Hidan (飛段) adalah rakan sepasukan kepada Kakuzu yang mana kedua-dua mereka mempunyai sikap tidak suka kepada sesama sendiri. Hidan merupakan anggota kedua terakhir yang menyertai Akatsuki ketika dia melarikan diri dari kampungnya [1]. Kisame berjenaka dengan memberikan Hidan dan Kakuzu gelaran "Zombie Bersaudara".Sehingga kini Hidan dipercayai masih hidup

Hidan
飛段
(Hidan)
Maklumat
Muncul dalamAnime dan Manga
Seiyū (Japanese)Masaki Terasoma
Info
Berat56.8kg
Ketinggian177.1cm
JantinaLelaki
Jenis darahB
Cincin三 (Three)
Kedudukan cincinJari manis kiri
PasanganKakuzu
PertubuhanAkatsuki
Pertubuhan (terdahulu)Yugakure
JutsuTeknik Sumpah: Mengawal kematian tubuh dengan darah (呪術・死司憑血) Jujutsu: Shiji Hyōketsu
SenjataSabit besar bermata tiga

Latar belakang sunting

Hidan diperbesarkan di Yugakure. Apabila kampung tersebut dibubarkan statusnya daripada perkampungan ninja kepada pusat pelancongan, Hidan menjadi sangat marah dengan apa yang berlaku. Hidan percaya bahawa ke semua ninja yang tinggal di kampung tersebut patut dibunuh, ini mencetus kepada tindakannya membunuh ke semua penduduk di Yugakure sebelum menyertai satu kumpulan ajaran sesat bernama Jashin, sejenis ajaran yang memuja dewa Jashin. Ajaran utama Jashin adalah pembunuhan sewenang-wenangnya; di mana sebarang pembunuhan yang separuh jalan (gagal) dianggap satu dosa [2]. Rantai atau tangkal yang dipakai olehnya adalah simbol Jashin dan digunakan untuk berdoa kepada dewa Jashin sebelum memulakan pertarungan, meminta kenikmatan pembunuhan atau (apabila dia tidak dapat membunuh atas sesuatu sebab) untuk meminta maaf [3]. Kemudiannya dia menyertai organisasi Akatsuki dan telah disatukan bersama Kakuzu. Menurut Pain, tujuan Hidan menyertai Akatsuki kerana "keagamaan".

Personaliti sunting

Hidan merupakan satu watak di dalam siri ini yang bermulut celupar dan tidak menghormati orang lain; dia sering menyumpah seranah dan mengadu semua pihak musuh dan juga sekutunya. Hidan jarang berbicara dengan cara yang sopan, selalunya berbicara dengan tutur kata yang menyakitkan hati. Hidan merupakan satu-satunya anggota Akatsuki yang tidak begitu menghormati ketua mereka, Pain dan mengemukakan kenyataan tentang kesanggupannya membunuh Pain jika disuruh kepada semua anggota yang lain. Hidan hanya menghormati dewa Jashin yang menjadi ketua kepada ajaran sesat Jashin yang dianutinya. Hidan sering bertengkar dengan rakan sepasukannya iaitu Kakuzu; yang bersikap tamak kepada kekayaan, sikapnya yang suka membunuh teman sepasukan dan juga sikapnya yang sering menghina proses ritual atau upacara keagamaan yang dilakukan oleh Hidan. Begitu juga dengan gaya pertarungan yang digunakan oleh Hidan. Walaupun begitu, apabila Hidan mempunyai keinginan untuk "membunuh" yang tinggi, kedua-dua mereka mampu memberikan kerjasama yang sempurna ketika dalam sesuatu pertarungan. Hidan turut berasa gelisah dengan keselamatan rakan sepasukannya dan menimbulkan perasaan kelam-kabut sehingga dirinya sendiri nyaris-nyaris mati apabila terkena jutsu yang dilancarkan oleh Shikamaru.

