Tan Sri Dato' Haji Hassan bin Haji Yunus (1907 – 12 Julai 1968) merupakan ahli politik UMNO dari Johor, Semenanjung Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Johor (27 Jun 1959 – 31 Januari 1967), Mufti Johor dan seorang pengarang.


Hassan Yunus

PMN; SPMJ, PIS (I) (Johor)
Menteri Besar Johor ke-10
Dalam jawatan
27 Jun 1959 – 31 Januari 1967
Didahului olehDato' Wan Idris Ibrahim (1955–1959)
Digantikan olehTan Sri Othman Saat (1967–1982)
Kawasan pilihan rayaBukit Serampang
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Serampang
Dalam jawatan
1959–1968
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehAbdul Rahman Mahmud
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
untuk Muar Utara
Dalam jawatan
1955–1959
Didahului olehMajlis ditubuhkan
Digantikan olehAhmad Arshad
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Utara
Ahli Majlis Penempatan Tanah Melayu Negeri Johor untuk Muar Inland
Dalam jawatan
1954–1959
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Mufti Negeri Johor
Dalam jawatan
1941 – 1947[1]
Didahului olehDato' Syed Alwi Tahir Al-Haddad
(1934–1941)
Digantikan olehDato' Syed Alwi Tahir Al-Haddad
(1947–1961)
Butiran peribadi
Lahir1907[2]
Bandar Maharani, Muar, Johor
Meninggal dunia12 Julai 1968(1968-07-12) (umur 60–61)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru
Parti politik UMNOPerikatan
PasanganPuan Sri Datin Rugayah Dato' Haji Abdullah
Anak-anakSuaad Hassan
Murad Hassan
Udad Hassan
Alma materUniversiti Al-Azhar
PekerjaanAhli politik

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Datin Rugayah binti Dato' Haji Abdullah dan mempunyai 3 orang anak.

Pendidikan sunting

Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau 'Tok Kenali' di Kelantan dan seterusnya belajar di Makkah. Setelah menamatkan pendidikan di Makkah, Kerajaan Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam bidang Syariah pada tahun 1939.

Kerjaya sunting

Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Januari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memangku jawatan Mufti Johor hinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Ketika menjadi Pemangku Mufti, Tan Sri Haji Hassan Yunus menunjukkan iltizam dalam kegiatan pertubuhan atau badan ‘Lajnah Penghubung Pelajaran Agama Islam Muar’ atau dikenali sebagai LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.

Politik sunting

Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Dr. Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato' Onn Jaafar.[3]

Beliau merupakan seorang 'Orang Tujuh' atau 'Kumpulan Tujuh' yang mengemukakan bantahan tersebut. Enam yang lain ialah Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin (Ketua), Kosai Mohd Salleh (Dato'), Dr. Awang Hassan (Tun), Suleiman bin Abdul Rahman (Dato'), Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman, yang kesemuanya berasal dari Muar.[4] Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin dalam satu ucapannya di Masjid Sultan Abu Bakar telah berkata:

            “….. Sekarang adalah masa kita bergerak dan bekerja untuk faedah bangsa, watan dan agama kita. Bukan lagi masa kita bercakap-cakap dan masa kita melihat faedah diri kita sendiri. Tidak tuan-tuan. Sekarang masa kita mesti membuka mata, masa kita mara ke hadapan, masa kita berjuang mempertahankan hak-hak kita yang benar lagi halal. Insya-Allah semuannya itu akan kita kerjakan……”

Apabila Dato' Onn meninggalkan UMNO, bekas pemimpin PMJ termasuk Haji Hassan Yunus menguasai UMNO Johor. Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji Hassan bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi Penerangan UMNO Muar.

Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau memenangi kerusi Muar Utara dengan mengalahkan calon Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunus memenangi kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959. Beliau ialah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya

Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi memenangi pilihan raya kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan terus dilantik menjadi Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari 1967. Beliau merupakan Menteri Besar Johor pertama dilantik menerusi proses pilihanraya.

Meninggal Dunia sunting

Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Julai 1968 dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Anugerah sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Bibliografi sunting

  • Ramlah Adam (1992). Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan (ed. 1st). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-2861-6. OCLC 29026780.
  • Thajunnisa Mohamed Ibrahim (2004). Tun Dr. Ismail : kejora timur yang mengerdip. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. ISBN 9676116467. OCLC 254650247.

Legasi sunting

 
Stadium Tan Sri Hassan Yunus

Bagi mengenang jasanya stadium utama di Johor Bahru dinamakan sebagai Stadium Tan Sri Hassan Yunus. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunus terletak di Simpang Renggam.

Rujukan sunting

  1. ^ "Johor Mufti Department, Johor Mufti List, Tan Sri Datuk Hj Hassan bin Yunus (1941–1947)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2011-11-11.
  2. ^ Birthdate uncertain: Options-to-date 1907.[perlu rujukan]
  3. ^ 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam, DBP, hlm 116
  4. ^ 'Tun Dr. Ismail: kejora timur yang mengerdip' oleh Thajunnisa Mohamed Ibrahim, hlm 18
  5. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
  6. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1962" (PDF).
  7. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  8. ^ "Sultana title for Ruler's consort". The Straits Times. 28 October 1959. m/s. 9.
  9. ^ "Tengku and brother head list of honours". The Straits Times. 28 October 1961. m/s. 7.
Didahului oleh
Dato' Wan Idris Wan Ibrahim
Menteri Besar Johor
1959–1967
Diikuti oleh:
Tan Sri Othman Saat