Hijau (Jawi: هيجاو turunan akar cabang Barat Proto-Melayu-Polinesia *hizaw[1]) ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

HijauHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#008000
sRGBB  (rgb)(0, 128, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(100, 0, 100, 50)
HSV       (h, s, v)(120°, 100%, 50%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Ia juga mempunyai tradisi sejarah yang panjang sebagai warna kebudayaan Ireland dan Gaelik. Ia merupakan warna di dalam sejarah Islam yang mewakili tumbuh-tumbuhan syurga yang subur. Ia merupakan warna bendera Nabi Muhammad dan terdapat pada hampir kesemua bendera-bendera negara Islam.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat. Kebanyakan makhluk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran hijau dengan menjadikan dirinya berwarna hijau untuk menyamar.

Pada era permulaan Eropah moden dan pascaklasik, warna hijau amat lazim dikaitkan dengan kekayaan, saudagar, pemilik bank dan golongan kelas atasan, manakala warna merah dikhususkan untuk golongan bangsawan. Oleh sebab itu, pakaian Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dan kerusi di Dewan Rakyat Britain berwarna hijau manakala kerusi di Dewan Pertuanan pula berwarna merah.[2]

Dalam tinjauan yang dibuat di negara-negara Amerika, Eropah dan Islam, hijau adalah warna yang paling banyak dikaitkan dengan alam, kehidupan, kesihatan, belia, musim bunga, harapan dan perasaan iri hati. Di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, hijau kadangkala dikaitkan dengan toksik & kesejukan serta kesihatan yang buruk, tetapi di China dan sebahagian besar wilayah di Asia, ia dikaitkan secara positif sebagai simbol kesuburan dan kebahagiaan. [3] Kumpulan politik yang menganjurkan perlindungan alam sekitar dan keadilan sosial menggambarkan diri mereka sebagai sebahagian daripada gerakan Hijau. Ada juga yang menamakan diri mereka sebagai parti Hijau. Ini membawa kepada kempen yang serupa dalam pengiklanan, apabila syarikat menjual produk hijau atau produk mesra alam. Hijau juga merupakan warna tradisional bagi keselamatan dan keizinan; lampu isyarat berwarna hijau bermaksud boleh berjalan, kad hijau memberi keizinan untuk menetap di Amerika Syarikat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

Kegunaan warna hijau sunting

 
Klorofil ialah bahan yang memberikan tumbuhan warna hijau. Buah lemon ini akan semakin menjadi kuning semasa buah ini semakin masak.
  • Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.
  • Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan kekadang cinta).
  • Di China kuno, warna hijau ialah lambang untuk Timur dan Kayu, salah satu daripada lima warna utama.
  • Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk lawannya, iaitu penurunan harga saham.
  • Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.
  • Dalam perlumbaan kereta, bendera hijau menandakan permulaan atau penyambungan semula perlumbaan.
  • Warna hijau ialah warna tradisi untuk sains suci canon law.
  • Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.
  • Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud". Warna ini khususnya dikaitkan kepada tradisi republik dan nationalisme pada zaman moden, dan digunakan dalam maksud ini untuk bendera Republik Ireland, dengan keseimbangan dengan warna oren Protestan.
  • Warna hijau juga bertindak sebagai lambang untuk bahasa Esperanto. Warna ini dikaitkan, khususnya, kepada bintang hijau dalam bendera Esperanto.
  • Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam sura Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali [1] Diarkibkan 2006-06-23 di Wayback Machine.
  • Skrin Hijau merupakan nama am untuk paparan komputer CRT monokrom yang menggunakan skrin fosfor P1.
  • Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.
 
Meja Snuker

Bahan-bahan hijau sunting

Pewarna makanan hijau termasuk klorofil (E140 dan E141), kuinolina (E104) dan di negara-negara yang mengizinkan kegunaannya, "Hijau S" (E142).

Ungkapan bahasa basahan Inggeris sunting

  • Berasa iri hati, salah satu daripada Tujuh Dosa Berat, yang juga dipanggil sebagai "green-eyed monster" membawa maksud "raksasa mata hijau" (ungkapan itu dicipta oleh Shakespeare dalam karyanya Othello). Seorang yang berasa iri hati dikatakan ""green with envy" yang membawa maksud harfiah, "hijau dengan iri hati". Bahan-bahan yang menyebabkan kulit menjadi hijau termasuk biliverdin, pigmen hijau dalam hempedu, dan seruloplasmin, satu jenis protein yan membawa ion-ion kuprum dalam proses pengkelatan.
  • Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari hijau) atau "green fingers" (jari-jari hijau).
  • Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn" (tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
  • Makhluk luar angkasa kekadang dirujuk sebagai "little green men" (lelaki-lelaki hijau yang kecil).
  • Orang yang berasa tidak sihat kekadang dirujuk sebagai "green around the gills" (hijau disekeliling insang).
  • "Green" (hijau) ialah istilah slanga untuk marijuana, disebabkan warna bahan tumbuhan itu.
  • "Being Green" ("adalah hijau") ialah jargon (sekurang-kurangnya untuk restoran) yang bermaksud seorang yang baru. "Being very green" ("adalah amat hijau") merujuk kepada seseorang yang tenggelam dan mudah ditinggalkan.

Warna web sunting

Templat:Swatch Warna hijau yang digunakan untuk HTML dan gaya sunting berkaskad (CSS) sebenarnya ialah hijau tua (#008000), seperti yang dapat dilihat dalam sampel di kanan: warna hijau yang tulen digelarkan hijau pucuk pisang

Pigmen-pigmen hijau sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*hizaw: fighting cock with greenish feathers on light background". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 11 Apr 2022.
  2. ^ Heller 2009, p. 98.
  3. ^ Heller 2009, pp. 87–104.
Sumber utama
  • Heller, Eva (2009). Psychologie de la couleur – Effets et symboliques. Pyramyd (French translation). ISBN 978-2-35017-156-2.
  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web