Hipólito Yrigoyen

(Dilencongkan dari Hipólito Irigoyen)

Juan Hipólito del Sagrado Corazón de Jesús Irigoyen Alem (12 Julai 1852 – 3 Julai 1933) merupakan Presiden Argentina sebanyak dua kali iaitu dari 1916 ke 1922 dan sekali lagi antara 1928 dan 1930.

Hipólito Irigoyen
Dalam jawatan
12 Oktober, 1916 – 11 Oktober, 1922
12 Oktober, 1928 - 6 September 1930
Didahului olehVictorino de la Plaza (1916)
Marcelo T. de Alvear (1922)
Digantikan olehMarcelo T. de Alvear (1928)
José Félix Uriburu (1930)
Butiran peribadi
Lahir12 Julai 1852
Buenos Aires
Meninggal duniaBuenos Aires
KerakyatanArgentina
Parti politikRadical Civic Union

Awal zaman pemerintahan beliau telah menyaksikan Argentina mencapai tahap yang cemerlang di arena global, di mana pada 1929 negara ini mempunyai KDNK keempat tertinggi di dunia, satu tahap yang tidak pernah dicapai sehingga ke hari ini. Malangnya beliau digulingkan setahun kemudian kerana gagal menangani kemelesetan ekonomi dunia yang teruk pada 1930.

Beliau dilihat orang sezamannya suka menyendiri dan jarang kelihatan di tempat awam sehingga telah dijolok el peludo ("sang armadilo").

Awal hidup sunting

Beliau lahir di Buenos Aires beberapa bulan lama selepas tamatnya Pertempuran Caseros; beliau dilahirkan dan dibaptiskan pada 12 Julai 1852[1][2] kepada Martín Yrigoyen Dodagaray, seorang keturunan Basque Perancis dan Marcelina Alen Ponce, anak seorang anggota pertubuhan La Mazorca yang taat setia kepada Juan Manuel de Rosas.[2][3] Beliau salah seorang daripada lima adik-beradik. Juan dibaptiskan sekali lagi di gereja Nuestra Señora de la Piedad ketika berusia 4 tahun.

Beliau dan abang-abangnya dibesarkan di kejiranan Balvanera dalam bandar raya ini sepanjang usia kecilnya. Beliau belajar di Kolej Katolik San José sebelum melanjutkan pelajarannya ke Colegio de la América del Sud di mana bapa saudaranya, Leandro Alem, bekerja sebagai seorang profesor falsafah. Beliau terpaksa menghentikan pengajiannya buat seketika apabila ayahnya baru mendapatkan beberapa gerabak untuk pengangkutan di pelabuhan kota lalu Juan membantu mengendalikan gerabak-gerabak tersebut.

Kerjaya awal dan penceburan politik sunting

Irigoyen mengambil kerja sebagai seorang profesor sejarah Argentina, pengajaran am dan falsafah semasa berusia 30 tahun di Escuela Normal de Maestros. Beliau pernah dilantik menjadi pengetua sekolah tersebut oleh Domingo Faustino Sarmiento, yang pada ketika itu Presiden Majlis Pendidikan Negara (Consejo Nacional de Educación). Beliau mengajar di sekolah tersebut selama 24 tahun.[4]

Pada 1891 beliau bersama pakciknya telah menjadi pengasas parti Kesatuan Awam Radikal (Unión Cívica Radical, UCR).

Keterlibatan dalam pemberontakan sunting

Leandro Alem membunuh diri siang hari 1 Julai 1896 lalu mengalihkan kepimpinan UCR kepada Hipólito.[5] Namun, kematian bapa saudara Juan Hipólito sangat memilukan hatinya sampai tidak mampu meneruskan kepimpinannya, maka Hipólito mengumumkan kegiatan parti digantung seketika dan semua ketua pulang ke provinsi masing-masing sehingga arahan akan datang.[6]

Namun, beliau tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan dengan menerajui parti yang diasasnya itu. Pada awalnya parti ini telah mengamalkan dasar tidak berkompromi iaitu satu kedudukan yang bercanggah dengan sistem regim kerajaan ketika itu atas dasar "Perjanjian" atau "The Agreement". Ditubuhkan melalui penipuan undi, perjanjian ini merupakan satu formula di mana tampuk pemerintahan berpindah tangan dari satu parti politik ke satu parti politik yang lain. Sistem oligarki ini memastikan bahawa kerajaan akan sentiasa berada dalam tangan parti-parti tertentu sahaja.

