Hilf al-Fudul (Arab: حلف الفضول) ialah sebuah perjanjian yang dimeterai oleh penduduk Mekah termasuklah Nabi Muhammad untuk mewujudkan urus niaga yang adil. Disebabkan peranan Nabi Muhammad dalam pembentukannya, perjanjian tersebut memainkan peranan yang penting dalam etika Islam. Oleh kerana istilah fudul biasanya bererti "mulia", perjanjian tersebut kerap kali diterjemahkan sebagai Perjanjian Mulia.[1]

Latar belakang sejarah sunting

Beberapa tahun sebelum perjanjian tersebut dimeterai, orang Quraisy terlibat dalam sengketa yang berlaku sesekali. Seperti biasa, perang adalah akibat pembunuhan yang tiada penyelesaian. Kesannya ialah ketidakpuasan hati yang semakin membarah terhadap bentuk keadilan yang menghendaki perang pencabulan bulan-bulan suci. Ramai pemimpin Quraisy mengembara ke Syria, mereka mendapati bahawa keadilan relatif diamalkan di sana. Keadaan yang serupa juga wujud di Habsyah. Bagaimana pun, tiada sistem sebegitu yang wujud di Tanah Arab.[2]

Berikutan Perang Fijar, orang Quraisy sedar bahawa kemerosotan negara mereka dan kehilangan prestij Mekah di Tanah Arab adalah kesan daripada ketidakmampuan mereka untuk menyelesaikan perselisihan faham yang mencipta perpecahan dalaman.

Pedagang dari Yaman sunting

Seorang pedagang Yaman yang datang dari Zabid telah menjual sedikit barangan kepada seorang anggota Bani Sahm yang terkenal. Setelah memiliki barangan tersebut, lelaki Bani Sahm itu enggan membayar harga barangan tersebut. Lelaki itu tahu benar bahawa pedagang tersebut tidak mempunyai sekutu atau saudara-mara di Mekah yang dapat dia bergantung harap untuk menolongnya. Tetapi pedagang itu tidak berdiam diri sebaliknya dia merayu pada orang Quraisy untuk memastikan keadilan ditegakkan.[2]

Pemeteraian sunting

Sebagai respons, satu mesyuarat telah diadakan di rumah Abdullah ibn Ja'dan.[3] Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai ketua dan anggota puak berikrar untuk:[4]

  • menghormati prinsip-prinsip keadilan
  • turut campur tangan dalam pertelingkahan-pertelingkahan secara kolektif untuk menegakkan keadilan

Untuk memastikan perjanjian tersebut dipatuhi dan disucikan, para peserta perjanjian itu masuk ke dalam Kaabah dan menuang air ke dalam wadah supaya ia mengalir ke atas Hajar Aswad. Setiap orang terus meminum daripadanya. Kemudian mereka meletakkan tangan kanan mereka di atas kepala untuk menunjukkan mereka akan berdiri bersama-sama dalam usaha ini.[2] Perjanjian tersebut ditulis dan diletakkan di dalam Kaabah, tempat yang dipercayai para peserta perjanjian itu berada di dalam perlindungan Tuhan.[5]

Nabi Muhammad adalah antara peserta yang bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut. Kemudiannya, setelah menyeru kepada Islam, baginda masih mengiktiraf kesahan perjanjian tersebut walaupun kebanyakan para pesertanya adalah bukan orang Islam.[4] Abu Bakar juga dikatakan bersetuju dengan perjanjian ini.[4] Andaian ini berdasarkan fakta bahawa Abdullah ibn Ja'dan yang menjadi tuan rumah bagi ikrar ini, adalah anggota puak Abu Bakar.[6] Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani Taim turut serta dalam pemeteraian itu. Bani Naufal mahupun Bani Umayyah yang berpengaruh itu tidak mengambil bahagian dalamnya.[1]

That pact also marked the beginning of some notion of justice in Mecca, which would be later repeated by Muhammad when he would preach Islam. Perjanjian tersebut juga menandakan permulaan beberapa idea keadilan di Mekah yang kemudiannya diulang kembali oleh Nabi Muhammad ketika baginda mengajarkan Islam.[7] Another aspect of the pact was that it would open up the Meccan market to Yeminite merchants, who were hitherto excluded. Aspek lain perjanjian tersebut ialah bahawa ia membuka pasar orang Mekah kepada pedagang-pedagang Yaman yang sehingga saat itu tidak dimasukkan.[8]

Kesan dan warisan sunting

Husayn ibn Ali pernah sekali mengancam gabenor Madinah yang Husayn percaya dia membuat keputusan yang tidak adil untuk membawa kes tersebut kepada peserta Hilf al-Fudul.[9]

Anas Malik melihat perjanjian tersebut sebagai contoh dukungan kebebasan dalam Islam,[10] dan Anthony Sullivan menganggapnya sebagai satu sokongan terhadap demokrat orang Islam.[11]

Etika Islam sunting

Perjanjian tersebut penting dalam etika Islam. Menurut Anthony Sullivan, perjanjian tersebut mewakili minat Islam terhadap hak-hak kemanusiaan dan pemeliharaan hak-hak sebegitu.[11] Nabi Muhammad menerima isi kandungan persetujuan tersebut yang pada asalnya dibuat oleh orang bukan Islam. Tariq Ramadan menggariskan tiga prinsip dari sini:[4]

  • Islam menjunjung nilai-nilai yang berasal daripada hati nurani manusia yang berada di luar tradisi Islam. Ini kerana Nabi Muhammad mengiktiraf perjanjian sebelum turunnya wahyu di zaman sebelum Islam.
  • Islam mengiktiraf kewajaran orang bukan Islam. Dalam kes ini, orang bukan Islam mempertahankan keadilan dan membela orang yang ditindaskan.
  • Islam menghendaki kesetiaan terhadap himpunan prinsip-prinsip semesta berbanding membina kesetiaan terhadap masyarakat tertutup. Mesej Islam bukanlah satu sistem nilai tertutup atau berbeza atau bertelingkah dengan sistem-sistem nilai yang lain.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ibrahim, Mahmood (Aug., 1982). "Social and Economic Conditions in Pre-Islamic Mecca." International Journal of Middle East Studies, 14(3): 355. Cambridge University Press
  2. ^ a b c Lings, Martin (1983). Muhammad: His Life based on the earliest Sources. p. 31-2
  3. ^ Najeebabadi, Akbar Shah. The History of Islam. Darussalam publishers. p. 101
  4. ^ a b c d Ramadan, Tariq (2007). In the footsteps of the prophet. p. 20-2
  5. ^ Chelhod, Joseph (Nov., 1991). "La foi jurée et l'environnement désertique." Arabica, 38(3): 301.
  6. ^ Khalifa Abu Bakr. "Before and after Conversion to Islam."
  7. ^ Peterson (2006), p. 43
  8. ^ Watt, W. M. Muhammad: Prophet and Statesman. Oxford University Press. p. 9
  9. ^ By M Th Houtsma. E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913-1936. p. 307
  10. ^ Malik, Anas. The Case for Minarchist Libertarian Political Islam Diarkibkan 2008-03-11 di Wayback Machine. Presented at Yale University’s Critical Islamic Reflections conference.
  11. ^ a b Sullivan, Antony T. Islam, America, and the political economy of liberty