Hidan menunjukkan sikap yang sangat-sangat tidak bermoral terhadap pihak yang akan dibunuhnya. Hidan menganggap pembunuhan kehendak daripada agama yang dianutinya, dan selalu memuaskan diri dengan menjadikan sasarannya mengalami kesakitan yang teramat sebelum mereka mati. Seperti ritual keagamaan yang seakan-akan teknik voodoo dilakukan olehnya, Hidan sanggup menerima kesakitan dan kecederaan yang sama ke atas dirinya dan kemudiannya berkongsi dengan mangsa yang terkena sumpahannya. Namun begitu, Hidan akan menunjukkan muka yang bersahaja (menunjukkan yang dia tidak merasakan keseronokkan daripada perbuatan tersebut) apabila mangsa yang disumpahnya tidak "berkongsikan" kesakitan yang dialami atau dirinyas endiri dicederakan oelh orang lain.

Hidan dilihat berperwatakkan seoranng yang sadis, terutamanya ketika melakukan ritualnya ataupun ketika "sama-sama" merasakan kesakitan yang dialami bersama dengan mangsanya. Tingkahlakunya (anime) berdasarkan sifat kegilaan; di mana dia seringkali dilihat menjerit dengan kuat ketika melakukan serangan ataupun ketawa terbahak-bahak apabila dia hampir-hampir berjaya membunuh Asuma Sarutobi. Hidan juga didapati turut bersikap menjengkelkan terhadap musuhnya (termasuklah kepada semua orang), sehingga dia memberikan komen kepada Shikamaru Nara bahawa "Saya sangat menantikan saat-saat ini!" ("saat-saat" tersebut bermaksud tentang keinginannya membunuh Shikamaru menggunakan teknik atau ritual yang digunakannya).

Bagaimanapun, keabadian yang dimilikinya membuatkan Hidan menjadi tersangat angkuh (walaupun tidak menjadikannya bersifat bodoh) dan Hidan sering bertempur dengan musuh tanpa perlu memikirkan sebarang strategi, kecuali untuk proses mendapatkan sampel darah mereka. Walaupun sering diperlekehkan oleh kepintaran Kakuzu dan Shikamaru, serta tidak mempunyai kepandaian mengatur strategi taktikal; namun begitu Hidan mampu membuat analisis mudah mengenai keupayaan dan had kuasa teknik tiruan bayang yang digunakan oleh Shikamaru serta mengadakan suatu pertarungan berdasarkannya (namun dia turut mengekalkan sikap angkuh walaupundalam keadaan ini).

Apa yang menarik perhatian adalah Hidan menjadi sangat panik apabila Shikamaru berjaya menguasai pergerakan tubuh badannya menggunakan teknik tiruan bayang dan kemudiannya menjerit kepada Kakuzu dengan suara ketakutan yang teramat. Hidan tidak menyukai apabila Kakuzu campur tangan dalam pertarungan yang sedang disertainya melainkan sekiranya dia amat memerlukannya. Kakuzu membalas sikap Hidan itu dengan sengaja memberikan pertolongan yang "lambat" dan membiarkan Hidan "mati" di atas kebodohannya.

Part II sunting

 
Hidan diserang oleh ninja Konoha iaitu Kotetsu Hagane dan Izumo Kamizuki

Babak Hidan dan Kakuzu sunting

Hidan dan Kakuzu membuat penampilan sulung mereka selepas mengepung seorang ninja wanita bernama Yugito Nii yang merupakan jinchuuriki kepada Nibi (makhluk syaitan berekor dua) di sebuah pembentungan di Kumogakure. Pada mulanya, Hidan memberikan Yugito cadangan agar menyerahkan dirinya secara sukarela dengan menyatakan bahawa agama sesat yang dianutinya melarang dia untuk mengakibatkan pihak lawannya berada dalam keadaan separuh mati (kerana alasan untuk mendapatkan makhluk berekor dari Yugito tidak membenarkan perumah kepada makhluk berekor mati) [4]. Yugito menolak cadangan tersebut lalu bertukar kepada bentuk lengkap Nibi, namun duo daripada Akatsuki tersebut masih mampu menewaskannya lalu menyerahkan jinchuuriki tersebut kepada Zetsu sebelum bertolak ke Negara Api.

