Helen Elizabeth Clark (lahir 26 Februari 1950) merupakan bekas ahli politik New Zealand yang menjadi Perdana Menteri negara tersebut ke-37 dari 1999 hingga 2008. Beliau adalah wanita kedua yang memegang jawatan ini, selepas Jenny Shipley, serta merupakan antara perdana menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah New Zealand dengan perkhidmatan selama tiga penggal berturut-turut.

Helen Clark
Clark pada 2016
Perdana Menteri New Zealand ke-37
Dalam jawatan
5 Disember 1999 – 19 November 2008
RajaElizabeth II
TimbalanJim Anderton
Michael Cullen
Didahului olehJenny Shipley
Digantikan olehJohn Key
Timbalan Perdana Menteri New Zealand ke-11
Dalam jawatan
8 Ogos 1989 – 2 November 1990
Perdana MenteriGeoffrey Palmer (1989 - 1990)
Mike Moore (1990)
Didahului olehGeoffrey Palmer
Digantikan olehDon McKinnon
Anggota Parlimen
untuk Mount Albert
Dalam jawatan
28 November 1981 – 17 April 2009
Didahului olehWarren Freer
Digantikan olehDavid Shearer
Butiran peribadi
Lahir (1950-02-26) 26 Februari 1950 (umur 74)
New Zealand Hamilton, New Zealand
Parti politikParti Buruh New Zealand
PasanganPeter Davis
PekerjaanPensyarah

Kehidupan awal sunting

Helen Clark adalah anak sulung dari empat anak perempuan kepada keluarga petani Waikato. Ibunya Margaret merupakan guru sekolah rendah dan bapanya George seorang petani yang menyokong Parti National . Bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Epsom di Auckland dan Universiti Auckland dan mendapat MA jurusan politik pada 1974. Tesis penyelidikannya tentang hal ehwal politik dan penyertaan penduduk luar bandar.

Beliau menjadi pensyarah dalam Kajian Politik di Universiti Auckland dari 1973 hingga 1975 .Kemudian beliau mendapat bantuan biasiswa dari Committee University Grants untuk peringkat Ph.D tentang politik di Auckland. Malangnya kajian ini tidak dapat diselesaikan kerana menyertai pilihan raya New Zealand pada 1981.

Suaminya ahli sosiologi bernama Peter Davis sejak lima tahun lalu setelah didesak berkahwin oleh Parti Buruh New Zealand. Semasa majlis perkahwinannya, Helen telah menangis dan menderita tekanan perasaan dan sakit kepala. Dr Peter Davis bekerja sebagai profesor sosiologi perubatan dan menjadi ketua jabatan Sosiologi di Universiti Auckland.

 
Upacara menyambut tetamu untuk Helen pada Hari Waitangi di Marae Hoani Waititi, 2006

Sebagai Perdana Menteri New Zealand sunting

Susulan kemenangan Parti Buruh pada pilihan raya umum 1999, Clark menjadi Perdana Menteri wanita yang kedua, dan yang pertama memenangi pilihan raya untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Selain dari beliau, perdana menteri yang berjaya memenangi pilihan raya termasuklah Jacinda Ardern, juga sebahagian dari ahli Parti Buruh New Zealand, dan merupakan perdana menteri wanita yang ketiga dan wanita kedua daripada parti tersebut selepas Clark.

Rujukan sunting