Perempuan – Bahas Bahasa Melayu: sunting

  • (1979) Sekolah Tun Fatimah
  • (2012) Sekolah Seri Puteri (2)

Bola Keranjang Perempuan – Bahas Bahasa Inggeris: sunting

  • (1993) Kolej Tunku Kurshiah
  • (1994) Kolej Tunku Kurshiah (2)
  • (1995) Kolej Tunku Kurshiah (3)
  • (1996) Kolej Tunku Kurshiah (4)
  • (2003) Kolej Tunku Kurshiah (5)
  • (2009) Sekolah Seri Puteri
  • (2018) Sekolah Seri Puteri (3)

Bahas Bahasa Melayu – Bahas Bahasa Inggeris: sunting

  • (1988) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  • (2023) Sekolah Menengah Sains Alam Shah

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abdullah, Saiffudin (5 Januari 2015). "Malaysia tuan rumah debat dunia". Dicapai pada 11 April 2016.

Pautan luar sunting