Setibanya mereka di Negara Api, Hidan menganggap tindakan Kakuzu menuju ke Kuil Api untuk mendapat ganjaran memburu bagi seorang sami bernama Chiriku [5] adalah sesuatu yang membuang masa. Chiriku dan pengikutnya yang ramai ditumpaskan dan dibunuh oleh mereka berdua sambil Hidan melaksanakan ritualnya yang panjang. Kemudiannya, Hidan menolak untuk mengikuti Kakuzu ke lokasi penebusan wang ganjaran pemburuan yang ditawarkan untuk Chiriku.

Apabila tiba ke lokasi penebusan wang ganjaran tersebut, Hidan mengambil keputusan untuk menunggu Kakuzu di luar bangunan kerana tidak tertahan dengan bauan yang terdapat di pintu masuk tempat penebusan tersebut (pintu masuk tersebut berada di dalam sebuah tandas). Ketika dia menunggu Kakuzu di luar, Hidan telah diserang hendap oleh Asuma Sarutobi, Shikamaru Nara, Kotetsu Hagane dan Izumo Kamizuki. Walaupun pergerakkannya telah dikunci dan badannya ditembusi oleh dua kunai besar,[6] namun Hidan telah memeranjatkan ninja-ninja daripada Konohagakure itu apabila tiba-tiba sahaja dia bertanyakan dari manakah asal penyerangnya itu.

Kakuzu kemudian muncul dan mengakibat penyerang Hidan berundur. Hidan mengarahkan Kakuzu untuk tidak mencampurkan diri dan dia bertukar-tukar beberapa serangan dengan Asuma dan berjaya mendapatkan sedikit darah daripadanya lalu memulakan ritual sumpahannya. Tanpa mengetahui apa yang dilakukan oleh Hidan, Asuma menyerbu Hidan dan kemudian secara tiba-tiba rebah dalam kesakitan apabila Hidan menikam kakinya sendiri. Apabila Hidan bersedia untuk menamatkan nyawa Asuma, Shikamaru telah perasan sesuatu (tentang perkaitan yang berlaku), sekali lagi telah mengunci pergerakan Hidan dengan teknik bayangnya walaupun mengalami sedikit kesukaran. Sementara Hidan tidak dapat bergerak, Shikamaru telah berjaya menganalisis segalanya bermula daripada setiap apa yang dituturkan oleh Hidan (permulaan) sehinggalah ke saat dia menguncinya, seterusnya berjaya mencari kelemahan kepada teknik Hidan tersebut [7]. Melalui analisa tersebut, Shikamaru memaksa Hidan keluar daripada bulatan darah yang melindunginya untuk membuatkan Asuma tidak berada di dalam kesan sumpahan oleh Hidan.

Apabila Asuma terlepas daripada kesan kutukan Hidan, dia terus melulu dan memancung kepala Hidan. Ninja-ninja dari Konoha semakin terkejut apabila kepala Hidan yang sudah terpisah daripada badannya memaki-hamun Asuma kerana menjadikannya begitu dan maki-hamun tersebut berlanjutan sehingga kepada Kakuzu kerana dia sengaja tidak mahu menghalang mereka. Kakuzu menafikan dan menyatakan bahawa ianya adalah salah Hidan kerana tidak membenarkannya campur tangan dalam pertarungan tersebut [8] [9]. Apabila Asuma dan ninja-ninja Konoha yang lain terkejut dengan keadaan Hidan yang masih bernafas, Kakuzu mengambil peluang itu untuk emnyambungkan kembali kepala Hidan ke badannya. Kakuzu kemudiannya menyerang Kotetsu dan Izumo, manakala Hidan memasuki kembali simbol darah yang dilukisnya dan mengaitkan semula dirinya dengan Asuma. Hidan menghayunkan sabit bermata tiganya kepada Asuma yang kemudiannya membongkokkan diri bagi mengelakkan serangan tersebut; serangan tersebut terus mengenai organ penting (abdomen) Hidan. Asuma kemudiannya rebah kerana mengalami kecederaan kritikal dan apabila Shikamaru cuba untuk membantu gurunya, Hidan mengambil peluang itu untuk menikam sebatang lembing kecil menembusi jantungnya sendiri mengakibatkan Asuma menerima kecederaan yang membawa maut.

