Heraclius (Latin: Flavius Heraclius Augustus, Yunani: Φλάβιος Ἡράκλειος, c. 575 – 11 Februari 641 M) adalah seorang Maharaja Byzantine yang memerintah dari 610 hingga 641 M.[A 1]

Heraclius
Maharaja Empayar Rom Timur
Tremissis Maharaja Heraclius.
Pemerintahan5 Oktober 610 – 11 Februari 641 M
Pertabalan5 Oktober 610 M
Nama penuhFlavius Heraclius Augustus
Keputeraanc. 575
Tempat keputeraanKapadokya, (sekarang wilayah Turki)
Mangkat11 Februari 641 M (usia 65 atau 66 tahun)
PendahuluPhocas
PenggantiConstantine III
Heraklonas
PasanganEudokia
Martina
AnakandaConstantine III
Heraklonas
DinastiDinasti Heraclius
AyahandaHeraclius si Bapa
BondaEpiphania

Beliau bertanggung jawab memperkenalkan Bahasa Yunani sebagai bahasa rasmi Empayar. Kemunculannya bermula pada tahun 608 M apabila beliau dan bapa beliau, Heraclius si Bapa exarchate Afrika, berjaya mengetuai pemebrontakan menentang Maharaja Phocas yang tidak popular.

Pemerintahan Heraclius ditandai beberapa kempen ketenteraan. Pada tahun Heraclius naik takhta, empayar diancam di beberapa tempat. Heraclius serta-merta mengambil pimpinan dalam perang menentang Sasan Parsi. pertempuran-pertempuran pertama kempen ini berkesudahan dengan kekalahan Byzantine. Tentera Parsi bertempur sehingga ke Bosporus; walau bagaimanapun, oleh sebab kota Constantinople dipertahankan tembok-tembok yang tidak dapat ditembusi serta angkatan laut yang kuat, Heraclius berjaya mengelak daripada kekalahan teruk. Tidak lama kemudian, beliau membuat perubahan bagi membina semula serta memperkasakan tenteranya. Heraclius berjaya menghalau Parsi dari Asia (Asia Minor) dan masuk ke dalam wilayah Sasan dan menewaskan mereka dalam pertempuran Nineveh pada tahun 627 M. Raja Parsi, Khosrau II digulingkan dan dihukum bunuh tidak lama kemudian dan perdamaian antara kedua-dua empayar besar dipulihkan.

Namun demikian, tidak lama selepas kemenangan besarnya terhadap Parsi, Heraclius berhadapan dengan ancaman baharu, serangan Muslim. Mereka muncul dari Semenanjung Arab dan dengan cepat menakluk Empayar Sasan. Pada tahun 634 M orang Islam menyerang Syria Romawi, menewaskan Theodore, saudara Heraclius. Dalam masa yang singkat, orang Islam juga akan menawan Mesopotamia, Armenia dan Mesir.

Dalam hal-hal keagamaan, Heraclius dikenang sebagai daya utama menukar agama orang yang berpindah ke Semenanjung Balkan. Berikutan permintaannya, Paus John IV (640-642 M) menghantar para mubaligh serta guru Kristian ke Dalmatia, sebuah wilayah baru yang diperintah orang Croat yang diduduki Porga dan puaknya yang menganut paganisme orang Slav. Heraclius cuba membaiki perpecahan dalam gereja Kristian berkaitan dengan doktrin Monophysite (syariat Nabi Yaakub)[4] dengan sebuah doktrin kompromi bernama Monothelitism. Gereja Timur (biasanya dipanggil Nestorian) juga terlibat dalam proses ini.[5] Akhirnya projek ini gagal dan ditolak semua pihak yang terlibat.

Heraclius ialah Maharaja pertama yang bertarung dengan Muslim; dalam periwayatn Islam, beliau digambarkan sebagai seorang pemerintah yang dianggap paling sesuai yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW, yang berkemungkinan mempercayai Islam, dan yang melihat Nabi Muhammad sebagai seorang nabi yang benar.[6] Walau bagaimanapun, ada pihak yang mempercayai bahawa Heraclius tidak membaca ataupun menerima perutusan Nabi Muhammad.[7][8]

Anotasi sunting

  1. ^ Sebutan "Empayar Byzantine" ialah istileh relatif moden bagi apa yang disebut Empayar Rom atau Empayar Rom Timur pada zaman Heraclius.[1] Kata "Byzantine" digunakan terawal sekali 900 tahun selepas kematian Heraclius. Ia muncul pada tahun 1557, apabila sejarawan Jerman, Hieronymus Wolf menggubal istilah itu apabila menerbitkan karyanya, Corpus Historiæ Byzantinæ. Istilah ini kemudian dipopularkan oleh para sejarawan Perancis terkemudian.[1] Peradaban-peradaban lain pada masa itu merujuk Empayar Byzantine sebagai Empayar Rom Timur atau hanya Empayar Rom. Dalam dunia-dunia Parsi, Islam dan Slav, identiti Empayar Rom diterima umum. Dalam dunia Islam empayar ini dikenali utamanya sebagai روم (Rum, "Rom").[2][3] Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Nomenklatur Empayar Byzantine

Nota sunting

  1. ^ a b Fox, Clifton R. (March 29, 1996). "What, if anything, is a Byzantine?". Lone Star College–Tomball. Dicapai pada October 21, 2009.
  2. ^ Tarasov 2004, halaman 121.
  3. ^ El-Cheikh 2004, p. 22.
  4. ^ Takrif DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
  5. ^ Seleznyov N.N. "Heraclius and Ishoʿyahb II", Simvol 61: Syriaca-Arabica-Iranica. (Paris-Moscow, 2012), pp.280-300.
  6. ^ El-Cheikh 1999, p. 18.
  7. ^ Walter Emil Kaegi (27 March 2003). Heraclius, Emperor of Byzantium. Cambridge University Press. m/s. 236. ISBN 978-0-521-81459-1. Dicapai pada 23 March 2013.
  8. ^ Shahid, Irfan Shahid (1986), "Arabic Literature to the End of the Umayyad Period", Journal of the American Oriental Society, 106 (3): 531, JSTOR 602109

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting