Harry Mulisch

Dutch playwright, poet, essayist

Harry Kurt Victor Mulisch (29 Julai 1927 – 10 Oktober 2010[1]) ialah penulis Belanda. Beliau menulis lebih daripada 30 novel, pementasan, karangan, puisi dan imbasan falsafah.[1] Karya-karya beliau telah diterjemahkan kepada lebih 20 bahasa.[2]

Harry Mulisch
PekerjaanPenulis
WarganegaraBelanda
GenreNovel, Teater, esei, Puisi
Karya terkenalThe Assault, The Discovery of Heaven
AnugerahList
Laman web
http://www.mulisch.nl

Bersama Willem Frederik Hermans dan Gerard Reve, Mulisch kini dianggap sebagai salah seorang penulis "Tiga Penulis Agung" Belanda selepas perang. Novelnya The Assault dijadikan filem pada tahun 1986, yang memenangi "Golden Globe" dan Anugerah Akademi.[3] Pungutan suara 2007 menunjukkan novel 1992-nya The Discovery of Heaven sebagai "Buku Belanda Terbaik Sehingga Kini".[4] Beliau sentiasa dijangkakan memenangi anugerah Nobel.[4]

Mulisch dikaitkan dengan hiasannya seperti cermin mata dan paipnya.[4]

Kehidupan sunting

Mulisch dilahirkan di Haarlem dan tinggal di Amsterdam dari 1958, selepas kematian bapanya pada tahun 1957, sehingga akhir hayatnya. Bapa Mulisch adalah dari Austria-Hungari dan berpindah ke Belanda selepas Perang Dunia Pertama.[1] Semasa pendudukan Jerman pada Perang Dunia Kedua, bapanya bekerja di bank yang turut mengendalikan harta Yahudi yang dirampas.[1] Ibunya, Alice Schwarz, berketurunan Yahudi. Mulisch dan ibunya selamat daripada dipindahkan ke kem lantaran ibunya yang melarikan diri daripada menaiki pengangkutan ke kem tumpuan kerana kerjasama bapa Mulisch dengan Nazi, tetapi nenek ibunya mati dalam kamar gas.[1] Mulisch dibesarkan oleh pembantu rumah keluarganya, Frieda Falk.[1] Mulisch bercakap mengenai dirinya bahawa dia bukan hanya menulis mengenai Perang Dunia Kedua, akan tetapi dialah Perang Dunia Kedua.[1]

Kematian sunting

Mulisch meninggal pada 2010. Kematiannya berlaku di rumah Amsterdamnya dan keluarganya ada bersamanya pada masa itu.[2][1] Perdana menteri Belanda, Mark Rutte menggambarkan kematiannya sebagai kehilangan besar kepada penulisan Belanda dan Belanda".[4] Menteri kebudayaan Halbe Zijlstra menyesali kematian "Tiga Penulis Besar" kerana Gerard Reve dan Willem Frederik Hermans telah pun mati.[4] Marlise Simons dari The New York Times berkata "anugerah bagi menulis dengan jelas mengenai tema moral dan falsafah menjadikannya seorang berpengaruh besar di Belanda dan mendapat pengakuan di luar negara".[1] Penulis The L Magazine, Mark Ashe memetik novel edisi Amerikanya dengan merujuk dia sebagai "Penulis Belanda Teragung" dan "Penulis selepas perang Belanda terpenting".[5]

Tema dalam karyanya sunting

Tema penting dalam karyanya ialah Perang Dunia Kedua. Bapanya bekerja dengan Jerman semasa perang dan dipenjarakan selama tiga tahun selepasnya. Oleh kerana perang merebak sebahagian besar fasa pembentukan Mulisch, ia memiliki pengaruh penentu kepada kehidupan dan karyanya. Pda tahun 1963, dia menulis karya bukan rekaan mengenai kes Eichmann: Criminal Case 40/61. Karya utama berasaskan latar Perang Dunia Kedua ialah De Aanslag (Serbuan), Het stenen bruidsbed, dan Siegfried, yang terakhir satu cubaan untuk menilai mengapa begitu ramai Jerman tertarik dengan karisma Hitler.[6]

Mulisch sering kali memasukkan legenda silam atau mitos dalam penulisannya, meminjam daripada mitos Greek (contohnya dalam De Elementen), mistik Yahudi (dalam De ontdekking van de Hemel-Jumpaan Syurga dan De Procedure), legenda bandar terkenal dan politik (Mulisch secara politik sayap kiri, pernah menandatangani buku "ditujukan dengan pujaan" kepada Fidel Castro).[2] Karya Mulisch dibaca secara meluas.

Pada tahun 1984 dia menyampaikan Syarahan Huizinga di Leiden, Belanda di bawah judul: Het Ene (prinsip penyatuan).