Sejurus Asuma rebah akibat serangan tersebut, pasukan bantuan dari Konoha pun tiba untuk memberikan pertolongan kepada mereka. Walaupun Hidan menunjukkan minat untuk turut menghapuskan mereka, tiba-tiba kedua-dua Hidan dan Kakuzu menerima panggilan penting daripada ketua mereka Pain untuk berkumpul. Dalam keadaan marah, Hidan telah menyatakan janjinya bahawa dia akan membunuh ke semua ninja Konoha di lain masa. Hidan dan Kakuzu kemudiannya menghilangkan diri ke tempat persembunyian mereka untuk mengurung Nibi (di dalam manga, dan sejumlah tiga hari lagi untuk mengurung sanbi).

Apabila proses mengekstrak dan mengurung biju tersebut selesai, Hidan dan Kakuzu terus menuju ke Konoha dengan keghairahan untuk membunuh ninja-ninja Konoha yang pernah menyerang mereka. Di pertengahan jalan, mereka berdua sekali lagi diserang hendap oleh Shikamaru manakala teman-temannya (ahli pasukan 10) yang lain menunggu giliran mereka. Walaupun Kakuzu berjaya melepaskan diri dari teknik bayang oleh Shikamaru, Hidan dibiarkan di bawah pengaruh teknik bayang Shikamaru yang kemudiannya dipaksa berlawan dengan Kakuzu.

Ketika Kakuzu sibuk diserang orang temannya sendiri, Choji keluar daripada tempat persembunyiannya untuk menyerang Kakuzu dari bahagian atas. Namun begitu, Kakuzu berjaya mempertahankan dirinya menggunakan teknik gaya lepas sifat tanahnya. Kemudian, Hatake Kakashi menyerang titik maut Kakuzu (jantung) secara mengejut dan mengakibatkan kematiannya. Apabila Kakashi sedang cuba untuk turut menamatkan riwayat Hidan, dia kemudiannya diserang hendap oleh Kakuzu yang disangka sudah mati. Setelah terlepas daripada kesan teknik bayangan (akibat batasan waktu) Shikamaru, dia terus menghadiahkan serangan bertubi-tubi ke arah Kakashi dan Kakuzu turut mengenakan serangan berunsurkan kuasa elemen kepada mereka berdua (oleh kerana Hidan memiliki tubuh yang tidak boleh mati). Apabila menyedari mereka tidak mampu menwaskan pasangan zombi daripada Akatsuki tersebut, mereka berfikir bahawa mereka perlu mengasingkan mereka berdua. Shikamaru telah menawarkan dirinya untuk mengumpan Hidan ke tempat lain manakala membiarkan Kakuzu untuk dihadapi oleh Kakashi, Choji dan Ino [10]. Hidan yang sudah berkali-kali terkena serangan dari teknik yang sama dilancarkan oleh Shikamaru, menetapkan dirinya agar tidak terpedaya sekali lagi. Hidan telah menghasut Shikamaru untuk bertarung dengannya di tempat yang rumit dan melakukan serangan jarak jauh ke arah Shikamaru. Ketika sedang memusatkan tumpuan ke atas serangan bayang yang bakal dilakukan oleh Shikamaru, Hidan dikejutkan oleh Shikamaru yang secara tiba-tiba muncul di hadapannya lalu menghadiahkan satu tumbukan ke arah mukanya. sebagai keputusan, Hidan sekali lagi telah terpedaya dengan strategi yang digunakan oleh Shikamaru yang kemudiannya membawa Hidan ke suatu tempat untuk mengasingkannya daripada Kakuzu[11].

