Hillary Ang

Pemuzik Malaysia

Hillary Ang (lahir 12 Mei 1962) merupakan seorang pemain gitar warganegara Malaysia yang begitu popular di Malaysia ini. Boleh dikatakan beliau merupakan idola kepada semua peminat muzik rock khususnya kepada pemain-pemain gitar baru di Malaysia.

Hillary Ang
Album solo Hillary pada tahun 1994
Latar belakang
Nama lahirHillary Ang
Kelahiran (1962-05-12) 12 Mei 1962 (umur 61)
Berasal dariJohor Bahru, Johor Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Malaysia)
GenreRock, hard rock, rock progresif
PekerjaanPemuzik, instrumentalis
InstrumenGitar
Tahun aktif1977 - kini
Pengkarya berkait
Search, Cromok
Alat muzik terkenal
Fender Statrocaster

Kehidupan awal sunting

Beliau telah dilahirkan pada 12 Mei 1962 dan berasal dari Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Beliau merupakan seorang pemain gitar berbangsa Cina yang cukup popular di Malaysia ini. Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1977.

Kerjaya sunting

Hillary Ang merupakan seorang pemuzik profesional sepenuh masa serta merupakan seorang pemuzik undangan. Beliau juga pernah membuat 2 buah album solo pada tahun 1990 dan tahun 1994. Hillary juga adalah pengasas Kumpulan Search. Hillary mengasaskan kumpulan muzik bernama Flash dari 1977 hingga 1981, bersama Yazit Ahmad (pemain dram), Zainal Rampa (vokalis dan pemain gitar irama asal Flash) dan Memek (gitar bes). Pada tahun 1981, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Zainal Rampa dan Memek menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Amy sebagai penyanyi utama dan pemain gitar irama selaku pengasas dan ketua utama kumpulan dan Nasir Daud sebagai pemain bes. Ketika Amy dan Nasir Daud menyertai Flash dan bertukar nama kepada Search. Bersama Search sehingga tahun 1988, kemudian menyambung pengajian di dalam bidang muzik di luar negara. Sekembalinya Hillary Ang, beliau telah menjadi pemuzik sepenuh masa dan pada ketika itu, Karl dari kumpulan Cromok telah mencadangkan agar Hillary menggantikan tempat beliau sebagai pemain gitar di dalam kumpulan Cromok oleh sebab beliau mahu menumpukan sepenuh masa pada perniagaannya. Kemasukkan Hillary telah berjaya mengeluarkan beberapa buah album bersama Cromok. Kemudian pada hujung 2004, ibarat sirih pulang ke gagang, Hillary telah menerima jemputan panggilan daripada Amy untuk kembali memperjuangkan kumpulan Search. Tidak mengambil masa yang lama Hillary telah membuat keputusan drastik untuk kembali bersama berjuang dengan Search, sebuah kumpulan yang paling disayangi beliau.

Bersama kembali kumpulan Search ibarat kembali pada rumah yang asal, bak kata Hillary dalam satu temuramah "Its good to be back home again" .Dengan kembalinya Hillary dalam kumpulan Search, maka album Gothik Malam Edan berjaya dihasilkan dan dengan sedikit perubahan muzik yang lebih segar daripada album-album Search sebelum ini. Sekurang-kurangnya album Gothik Malam Edan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat yang telah lama menunggu kelahiran album terbaru Search.Pada penghujung 2009, Search bergelut dengan permintaan peminat di mana peminat mahukan Kid kembali, sedangkan sebahagian lagi mahukan Hillary terus bersama Search,enggan terus bergelut dan memecahkan peminat kepada dua bahagian, Hillary Ang telah mengambil keputusan sekali lagi untuk berundur dari Search setelah 5tahun bersama untuk memberi ruang kepada Kid kembali atas dasar pilihan peminat. Walau perit, namun inilah yang dikatakan pengorbanan. Hillary kini kembali bergerak solo, seorang yang digelar "Legenda". Petikan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. Hillary Ang sekarang bersama kumpulan yang ditubuhkan oleh Joe (ex-Wings) iaitu Prime Domestic yang turut diangotai Aweera (vokal), Fauzi (bass) dan Ainol (dram).

Diskografi sunting

Search
  • Langit Dan Bumi (1986)
  • Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
  • Di Pintu Sepi (1988)
  • Berpaling (1988)
  • Gothik Malam Edan (2006)
  • Live at Planet Hollywood (2007)
Cromok
  • Mean, Meaner, Meanest (1999)
  • Image Of Purity - digitally remastered (2000)
  • What's Left (2000)
  • Deafening Silence (2002)
  • Untitled (2004)
  • Saleem - Maaf (1998)
  • Hattan - Biso Bonar (1999)
  • Taugeh - Bersama Selamanya The Album (2000)
  • Mael - Lain Hidup (2006)
  • Ella - Rama-Rama (2007)
  • Mentera Metal - Pelbagai Artis (1998)
  • Whole Lotta Zep - Pelbagai Artis (1996)
Album solo
  • Rock Dalam Dilema (1990)
  • ZZ (1994) single Taman Rohani ( Saleem & Arab feat Hillary Ang ) ciptaan M.Nasir & Bob

Pemuzik undangan sunting

  • Sudirman Album - Kul It! (1986) - Lagu 'Kul It'
  • Saleem Album - Dunia (1993) - Lagu 'Bukan Aku Tak Cinta'
  • Jamal Abdillah Album - Suratan Kasih (1996) - Lagu 'Di Sudut Kamar Hatiku'
  • XPDC Album - Unplugged & Acoustic Guitar (1995) - Lagu 'Hairan Bin Ajaib' (Unplugged Version)
  • Slam Album - Kembali Merindu (1996) - Lagu 'Kini Hanya Sepi'
  • Awie Album - Rentap (2000) - Lagu 'Judas' 'Kau Orang Punya Suka' & 'Kau Yang Mula Dulu'
  • Ella Album - Ilham Bicara (2001) - Lagu 'Retak' & 'Jauh Di Mata'
  • Metalasia Album - Silantra...Bermulanya Sebuah Epik (2002) - Lagu 'Naga Sakti'
  • Shima Album - Shima (1990)

Filemografi sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting