Heckler & Koch XM8

Karbin Heckler & Koch XM8 atau HK XM8 merupakan satu program dibawah ketenteraan Amerika Syarikat dalam mencipta satu sistem raifal tempur terbaru yang ringan bagi kegunaan unit infantri Amerika dan projek ini telah pun dimulakan pada lewat 1990an hingga tahun 2004. Pihak tentera Amerika bekerja dengan syarikat persenjataan Heckler & Koch untuk mencipta program ini didalam kontrak dengan OICW (Objective Individual Combat Weapon), dimana HK bertindak sebagai subkontraktor bagi Alliant Techsystems (ATK). Dengan penciptaan HK XM8 sekurang-kurangnya memberikan harapan yang paling tinggi dalam melaksanakan penggunaan raifal atau karbin terbaru bagi kegunaan infantri Amerika Syarikat, tetapi pada tahun 2005, atas sebab-sebab tertentu oleh kerajaan Amerika, ia dibatalkan pada 31 Oktober 2005.

Heckler & Koch XM8
Senapang versi awal XM8.
JenisRaifal Tempur/Karbin
Tempat asalAmerika Syarikat
Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2010 - kini
Digunakan olehTentera Laut Diraja Malaysia
Sejarah pengeluaran
PerekaHeckler & Koch
Direka2002
PengeluarHeckler & Koch
Dihasilkan2003 - 2004
AnekaSila lihat versi senjata
Spesifikasi
Berat2.0 kg
Panjang172 mm
Panjang laras229 mm

Kartrij5.56 x 45 mm NATO
Kaliber5.56 mm (.223 Remington)
AksiSistem Gas, Bolt Berputar dan Bolt Tertutup (Closed Bolt).
Kadar tembakan750 tembakan/min
Halaju muncung920 m/s
Jarak tembakan efektif200 hingga 800 (bergantung pada tenagan)
Jarak tembakan maksimum300 m/s
Sistem suapanKelopak peluru 30 hingga 100 butir (Kelopak dram)
PenglihatanPejera Refleks

Selepas pembatalan program ini, HK mengorak langkah dengan memasarkan program sistem ini ke Georgia. Projek HK ini telah dimulakan sendiri oleh British, tetapi ia diserahkan semula kepada kumpulan pelabur Jerman. Kesemua jurutera yang terlibat didalam program ini berjaya menyiapkan ujian sistem ini di lapangan ujian di Amerika Syarikat dan Jerman.

Pengenalan sunting

 
Ketua jurulatih MARCORSYSCOM, Mejar Mike Manning memberi taklimat berkenaan penggunaan karbin XM8 semasa demonstrasi Infantry Operations Chief Symposium.

Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah menetapkan program tersebut bahawa raifal atau karbin yang akan digunakan oleh unit infantrinya haruslah menggunakan kaliber 5.56 mm dan jauh lebih ringan daripada raifal utama Amerika iaitu Karbin M4. Dari segi sifat modularnya, sistem ini mempunyai platform asas yang serupa yang mana ia boleh ditanggalkan atau dipasangkan semula dengan pelbagai versi seperti pelbagai laras, sistem penderia dan lain-lain aksesori. Program XM8 ini dimulakan pada bulan Oktober 2005, tetapi dibatalkan oleh Amerika.

Untuk makluman umum, karbin Heckler & Koch XM8 ini merupakan kesinambungan dari penciptaan senjata raifal terkini Jerman iaitu Heckler & Koch G36 dimana sistem kitaran mekanikal dengan pergerakan bolt jarak pendek yang dioperasikan melalui tekanan gas, sementara kuncian kebuk dan peluru dibuat secara kepala bolt berputar. Uniknya, sistem ini dicipta dalam bentuk modular dimana bahagian badan senjata ini diperbuat dengan plastik polimer yang tahan lasak, rekabentuk yang begitu futuristik dengan pengguna mempunyai pilihan mengekalkan senjata asas. Sungguhpun pada mulanya senjata ini adalah diperingkat prototaip, tetapi mempunyai kemampuan untuk mengubah pelbagai jenis versi yang ada pada senjata tersebut tanpa memerlukan bantuan teknik dari pihak persenjataa. Tiga versi yang ada pada XM8 tersebut terdiri daripada versi Biasa (Karbin), Kompak atau Komando dan juga versi raifal tempur mahupun penembak tepat, terpulang mengikut citarasa pengguna. Memandangkan senjata ini dicipta berasaskan ciri-ciri program persenjataan Amerika, sebahagian besar kedudukan tombol pengoperasian dan ciri-ciri mesra pengendali sudah tentunya mirip kepada sistem yang sedia ada, contohnya mestilah berada atau boleh dikawal dengan menggunakan sebelah tangan sepertimana yang ada pada Colt M16, sistem pelepas bolt pula dipasang pada bahagian hadapan, didalam perumah picu senjata. Terdapat dua jenis udi XM8 yang digunakan iaitu udi pertama yang boleh diubahsuai kedudukan, manakala udi kedua ialah versi teleskopik yang sama dengan versi HK MP5. Sistem pejera optik juga boleh dipasangkan pada landasan Picatinny yang ada pada senjata. Sepertimana G36, senjata ini juga boleh dipasangkan dengan pelancar grened 40 mm dari jenis HK AG36, HK XM320, malahan sistem alat penyenyap bunyi (Schalldämpfer) juga boleh dikembarkan pada hujung laras senjata.