Hidan telah dibawa ke satu kawasan yang dipenuhi dengan dawai dan kertas jampi letupan, di mana ianya telah disediakan oleh Shikamaru terlebih awal. Bagaimanapun, Hidan tidak bercadang untuk melarikan diri dan dia terus melancarkan serangan sejurus kesan daripada teknik bayang Shikamaru semakin berkurangan. Hidan berpendapat dia sudah berjaya mendapatkan sedikit darah daripada Shikamaru dan kemudiannya dengan segera melakarkan simbol bulatan di atas tanah; Shikamaru telah berjaya dibunuhnya. Apabila Hidan bersedia untuk beredar daripada kawasan tersebut, Shikamaru yang berpura-pura telah mati, bangun dan menyerang hendap Hidan dari arah belakang dan hampir-hampir berjaya memutuskan kepalanya sekali lagi. Menyedari Shikamaru masih hidup, dia kemudiannya mendapati bahawa dirinya telah diperdaya oleh Shikamaru yang menggunakan darah milik Kakuzu yang mana kemudiannya mengakibat Kakuzu sekali lagi kehilangan jantungnya[12].

Apabila Hidan cuba membalas serangan Shikamaru, dia sekali lagi dibekukan oleh serangan teknik bayang Shikamaru. Dengan Hidan telah dikunci, Shikamaru telah membalut seluruh tubuh Hidan dengan kertas letupan yang disediakannya lalu mengaktifkan tanda di atas tanah tempat Hidan berdiri yang amna kemudiannya runtuh dan menghasilkan satu lubang besar. Shikamaru kemudiannya memberitahu Hidan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan di bawah jagaan klannya dan dia berjanji bahawa Hidan akan berkubur di situ selama-lamanya. Akhirnya, mendapati dirinya dapat membalas dendan untuk Asuma, Shikamaru menyalakan sebatang rokok (di dalam anime, dia menyalakan pemetik api milik Asuma) dan mencampakkannya ke arah Hidan, mengakibat satu letupan berlaku[13]. Hidan didapati telah diletupkan kepada beberapa bahagian kecil dan ke semua tubuhnya yang bercerai-berai jatuh ke dalam lubang yang dihasilkan oleh Shikamaru. Namun begitu, dia masih bernafas dan kepalanya yang terpisah daripada badannya berjanji akan membunuh Shikamaru menggunakan segala cara sekali pun. Shikamaru tidak mengendahkan Hidan lalu meletupkan permukaan lubang tersebut dan kemudiannya telah menimbusi Hidan dari atas[14]. Oleh kerana Hidan perlu melakukan pembunuhan berturut-turut untuk menjadikan dirinya seorang yang kebal, maka Hidan telah dianggap sudah mati.

Kebolehan sunting

 
Hidan sedang bersiap sedia melakukan ritual Jashin dengan melakar bulatan darah

Keabadian sunting

Kebolehan utama Hidan adalah tubuhnya yang tidak mati oleh kerana kesan satu ujian rahsia ke atasnya oleh organisasi ajaran sesat Jashin menggunakan pelbagai jutsu larangan. Untuk mengekalkan kesan kebolehan keabadian ini, Hidan haruslah melakukan pembunuhan secara berterusan, namun begitu masih tidak diketahui sama ada seramai mana atau sekerap mana. Kesan keabadiannya itu membolehkan dirinya menerima sebarang kecederaan serius yang boleh membawa maut,[15] atau kecederaan yang boleh memisahkan mana-mana bahagian tubuhnya; ini dibuktikan apabila dia masih mampu bernafas walaupun kepalanya telah dipancung dan terpisah daripada badannya[16]. Namun begitu, kepalanya masih perlu dicantumkan semula ke badannya agar dia boleh mengawal pergerakkan badannya,[17] jadi dia meminta Kakuzu untuk emnyambungkannya semula dan mana-mana anggota badannya mengikut keperluan[18]. Walaupun dia mampu menahan ke semua kecederaan ini, namun dia tidak lepas daripada merasai kesakitan akibat setiap serangan atau kecederaan yang dilakukannya sendiri. Namun, Hidan menganggap ianya satu kenikmatan yang sukar digambarkan dan mahu mangsanya berkongsi perasaan tersebut. Kebolehan tubuhnya menjadi abadi adalah sebab utama dia dipasangkan bersama Kakuzu. Oleh kerana Kakuzu tidak boleh membunuhnya, maka dia tidak perlu mencari pasangan yang baru setelah dia melepaskan kemarahannya[19]. Walaupun kedua-dua mereka tidak menyukai teman sepasukan mereka, namun kebolehan-kebolehan tersebut menjadikan mereka pasukan yang ideal.

