Helikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007

Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia bersama enam anggota terhempas berdekatan Terowong Genting Sempah, Genting Highlands, Pahang pada hari Jumaat 13 Julai 2007 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sungai Besi menuju Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Helikopter keluaran Sikorsky itu dilaporkan hilang pada jam 9.15 pagi, kira-kira 10 minit selepas berlepas.

Sikorsky S-61A ehsan Naval Helicopter Association
Sikorsky S-61A ehsan Naval Helicopter Association
Terowong Lebuh raya Karak
Terowong Lebuh raya Karak

Helikopter itu terputus hubungan dengan Menara Kawalan TUDM pada jam 9.35 pagi ketika sedang melalui Genting Sempah - Janda Baik, Pahang.

Lokasi ditemui sunting

Bangkai pesawat ditemui melalui gerakan darat di sebuah lurah dalam, 5km dari Genting Sempah pada jam 1.24 petang pada hari Selasa, 17 Julai 2007, setelah lima hari dilaporkan hilang. Bangkai pesawat itu ditemui 3 km dari pintu terowong Genting Sempah di bahagian Selangor, berhampiran Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. Laporan JPA3 menyatakan helikopter itu ditemui di kaki Gunung Bunga Buah, dalam lembah dengan cerun kira-kira 90 darjah dan keadaan hutan di situ tebal.

Enam jenazah yang ditemui bersama helikopter Nuri itu dibawa keluar dan diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kejadian.

Enam anggota tentera udara yang terkorban ialah :

Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi (29). Beliau ialah anak saudara Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz.
* Pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof (27 tahun)
* Sarjan Khusnizaim Ariffin (kuartermaster udara) (34)
* Sarjan Mohd Azmie Md Yassin (35)
* Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28)
* Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27)

Helikopter Nuri mendarat di padang bolasepak HKL pada pukul 3.45 petang .Enam buah ambulans menunggu di tepi padang.Mereka dipercayai meninggal dunia pada hari kejadian berdasarkan tubuh yang telah reput dan masih melekat pada kokpit helikopter.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, selaku Menteri Pertahanan dalam satu sidang media mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

Gerakan mencari sunting

Markas Operasi Mencari dan Menyelamat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Azizan Ariffin berkata lebih 1,000 anggota tentera udara , tentera darat , polis , orang Asli dan orang kampung terlibat dalam gerakan mencari helikopter itu. Tumpuan utama ialah di kawasan Genting Highland dan Genting Sempah yang berhutan tebal , curam dan terpaksa menempuh kawasan gunung dan hujan lebat.

Lokasi utama seperti Genting Highlands, Genting Bidai, Genting Sempah, Bukit Tinggi , Janda Baik , Awana Genting, Klang Gates , Hulu Yam dan Batang Kali menjadi tumpuan kerana beberapa saksi mendakwa mereka terlihat kelibat hilikopter itu pada hari Jumaat. Lokasi di menara pemancar telekomunikasi Maxis di pencawang Kilometer 36.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak turut menjadi titik rujukan.

Helikopter Sea Hawk dari kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat di Selat Melaka dan foto satelit milik Amerika Syarikat turut mencari.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut meninjau dari udara menggunakan helikopter Agusta miliknya. Helikopter Eurocopter EC 155 dipandu oleh Kapten Meor Abd. Wahab Meor Amaluddin (bekas juruterbang TUDM) turut terlibat.

Halangan mencari sunting

Jurulatih Ikhtiar Hidup, Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Pegawai Waran II Nasarudin Mohd. Ismail berkata jika mereka masih hidup, mereka boleh menggunakan tumbuhan hutan untuk ikhtiar hidup. Mereka boleh gunakan nibung, rebung buluh, tepus dan paku sungai. Malahan mereka membawa beberapa telefon bimbit. Malangnya semua telefon dan radar kecemasan tidak berfungsi.

Isyarat kecemasan Sabre helikopter berkenaan didapati tidak diaktifkan. Punca tidak diaktifkan masih disiasat. Maklumat tambahan juga tiada. TUDM amat bergantung kepada maklumat dari orang ramai yang mungkin terlibat kelibat helikopter itu.

Gerakan mencari 'lewat' lima hari kerana kabus tebal dan cuaca buruk sehingga penglihatan cuma 10 meter sahaja. Penggunaan sistem satelit dan helikopter Sea Hawk turut gagal memainkan peranan. Banjaran Titiwangsa dipenuhi hutan belantara dan pancaran radar gagal menembusi pokok-pokok besar. Radar kawalan trafik masih tidak berkesan di hutan khatulistiwa.

