Harun Taib

ahli politik dan ulama Islam

Dato' Haji Harun bin Taib adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Negeri Terengganu. Beliau telah meninggal dunia pada 25 Januari 2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.[1]

Dato' Haji

Harun Taib

DPMT (Terengganu)
Ketua Dewan Ulamak Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2009–2014
Didahului olehMuhammad Daud Iraqi
Digantikan olehAhmad Yakob (Pemangku)
Mahfodz Mohamed (Bermula 2015)
Dalam jawatan
1995–2007
Didahului olehNik Abdul Aziz Nik Mat
Digantikan olehMuhammad Daud Iraqi
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Manir
Dalam jawatan
1990–2013
Didahului olehAwang Abu Bakar Sulong
Digantikan olehHilmi Harun
Butiran peribadi
Lahir1943
Meninggal dunia25 Januari 2014
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTo' Puan Fatimah Ibrahim
Anak-anak5 (termasuk Hilmi Harun)

Latar belakang sunting

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Kini beliau masih lagi menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa.

Isterinya Fatimah Ibrahim dan mempunyai 5 anak.[2]

Politik sunting

Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Setelah PAS berjaya memerintah kerajaan negeri Terengganu pada 1999, Harun Taib menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu. Beliau terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Pilihan raya sunting

DUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas. Hampir 99 % penduduk / pengundinya adalah keturunan Melayu. PAS menang di Manir sejak 1990 lagi. Dalam pilihan raya 1999, Harun Taib mengalahkan Shamsuddin Sulong (BN).

Dalam pilihan raya umum 2004, Datuk Harun Taib (PAS) menumpaskan Wan Sagar (BN-UMNO) dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi.[3]

Pilihan raya 2008 sunting

Dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008, Harun Taib berjaya menewaskan Wan Sagar Wan Embong (BN), orang yang sama ditewaskannya pada 2004, kali ini dengan majoriti 406 undi.[4]

Pada 16 September 2008, panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Arifin Zakaria dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin menolak petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir pada 8 Mac 2008. Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.[4] Sebelum ini, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee menolak petisyen Wan Sagar kerana tidak ada secebis buktipun. Insiden 2 pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi juga tidak dapat dibuktikan.[5]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 2002

Rujukan sunting