Sabit bermata tiga dan tahap kelincahan sunting

Dalam setiap pertarungan, Hidan akan menggunakan sebilah sabit gergasi bermata tiga yang digunakan untuk beberapa tujuan dan boleh digunakan untuk sebarang serangan jarak dekat atau jauh. Namun begitu, tujuan utama penggunaan senjata tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan darah bakal mangsanya agar boleh dikenakan sumpah; seperti yang dinyatakan oleh Shikamaru bahawa ianya tidak mementingkan tahap kecederaan yang dihasilkan. Hidan menggunakan seutas tali kasar yang bersambung dengan pengikat yang berada di bahagian dalam jubahnya. Hidan sangat berkemahiran menggunakannya, berupaya mengelakkan serangan daripada serangan shuriken berbilang yang dilontar dari jarak dekat. Hidan menyatakan bahawa oleh ekrana dia menggunakan senjata yang besar dan berat, menjadikan dirinya anggota Akatsuki yang memiliki tahap serangan yang paling perlahan[20]. Bagaimanapun, Hidan merupakan seorang yang lincah dan memiliki kebolehan untuk mengelakkan serangan dan melakukan beberapa akrobatik.

Sumpahan dan ritual ajaran Jashin sunting

Menggunakan senjata, Hidan menjadikan setiap percubaan serangannya agar dapat mendapatkan sedikit darah pihak mangsa, di mana apabila dia menjilat darah tersebut dan melakarkan simbol Jashin di permukaan tanah; membolehkan dirinya berhubungkait dengan mangsanya[21]. Apabila hubungkait tersebut berjaya dilakukan, badannya akan bertukar warna menjadi seperti seorang dewa maut; memiliki kulit berwarna hitam dan lakaran putih ditubuhnya[22]. Dalam keadaan ini, Hidan boleh dianggap sebagai sejenis voodoo hidup kepada mangsanya; sebarang kecederaan yang dialaminya akan turut mengakibat mangsanya menerima kecederaan yang sama[23]. Hidan menganggap ini sebagai "kutukan" atau sumpahan dan Hidan suka mempermainkan mangsanya dengan mengenakan kecederaan yang tidak membawa maut menggunakan lembing kecil yang dibawanya sambil menikmati keseronokan perkongsian perasaan kesakitan bersama mangsanya[24]. Apabila dia puas mempermainkan mangsanya atau ingin membunuh mangsanya dengan segera, Hidan akan menikam jantungnya sendiri dan mengakibatkan kematian ke atas mangsanya[25] dan mengecapi kepuasan dalam melakukannya.

Walaupun teknik tersebut sangat berkesan, namun ianya memerlukan keperluan tertentu dan mengambil masa yang lama. Teknik sumpahan tersebut boleh dielakkan sekiranya mangsa mengetahui apa yang dicari oleh Hidan atau tahu mengenai kelebihan Hidan. Hubungkait Hidan dengan mangsanya dapat dihilangkan secara berkesan sekiranya dapat memaksa dia keluar daripada lakaran simbol Jashin yang dilukisnya di permukaan tanah[26]. Bagaimanapun, Hidan akan kekal dalam rupa barunya, dan ini akan memudahkan untuknya mengaitkan kembali dirinya dengan mangsa sebaik sahaja dia berjaya memasuki semula ke kawasan lakaran tersebut[27].