Punca terhempas sunting

Cuaca bukanlah punca utama kerana helikopter mungkin boleh mendarat di utara Bukit Tinggi yang lebih rata. Jika hujan lebat , mana-mana pesawat boleh memlih lereng gunung yang rendah menuju ke Bukit Tinggi.

Punca lain ialah faktor kesilapan manusia, faktor alam sekitar, ditembak musuh dan kerosakan enjin.

Spekulasi menyatakan enjin helikopter itu tidak berfungsi dengan baik selepas 10 minit terbang. Helikopter ini dibeli dari Amerika Syarikat selepas lasak beroperasi dalam Perang Vietnam 1975. Kementerian Pertahanan Malaysia belum berhajat untuk menamatkannya kerana tidak ada pilihan lain selain difikirkan masih selamat.

Kronologi kemalangan sunting

Pada 1968 TUDM membeli 40 buah helikopter S-61 Sea King daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat untuk tujuan operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan. Helikopter ini dinamakan Nuri dan pernah digunakan semasa Perang Vietnam pada 1975.

Nuri menggunakan dua enjin General Electric berkuasa kuda 15,000 mempunyai kelajuan maksimum 220 km sejam.

Helikopter ini pelbagai guna seberat 3,652 kilogram itu mempunyai kemampuan membawa 21 penumpang termasuk tiga anak kapal.

16 kemalangan berlaku melibatkan helikopter Nuri milik TUDM sejak 39 tahun lepas. Punca utama ialah enjin helicopter. Walaupun Amerika Syarikat mengeluarkan laporan tenang kegagalan helicopter Nuri, kerajaan Malaysia tetap memilikinya untuk mengurangkan kos pertahanan.

  • 25 April 1969 - Nahas pertama Nuri melibatkan 4 askar TUDM terbunuh kerana terhempas di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - Empat anggota TUDM terbunuh kerana Nuri terhempas di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - Sebelas krew dan penumpang terbunuh kerana Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan dekat Ipoh, Perak tetapi semua 18 penumpangnya terselamat.
  • 11 Julai 1981 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak, tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
  • 18 Dis 1989 - Sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brigidier Jeneral Datuk Hasbullah Yussoff.
  • 28 Ogos 1990 - Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
  • 16 Jan 1991 - Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika membuat pendaratan kecemasan di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota terselamat.
  • 10 Jun 1991 - Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira- kira pukul 5.20 petang.
  • 3 Oktober 2004 TUDM bercadang menamatkan penggunaan helikopter Nuri ( harga 76 - 95 juta sebuah) kepada pesawat baru pada Rancangan Malaysia ke Sembilan tetapi ditangguhkan kerana kekurangan peruntukan. Dalam Rancangan Malaysia ke 10 mungkin menjadi kenyataan.

Sehingga kini masih terdapat 30 buah helikopter Nuri yang masih beroperasi.

Airod Sdn Bhd telah dilantik oleh TUDM untuk memasang 'autohover' pada setiap helikopter Nuri dengan kos RM 55.8 juta agar dapat beroperasi di kawasan berair ( banjir).

Laporan siasatan sunting

Pada 27 September 2007, Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Bashir Abu Bakar telah memberi sidang media tentang punca kemalangan helikopter Nuri ini.TUDM telah menubuhkan lembaga penyiasatan khas TUDM diketuai oleh Left Kol Syed Islam Shahajam dan dibantu oleh Left Kol (Dr) Zuki Othman, Mejar Yee Ching Choy dan Mejar Muhd Noorafzanidzam Frienney Salleh.

  • Jam 9.35 pagi, pegawai Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli di Gombak, melihat Nuri terbang rendah dalam keadaan berkabus tebal. Jarak penglihatan kurang 2 km dan keadaan muka buki yang berbkit-bukau .
  • Pegawai TUDM, melihat Nuri tersebut membuat pusingan kiri pada kordinat 280, mungkin mencari laluan terbaik .
  • Juruterbang sedar akan masalah kabus dan kabut tebal tetapi tetap meneruskan penerbangan. Juruterbang sepatutnya memeriksa cuaca dan mencari altitud ( ketinggian) yang selamat dan bukannya terbang rendah dalam kabus tebal sehingga terlanggar 3 pokok kanopi sebelum terhempas. Juruterbang perlu berpatah balik apabila keadaan macam itu dan kena lebih hati-hati.
  • Ujian kejuruteraan dan analisis terhadap enjin dan gearbox, sampel minyak, cecair hidraulik dan pelincir menunjukkan tidak ada bukti masalah teknikal. [1]

Rujukan sunting