Faktor Ekonomi sunting

Berdasarkan maklumat, pembekuan program ini yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat pada Oktober 2005 bukannya atas sebab dengan kemampuan sebenar sistem XM8. Alasannya mudah, pihak Washington memandang HK dengan bersikap kurang senang terhadap pembekalan sistem persenjataan ringan bagi kegunaan unit infantrinya daripada negara Jerman. Tidak cukup dengan alasan tersebut, HK dikatakan tidak mempunyai tidak mempunyai kilang pembuatan dan pemasangan sistem tersebut di Amerika bagi menghasilkan senjata tersebut disana. Atas sebab-sebab inilah yang mendorong pihak Amerika menggunakan alasan ini untuk menolak program tersebut. Akan tetapi, sebelum program ini dibatalkan, HK telah menguji sistem XM8 ini dengan secara menyeluruh. Antaranya, ujian kelasakan XM8 dijalankan di Benua Alaska yang bersuhu sejuk dibawah -51 Darjah Celcius, kemudiannya di kawasan hutan bertropika panas dan lembab di Panama selama 3 bulan. Dianggarkan sebanyak 15 000 hingga 24 000 tembakan dilepaskan sepanjang ujian tersebut. Bukan itu sahaja, ujian sebenar turut dijalankan di kawasan operasi oleh anggota US Force Recon di Iraq, dan ternyata ujian tersebut berjaya. Ternyata, karbin ringan XM8 ini lulus dalam ujiannya sebagai raifal tempur yang berkemampuan besar.

Malaysia mengorak langkah sunting

 
Anggota PASKAL TLDM dengan karbin XM8 Compact semasa perbarisan Hari Merdeka 2014.
 
Anggota penyelam gempur PASKAL TLDM dengan raifal XM8 Designed Marksmen disamping karbin G36K semasa perbarisan Hari Merdeka 2014 di Kuala Lumpur.

Setelah program persenjataan XM8 ini ditolak oleh Amerika Syarikat, program tersebut telah diserahkan sepenuhnya oleh pihak Heckler & Koch dan secara automatik, program XM8 ini diletakkan dibawah program persenjataan HK di Jerman. Kini, HK bertindak memasarkan sistem tersebut ke pasaran global, malahan dikhabarkan HK akan membekalkan sistem tersebut kepada pasukan keselamatan Jerman seperti polis dan tentera. Hal ini turut menarik perhatian Angkatan Tentera Malaysia untuk memiliki sistem persenjataan yang paling ringan tersebut. Berdasarkan maklumat dari Majalah TEMPUR keluaran April 2007, Malaysia dikhabarkan ingin menempah sejumlah besar karbin XM8 setelah pihak HK menjalankan beberapa uji nilai ke atas beberapa sistem persenjataan buatan HK, termasuklah XM8 sendiri untuk dipertontonkan oleh agensi keselamatan negara iaitu ATM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) apatah lagi diberi peluang untuk mencuba kemampuan sistem tersebut. Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia Ke-76, didapati senjata XM8 tersebut kini telah diperolehi oleh TLDM bagi kegunaan operasi Pasukan Khas Laut atau PASKAL dan menjadikan Malaysia sebagai pengguna Asia yang pertama menggunakan sistem sedemikian. Apa yang pasti, perolehan ini berdasarkan keperluan tugas-tugas khas PASKAL didalam dan diluar negara dan tidak boleh bergantung kepada karbin Colt M4 semata-mata. Semasa krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, PASKAL dipercayai telah mengoperasikan senjata ini ketika operasi penyusupan untuk memburu pengganas Kiram yang berkubu di dalam hutan.

Ujian Debu 2007 sunting

Pada tahun 2007, empat karbin telah diuji dalam "keadaan ribut pasir" di Aberdeen Proving Ground. Karbin XM8, M4, FN SOF Combat Assault Rifle (FN SCAR) dan Heckler & Koch Model 416 telah diuji. Setiap sepuluh jenis raifal digunakan untuk menembak 6,000 butir setiap satu, untuk jumlah 60,000 tembakan setiap jenis raifal. M4 ternyata lebih banyak mengalami halangan dalam ujian: iaitu 882 halangan, 19 keperluan persenjataan untuk dibaiki. Dalam perbandingan, HK XM8, hanya 116 halangan dalam senjata dan 11 majoriti satu. Diikuti oleh FN SCAR dengan 226 halangan, dan HK416 dengan 233.

Sila Lihat sunting

Laman web sunting


Senarai senjata api  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.