Konsep dan rekaan sunting

Fail:Hidan Concepts.png
Konsep rekaan untuk Hidan oleh Masashi Kishimoto

Di dalam Naruto Hiden: Sha no Sho Character Official Data Book, Masashi Kishimoto mendedahkan bahawa rekaan untuk Hidan yang mempunyai simbol lakaran tengkorak dan menggunakan lembing; bersamaan dengan imej seorang "shinigami" ataupun dewa maut; oleh kerana Hidan menggunakan serangan berbentuk sumpahan. Kishimoto juga turut menyatakan bahawa, sepatutnya lembing yang digunakan oleh Hidan mempunyai kebolehan tertentu, namun dia berkata bahawa "tidak dapat menunjukkan ke semuanya".

Trivia sunting

  • Perkataan kanji pertama di dalam nama Hidan (飛) bermaksud "hisha" ataupun catur istana dalam permainan shogi.
  • Kedua-dua Hidan and Kakuzu membuat penampilan sulung mereka dalam permainan cideo di dalam Naruto Shippūden: Gekitou Ninja Taisen EX 3.
  • Walaupun Hidan boleh dianggap "hidup kekal abadi", namun kini dia dianggap akan mati atau sudah mati . Ini adalah kerana dia harus melakukan pembunuhan berterusan dalam keadaan sumpahan untuk membolehkan kesan keabadian tersebut berkekalan. Ini tidak mungkin terjadi kerana Hidan sudah dicerai-beraikan dan ditimbus hidup-hidup.
  • Hidan adalah ninja lelaki pertama yang bertempur dengan Shikamaru di dalam manga. Namun, di dalam siri anime sampingan, Shikamaru telah berlawan dengan ramai karakter ninja lelaki seperti "Legenda Tiga Bersaudara Bodoh".

Ungkapan kata sunting

  • "Sekarang, mari kita rasa kesakitan tak terhingga ini bersama!"
  • "Kamu telah saya sumpah!"
  • "As the other dies, their agony radiates through my body, and living through it is pure ecstasy!"
  • "Hey, Kakuzu, what do you mean 'unlike my partner?!"

Rujukan sunting

  1. ^ Naruto bab 329, mukasurat 11
  2. ^ Naruto bab 314, mukasurat 7
  3. ^ Naruto bab 313, mukasurat 2
  4. ^ Naruto bab 313, mukasurat 6-7
  5. ^ Naruto bab 314, mukasurat 8-9
  6. ^ Naruto bab 322, mukasurat 17
  7. ^ Naruto bab 324, mukasurat 16
  8. ^ Naruto bab 325, mukasurat 12-13
  9. ^ Naruto bab 325, mukasurat 16
  10. ^ Naruto bab 335, mukasurat 10
  11. ^ Naruto bab 335, mukasurat 15-17
  12. ^ Naruto bab 337, mukasurat 5
  13. ^ Naruto bab 338, mukasurat 14-15
  14. ^ Naruto Shippūden, mukasurat 86-87
  15. ^ Naruto bab 323, mukasurat 1
  16. ^ Naruto bab 325, mukasurat 16
  17. ^ Naruto bab 326, mukasurat 3
  18. ^ Naruto bab 326, mukasurat 5-6
  19. ^ Naruto bab 322, mukasurat 5
  20. ^ Naruto bab 312, mukasurat 15
  21. ^ Naruto bab 322, mukasurat 12-14
  22. ^ Naruto bab 323, mukasurat 17
  23. ^ Naruto bab 324, mukasurat 4
  24. ^ Naruto bab 324, mukasurat 5
  25. ^ Naruto bab 326, mukasurat 16-17
  26. ^ Naruto bab 325, mukasurat 2
  27. ^ Naruto bab 326, mukasurat 13-14