Hacienda adalah perkataan Sepanyol yang bermaksud ladang ternak yang luas dan ia lazimnya dijumpai di kawasan pampas di Argentina.

Sistem hacienda di Argentina, sebahagian Brazil dan New Granada merupakan satu simbol status, dimana hasil ladangnya tidak dikeluarkan sebagai bahan eksport tetapi semata-mata untuk menunjukkan kemewahan pemiliknya, dan ia terhad kepada segolongan yang eksklusif sahaja yang dikenali sebagai padròn.

Di Mexico, sistem hacienda dijangka bermula pada 1529, apabila raja Sepanyol menganugerahkannya kepada Hernán Cortés, pangkat Marquis of the Valley of Oaxaca, yang memberinya hak keatas kesemua tanah di kawasan yang kini dikenali sebagai negeri Morelos. Geran tersebut bukan sahaja memberi hak milik tanah tetapi hak keatas semua kaum Indian yang tinggal disana.

Di Mexico, pemilik hacienda biasanya dipanggil hacendado. Disamping sebilangan kecil orang atasan dalam komuniti hacienda, yang selebihnya terdiri daripada peon (buruh kasar yang berkaki ayam ("pe" bermaksud kaki) atau diatas kuda yang dikenali sebagai gaucho.

Lihat juga sunting

Penternakan merupakan sumber utama di hacienda, dan ia bukan ladang pertanian. Jika hacienda itu meliputi kawasan perlombongan, seperti di Mexico, padròn biasanya akan menjadi sangat kaya.