Bibliografi sunting

  • Archibald Strohalm (1952; novel)
  • Tussen hamer en aambeeld ("Between hammer and anvil", 1952; novella)
  • Chantage op het leven ("Blackmail on life", 1953; short story)
  • De Diamant ("The Diamond", 1954; novel)
  • De Sprong der Paarden en de Zoete Zee ("The Jump of Horses and the Sweet Sea", 1955; novel)
  • Het mirakel ("The miracle", 1955; short stories)
  • Het Zwarte licht ("The Black Light", 1957; novel)
  • Manifesten ("Manifestos", 1958; essays)
  • Het Stenen Bruidsbed ("The Stone Bridal Bed", 1959; novel)
  • Tanchelijn (1960; play)
  • De knop ("The button", 1961; play)
  • Voer voor Psychologen ("Food for psychologists", 1961; autobiography)
  • Wenken voor de bescherming van uw gezin en uzelf, tijdens de Jongste Dag ("Tips for the Protection of Your Family and Yourself During the Last Judgment"), 1961; essays)
  • De Zaak 40/61 ("Criminal Case 40/61", 1963; report on the Eichmann trial)
  • Bericht aan de Rattenkoning ("Message to the Rat King", 1966; essay on the Provos revolts in Amsterdam in the 1960s)
  • Wenken voor de Jongste Dag ("Tips for the Last Judgment", 1967; essays)
  • Het woord bij de daad ("The word added to the deed", 1968; essays)
  • Reconstructie ("Reconstruction", 1969; essays)
  • Paralipomena Orphica ("Paralipomena Orphica", 1970; essays)
  • De Verteller ("The Narrator", 1970; novel)
  • De Verteller verteld: Kommentaar, Katalogus, Kuriosa en een Katastrofestuk ("The Narrator being narrated: Comments, Catalogue, Curiosities and a Piece of Catastrophe, 1971; essay on The Narrator)
  • De toekomst van gisteren ("Yesterday's future", 1972; essay on a book the author cannot write)
  • Oidipous Oidipous (1972; play)
  • Woorden, woorden, woorden ("Words, words, words", 1973; poetry)
  • De vogels ("The Birds", 1974; poetry)
  • Mijn Getijdenboek ("My book of hours") (1975; autobiography)
  • Tegenlicht (1975; poetry)
  • Kind en Kraai (1975; poetry)
  • Twee Vrouwen ("Two Women", 1975; novel) (filmed as Twice a woman)
  • Oude Lucht (1977; stories)
  • Opus Gran (1982; poetry)
  • De Aanslag (The Assault, 1982; novel); see above.
  • De Kamer (1984; stories)
  • Hoogste Tijd ("Last Call", 1985; novel);
  • De Pupil ("The Pupil", 1987; novel)
  • De Elementen ("The Elements", 1988; novel)
  • De Ontdekking van de Hemel (The Discovery of Heaven, 1992; novel); see above.
  • De Procedure ("The Procedure", 1999; novel)
  • Het Theater, de brief en de waarheid ("The Theatre, the Letter and the Truth", 2000; novel); "Boekenweekgeschenk".
  • Siegfried (2001; novel)

Anugerah dan penghormatan sunting

Honours sunting

Anugerah sunting

  • 1951: Reina Prinsen Geerligs Award, for the novel "archibald strohalm"
  • 1957: De Bijenkorf Literary Award, for the novel "The Black Light"
  • 1957: Anne Frank Award, for novel "archibald strohalm"
  • 1961: Athos Prize, for lifetime achievement
  • 1961: ANV-Visser Neerlandia Prize, for the play "Tanchelijn"
  • 1963: Vijverberg Prize, for the report "Criminal Case 40/61"
  • 1977: Constantijn Huygens Prize, for lifetime achievement
  • 1977: Cestoda Prize
  • 1977: P. C. Hooft Award, for lifetime achievement
  • 1986: Deep Sea Award, for the novel "The Assault"
  • 1993: Multatuli Prize, for the novel "The Discovery of Heaven"
  • 1993: Mecca Award, for the novel "The Discovery of Heaven"
  • 1995: Dutch Literature Prize, for his whole oeuvre
  • 1999: Libris Literature Prize, for the novel "The procedure"
  • 1999: Prix Jean Monnet de Littérature Européenne, French prize for the novel "The Discovery of Heaven"
  • 2003: Inktaap prize, for the novel "Siegfried"
  • 2003: Premio Flaiano, Italian prize for literature
  • 2007: Prix européen des jeunes lecteurs, French prize for the novel "Siegfried"
  • 2007: Honorary Doctorate from the University of Amsterdam
  • 2007: Premio Nonino, Italian prize for literature
  • 2007: Prize for best Dutch novel of all time, for the novel "The Discovery of Heaven"
  • 2009: Golden Century Award, for his entire oeuvre

Planet kecil sunting

Mulisch disanjung dengan penamaan planet kecil dengan namanya pada 12 Oktober 2006 (lihat 10251 Mulisch)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nytobit tidak disediakan
  2. ^ a b c "Dutch Jewish author Harry Mulisch dies". AFP. 1 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-20. Dicapai pada 1 November 2010.
  3. ^ "Dutch author Harry Mulisch dies". CBC News. 31 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-02. Dicapai pada 31 October 2010.
  4. ^ a b c d e "Leading Dutch writer Mulisch dies". Gulf Daily News. 1 November 2010. Dicapai pada 1 November 2010.
  5. ^ "Harry Mulisch, Holland's Greatest Author, Died This Weekend". The L Magazine. 2 November 2010. Dicapai pada 2 November 2010.
  6. ^ Arts Journal website
Obituaries

Pautan luar sunting