Harimau Muda A adalah nama bagi Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 22 tahun mewakili Malaysia di pertandingan bola sepak antarabangsa seperti Kejohanan Remaja B-23 AFC, Piala Juara-Juara Remaja begitu juga dengan pertandingan bola sepak bawah-23 antarabangsa. Ia diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Skuad ini adalah pasukan penghantar Malaysia B-23 dan pasukan bola sepak kebangsaan senior. Usia para pemain A di antara 19 hingga 22 manakala Harimau Muda B adalah untuk pemain bawah-19. Harimau Muda A kini bermain di S. League 2012.

Harimau Muda
logo
Nama penuhHarimau Muda A
GelaranYoung Tigers
Diasaskan2007
StadiumStadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia
(Kapasiti: 3,400)
PengerusiMalaysia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
PengurusMalaysia Datuk Afandi Hamzah
JurulatihMalaysia Razip Ismail
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Pasukan ini ditujukan untuk membangunkan pemain remaja Malaysia dan tidak akan merekrut warga lain di dalam skuad.

Formasi sunting

Pada Oktober 19, 2007 FAM telah memutuskan untuk memasukkan Malaysia B-21 sebagai salah satu pasukan di dalam Liga Perdana Malaysia 2007–08 dan dikenali sebagai Harimau Muda (Young Tigers).[1] Disebabkan oleh tugas-tugas antarabangsa, Malaysia B-21 diperlukan untuk melibatkan diri di dalam Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2010. Di dalam pertandingan tempatan, mereka melibatkan diri di dalam Liga Perdana dan Piala FA.

Harimau Muda telah dipecahkan kepada 2 pasukan pada Julai 2009, Harimau Muda A dan Harimau Muda B. Harimau Muda B telah dihantar ke Zibo, China untuk melibatkan diri di dalam Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2010 dan Harimau Muda A juga akan terlibat di dalam Liga Perdana dan Piala FA.

Semasa musim 2010, Harimau Muda A pergi ke pusat latihan di Zlaté Moravce, Slovakia selama 8 bulan manakala Harimau Muda B melibatkan diri di dalam Liga Perdana Malaysia 2010.

Selepas latihan di Slovakia, Harimau Muda A menyertai Liga Super Malaysia 2011 menggantikan KL PLUS FC dan Harimau Muda B meneruskan penglibatan dengan bermain di Liga Perdana Malaysia. Harimau Muda A menghabiskan di tempat ke-5 manakala Harimau Muda B bermain dengan teruk di musim ini dengan berada di dalam kedudukan tiga terbawah. Walaupun begitu, beliau berjaya mengelakkan daripada tersingkir dan akan terus bermain di Liga Perdana Malaysia.

Pada musim 2012, Harimau Muda A berganti tempat dengan Young Lions dari Singapura, yang sepatutnya terdiri daripada pasukan kebangsaan Singapura bawah-23. Young Lions akan menggantikan Harimau Muda A di dalam Liga Super manakala Harimau Muda A akan menggantikan Young Lions di dalam S.League.[2] Harimau Muda B meneruskan penglibatan dengan bermain di Liga Perdana Malaysia

Bagi musim S.League 2012, Harimau Muda A akan terus menggunakan pusat latihan dan ibu pejabat di Wisma FAM, Kelana Jaya seperti kebiasaannya, bagaimanapun bagi perlawanan liga, Harimau Muda A akan berpengkalan di Stadium Yishun di Yishun, Singapura.[3] Seperti pasukan lain yang terlibat di dalam musim 2012, Harimau Muda A akan ditaja oleh Yeo's H-TWO-O Original. Logo itu akan dicetak di belakang kit tuan rumah dan tempat lawan bagi Harimau Muda A.

Rekod pertandingan sunting

Tahun Kedudukan Liga Pertandingan Piala
 
2007-08
8/13   Liga Perdana Piala FA
Pusingan 1
 
2009
1/13
(Juara)
  Liga Perdana Piala FA
Suku Akhir
 
2010
Tiada Kedudukan
(hanya sebagai satu pasukan tetamu)
  Liga 1 Slovakia Piala Slovakia
Tidak Menyertai
 
2011
5/14   Liga Super Piala FA
Pusingan 2
 
2012
4/13   S.League Piala Singapura
Tidak Menyertai
 
2013
Kem Latihan Berpusat Slovakia - -
 
2014
9/13   Liga Perdana Queensland -

Rekod Antarabangsa sunting

Kejohanan Jemputan sunting

Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah sunting

Rekod Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah
Tahun Pusingan BP M S K JG GB
  2002 Separuh Akhir 5 2 0 3 13 9
  2005 Pusingan 1 4 2 0 2 3 7
  2007 Separuh Akhir 4 1 1 2 4 7
Jumlah Terbaik: Separuh Akhir 13 5 1 7 20 23

Piala Thanh Nien sunting

Rekod Piala Thanh Nien
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  2007 Tidak Memasuki
  2008 Pusingan 1 6/6 2 0 0 2 3 8
  2009 6/6 2 0 0 2 2 6
  2010 Tempat Keempat 4/6 4 1 1 2 3 5
  2011 Pusingan 1 5/6 2 0 0 2 1 4
  2012 Juara 1/6 4 3 1 0 0 0
  2013 Tempat Ketiga 3/5 5 2 2 1 8 10
  2014 Tempat Keempat 4/6 4 1 1 2 7 8
Jumlah Terbaik: Juara 7/8 23 7 5 11 24 41

