Hidrogen kaon ialah sejenis atom eksotik yang terdiri daripada satu kaon bercas negatif yang mengorbit satu proton.

Zarah seperti ini pertama kali dikenalpasti melalui spektrum sinar-x zarah tersebut di sinkotron proton KEK di Tsukuba, Jepun pada tahun 1997.[1] Kajian yang lebih mendalam telah dijalankan di DAFNE di Frascati, Itali.[2][3] Hidrogen kaon telah dihasilkan dalam pelanggaran bertenaga sangat rendah antara kaon-kaon dengan proton-proton dalam sasaran hidrogen dalam bentuk gas. Di DAFNE, kaon dihasilkan oleh pereputan meson φ yang dihasilkan oleh pelanggaran antara elektron dan positron. Uji kaji ini menganalisa sinar-x daripada beberapa peralihan elektronik dalam hidrogen kaon.

Tidak seperti atom hidrogen di mana ikatan antara elektron dan proton dikuasai oleh interaksi elektromagnet, kaon dan proton turut berinteraksi banyak dengan interaksi kuat. Dalam hidrogen kaon, telah ditemui bahawa daya kuat ini bersifat menolak, memindahkan tenaga keadaan asas sebanyak 283 ± 36 (statistik) ± 6 (sistematik) eV, lantas menjadikan seluruh sistem ini tidak stabil dengan lebar resonans 541 ± 89 (stat) ± 22 (sist) eV.[3]

Tujuan utama hidrogen kaon dikaji adalah kerana kepentingannya dalam memahami interaksi kaon-nukleon dan bagi menguji kromodinamik kuantum.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ doi:10.1103/PhysRevLett.78.3067
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  2. ^ doi:10.1103/PhysRevLett.94.212302
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ a b doi:10.1016/j.physletb.2011.09.011
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri

Pautan luar sunting

Templat:Tunas-zarah