Hari Orang Dewasa

(Dilencongkan dari Hari Kedewasaan)

Hari Orang Dewasa (Jepun: 成人の日, Hepburn: Seijin no hi) adalah satu hari perayaan yang disambut di Jepun bagi menyambut penduduknya yang telah mencapai usia 20 tahun menurut undang-undang perayaan Jepun (Shukujitsu-hō). Hari tersebut jatuh pada hari Isnin minggu kedua dalam bulan Januari.

Hari Orang Dewasa
Nama rasmi成人の日 Seijin no hi
Juga dikenali sebagai
Hari Kedewasaan
Diraikan oleh/di
Orang Jepun
JenisKebangsaan
KepentinganMeraikan penduduk Jepun yang telah mencapai umur 20 tahun.
TarikhIsnin minggu kedua dalam bulan Januari

Upacara Seijin shiki turut diadakan pada hari tersebut oleh pemerintah tempatan di bandar-bandar dan kampung-kampung untuk meraikan penduduk yang telah berumur atau genap 20 tahun. Menurut hukum, warganya yang telah mencapai umur tersebut dibenarkan untuk merokok, mengambil minuman beralkohol dan mengundi untuk pilihan raya umum.

Pautan luar sunting