Heinz Fischer ([lahir di Graz, Austria, 9 Oktober 1938; umur 85 tahun) adalah Presiden Persekutuan Austria. Beliau menjawat sejak 8 Julai 2004 dan terpilih kembali pada 25 April 2010.

Heinz Fischer
Presiden Austria
Dalam jawatan
8 Julai 2004 – Sekarang
CanselorWolfgang Schüssel
Alfred Gusenbauer
Werner Faymann
Didahului olehThomas Klestil
Digantikan olehMasih Menjawat
Butiran peribadi
Lahir (1938-10-09) 9 Oktober 1938 (umur 85)
Graz, Austria
Parti politikParti Sosial Demokrat
PasanganMargit Binder
Alma materUniversiti Vienna

Awal Kehidupan sunting

Lahir di Graz, Styria, Fischer belajar pendidikan humanistik dan menempuh ujian "Matura" (ujian akhir SMU) pada tahun 1956. Beliau mengambil jurusan hukum/perundangan di Universiti Vienna dan meraih gelaran doktor pada tahun 1961. Selain sebagai seorang ahli politik, Fischer juga menjadi seorang ahli akademisi. Beliau menjadi profesor dalam Ilmu Politik di Universiti Innsbruck (University of Innsbruck) pada tahun 1993.

Karier Politik sunting

 
Re-election party, 2010-04-25.

Pembabitannya dalam dunia politik bermula sejak tahun 1956 ketika beliau masih berusia 18 tahun sebagai mahasiswa yang kuat memprotes penumpasan berdarah Kesatuan Soviet ke atas pemberontakan Hungary. Fischer kemudian menjadi anggota Parlimen Austria (Nationalrat) sejak tahun 1971 dan menjadi salah seorang ahli pemimpin untuk tempoh masa dari 1990 hingga 2002. Pada 1983-1987, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Ilmu Pengetahuan dalam pemerintahan koalisi yang dipimpin oleh Fred Sinowatz. Antara tahun 1992 dan 2004, beliau juga menjadi wakil Presiden bagi Parti Sosialis Eropah.

Pada Januari 2004, Fischer menyatakan bahawa beliau akan mencalonkan diri sebagai Presiden untuk menggantikan Thomas Klestil. Beliau terpilih pada 25 April 2004 sebagai calon dari parti oposisi, Parti Sosial Demokrat (SPÖ: Social Democratic Party of Austria). Beliau meraih 52,4% suara dan mengalahkan Benita Ferrero-Waldner yang saat itu menjawat sebagai Menteri Luar Negeri dari pemerintahan koalisi konservatif yang dipimpin oleh Parti Rakyat Austria (ÖVP: Austrian People's Party).

Fischer telah mengangkat sumpah jawatannya pada 8 Julai 2004 dan menerima jawatannya dari pimpinan Parlimen, yang selama ini bertindak sebagai Presiden setelah kematian Klestil pada 6 Julai 2004. Sejak terpilih sebagai Presiden, beliau semakin disukai rakyat, dan merupakan ahli politik Austria yang paling simpatik.

Selain memberikan label kepadanya sebagai seorang Berufspolitiker ("ahli politik profesional") — sebuah sebutan yang agak mengejek — kerana dianggap tidak pernah bersentuhan dengan dunia yang nyata, orang-orang yang mengkritik Fischer, terutama sekali rakan sekolej di universiti, Norbert Leser, menuding bahawa Fischer selalu menghindari pertikaian dan konflik, bahkan yang mestinya perlu. Contoh yang paling sering disebutkan dalam konteks ini adalah dukungan diam-diam Fischer pada serangan Bruno Kreisky terhadap Simon Wiesenthal. Ketika terpilih sebagai Presiden Persekutauan, Fischer sendiri mengatakan bahawa beliau tidak suka bertentangan dengan orang lain dan beliau menganggap sifatnya ini lebih sebagai sisi positifnya. Sejak 1 Januari 2006, ia menjabat Presiden Uni Eropah.

Pada April 2010, Fischer terpilih kembali sebagai Presiden Austria untuk enam tahun ke depan dengan meraih kemenangan 2.287.640 (78,94%) suara pemilih.[1] Rival terdekatnya, Barbara Rosenkranz dari Parti Kebebasan yang ekstrem kanan mendapat 452.615 (15,62%). Kandidat ketiga, Rudolf Gehring dari Parti Kristian meraih 157.712 (5,44%) suara. Partisipasi pemilih hanya 49,2% dan turun jauh dibandingkan enam tahun lalu saat Fischer pertama kali terpilih dengan partisipasi sebanyak 70%.

Pemilihan presiden pada hari Minggu itu dinilai sebagai ukuran sentimen ekstrem kanan di Austria yang masih dikaitkan dengan fahaman penafian Holokus. Analisis menilai kemenangan Fischer jadi tamparan bagi Parti Kebebasan yang berharap bisa merebut kemenangan dalam pemuli kunci di Vienna pada musim gugur ini. Bagi Fischer, kemenangan ini makin mengukuhkan pencapaiannya dalam dunia politik yang telah ditekuni hampir sepanjang hidupnya. Sebagai politisi, dia dikenal karena kehati-hatian dan diplomasi.

Kehidupan Peribadi sunting

Fail:Heinz Fisher.jpg
Presiden Heinz Fisher

Fischer menyebut dirinya seorang agnostik.[2] Fischer berkahwin pada 1968. Fischer gemar mendaki gunung dan selama bertahun-tahun telah menjadi ketua Pencinta Alam Austria. Sifat kebapaan dan tutur kata lembutnya menjadikan Fischer sangat dihormati di Hofburg. Beliau menolak ditarik ke dalam perseturuan antar-parti. Setelah bersara, beliau memilih melepaskan diri dari keanggotaan parti dan menjadi warga bebas. Fischer turut mempelbagaikan cara pidatonya dengan peribahasa Latin dan petikan dari karya sastera terkenal.

Rujukan sunting

  • Fischer Diperkirakan Menang Lagi, Kompas edisi 26 April 2010
  • Periode Kedua bagi Heinz Fischer, Kompas edisi 27 April 2010
  1. ^ "Austria president sweeps to victory". Al Jazeera. 25 April 2010. Dicapai pada 25 April 2010.
  2. ^ Portrait of Fischer in the daily Wiener Zeitung

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Thomas Klestil
Presiden Austria
2004 – Sekarang
Diikuti oleh:
Masih Menjabat