Piala Emas Bangabandhu sunting

Rekod Piala Emas Bangabandhu
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  2015 Juara 1/6 4 4 0 0 7 2
Jumlah Terbaik: Juara 1/3 4 4 0 0 7 2

Keputusan terkini sunting

      Menang       Seri       Kalah

* Jaringan Malaysia biasanya disenaraikan lebih dahulu

Piala Emas Bangabandhu 2015 sunting

Skuad sunting

Skuad Untuk Liga Singapura 2015 sunting

# Nama Asal Posisi: Umur
1 Mohd Farhan Abu Bakar   GK (1993-02-14) 14 Februari 1993 (umur 31)
3 Mohammad Ashmawi Md Yakin   RB (1994-01-01) 1 Januari 1994 (umur 30)
4 Muhammad Ariff Farhan Md Isa   RB (1996-07-04) 4 Julai 1996 (umur 27)
5 Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris   CB (1994-12-20) 20 Disember 1994 (umur 29)
6 Muhammad Irfan Zakaria   (1995-06-04) 4 Jun 1995 (umur 28)
7 Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik   CM (1995-05-05) 5 Mei 1995 (umur 28)
8 Shahrul Iqwan Samsudin   RM,RW (1994-05-17) 17 Mei 1994 (umur 29)
9 Adam Nor Azlin   CM,ST (1996-01-05) 5 Januari 1996 (umur 28)
10 Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula   LM, LW, ST (1994-02-23) 23 Februari 1994 (umur 30)
11 Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak   LM, LW (1996-08-04) 4 Ogos 1996 (umur 27)
12 Kumaahran Sathasivam   ST (1996-07-03) 3 Julai 1996 (umur 27)
13 Azrul Nizam Muhammad   LM, LW (1994-12-05) 5 Disember 1994 (umur 29)
15 Mohamad Syawal Nordin   CB (1993-03-25) 25 Mac 1993 (umur 31)
16 Mohd Asri Mardzuki   LB (1994-05-12) 12 Mei 1994 (umur 29)
17 Muhamad Faizat Mohamad Ghazali   ST (1994-11-28) 28 November 1994 (umur 29)
18 Syahrul Azwari Ibrahim   (1993-01-12) 12 Januari 1993 (umur 31)
19 Muhamad Arif Mohamed Anwar   ST (1995-03-14) 14 Mac 1995 (umur 29)
20 Muhamad Akhir Bahari   RM,RW (1994-03-22) 22 Mac 1994 (umur 30)
21 Nazirul Naim Che Hashim   LB (1993-04-06) 6 April 1993 (umur 30)
22 Mohamad Ramdhan Ab Hamid   GK (1994-02-16) 16 Februari 1994 (umur 30)
23 Muhamad Ilham Amirullah Razali   GK (1994-02-26) 26 Februari 1994 (umur 30)
24 Annas Rahmat   CB (1994-11-07) 7 November 1994 (umur 29)
25 Mohamad Faris Shah Mohd Rosli   CM (1995-04-17) 17 April 1995 (umur 28)
26 Kenny Pallraj Davaragi   CM (1993-04-21) 21 April 1993 (umur 30)
27 Amirul Ikmal Hafiz   RB (1996-01-17) 17 Januari 1996 (umur 28)
29 Muhammad Syafwan Syahlan   ST (1993-01-15) 15 Januari 1993 (umur 31)

 

Farhan
Annas
Amirzafran
Ariff
Naim
Amirul
Adam
Syahrul
Ridzuan
Faizat
Kumaahran
Barisan Kemungkinan

Sumber:[4]

Untuk pemindahan baru-baru ini, lihat Senarai perpindahan kelab Malaysia 2015

Perpindahan 2015 sunting

Perpindahan (Masuk) sunting

Perpindahan (Keluar) sunting

Bagi pemindahan baru-baru ini, lihat Senarai perpindahan kelab Malaysia 2015

Kakitangan kejurulatihan sunting

Pengurus   Datuk Afandi Hamzah
Penolong pengurus   Abdul Halim Mu’azzam Ayob
Ketua jurulatih   Razip Ismail
Penolong ketua jurulatih   Rusdi Suparman
Jurulatih kecergasan   Rastislav Bozik
Jurulatih penjaga gol   Yong Wai Hwang
Fisioterapi   Vladimir Gramblicka
Kitman   Shukrie Haimie

Jurulatih sunting

Tahun Ketua Jurulatih
1992–1994   M. Karathu
1994–1995   N. Raju
1995–1998   Hatem Souissi
1999–2000   Allan Harris
2000–2004   Jorvan Vieira
2004–2009   Datuk K. Rajagopal
2009–2010   Mohd Azraai Khor Abdullah
2010–sekarang   Ong Kim Swee

Anugerah dan Piala sunting

Jemputan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Brunei DPMM get to play in FA Cup, not Malaysia Cup
  2. ^ "Harimau Muda to play in S-League, Young Lions In Malaysia's Super League" (dalam bahasa English). BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2011-06-12.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ http://www.goal.com/en/news/14/asia/2012/01/06/2832876/malaysia-u-23-to-be-based-in-singapore-for-2012-sleague
  4. ^ "Harimau Muda 2015". S.League.com. Dicapai pada 23 February 2015.

Pautan luar sunting