Pada mulanya ahli parti UCR telah melancarkan pertentangan bersenjata pada 1893 dan kemudiannya pada 1905.

Revolusi 1905 sunting

Beliau turut dipecat dari pekerjaan mengajarnya Manuel Quintana atas keterlibatan ini.[4]

Pasca-revolusi sunting

Walaupun begitu, Irigoyen telah mengubah dasar ini kepada satu dasar yang lebih aman iaitu pemulauan secara total semua pilihan raya yang telah berlarutan sehingga tahun 1912, apabila Presiden Roque Sáenz Peña terpaksa akur kepada laluan undang-undang Sáenz Peña, yang menjamin hak mengundi sejagat, sulit dan wajib bagi semua lelaki dewasa.

Akta Sáenz Peña merupakan faktor utama kepada pilihan raya demokratik yang pertama di Argentina. Pada tahun 1916, parti UCR telah menyertai pilihan raya dan partinya telah memperolehi kemenangan yang tipis. Namun kemenangan ini telah memberi peluang kepada beliau untuk dilantik sebagai Presiden Argentina pada tahun 1916.

Sebagai Presiden sunting

Jawatannya sebagai Presiden Argentina pada awalnya menghadapi masalah berdepan dengan Senat yang rata-rata dikuasai oleh pihak pembangkang. Malah, sering kali Irigoyen menggunakan campur tangan persekutuan dengan mengisytiharkan darurat di Argentina dan ini hanya mengeruhkan konfrontasi dengan pihak pembangkang. Walaupun begitu, beliau mendapat sokongan padu pengundi golongan pertengahan dan ekonomi Argentina meningkat di bawah kepimpinannya.

Sewaktu Perang Dunia I, beliau telah mengekalkan dasar neutral, satu langkah yang menguntungkan kerana harga daging lembu melonjak sewaktu perang itu meletus dan ini membuka banyak pasaran baru bagi daging dan bijian keluaran Argentina. Pada ketika itu, Argentina terkenal sebagai "bangsal dunia" dan negara ini merupakan antara negara terkaya di dunia. Walaupun Irigoyen berjaya membawa negaranya ke puncak kejayaan, namun Perlembagaan Negara melarangnya daripada bertanding semula untuk pilihan raya 1922. Oleh itu beliau digantikan oleh seorang ahli UCR iaitu Marcelo T. de Alvear. Sewaktu pentadbiran De Alvear, parti UCR telah berpecah kepada dua puak UCR Personalista, yang terdiri daripada penyokong Irigoyen, dan UCR Anti-Personalista, iaitu mereka yang memusuhi Irigoyen dan menyokong De Alvear. Mereka yang pro-Irigoyen dikenali sebagai Personalistas Irigoyenistas ("sahabat peribadi Irigoyen"), satu label yang buruk kerana ia menunjukkan bahawa mereka ini kroni Irigoyen dan terlampau menyanjunginya. Manakala mereka yang memusuhinya pula dipanggil "anti-personalistas".

Pada 1928, selepas penggal Marcelo T. de Alvear tamat, Irigoyen kembali lagi sebagai presiden selepas mendapat kemenangan yang besar. Namun pada usia yang agak lanjut iaitu lewat 70an, ramai yang menganggapnya sebagai seorang yang nyanyuk. Pihak pentadbirannya juga telah menghalang beliau daripada menerima berita-berita terkini termasuk kesan kemelesatan ekonomi dunia yang bakal menimpa negara itu. Akibatnya beliau gagal menangani kemelesetan ekonomi yang melanda negaranya dan juga masalah korupsi yang berleluasa. Pada 24 Dismber, beliau terselamat daripada satu percubaan untuk membunuhnya. Beliau turut dimusuhi pihak fasis dan konservatif daripada tentera dan juga perisiskan; akhirnya beliau digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang diketuai José Félix Uriburu.

Persaraan dan senja hidup sunting

Selepas beliau digulingkan, Irigoyen ditahan dalam rumahnya sendiri dan kerap dipenjarakan di Isla Martín García.

Beliau meninggal dunia di Buenos Aires tahun 1933. Mayatnya dikebumikan di Perkuburan La Recoleta.

Rujukan sunting

  1. ^ "Yrigoyen, en defensa del petróleo nacional Archivado el 29 de octubre de 2014 en la Wayback Machine". El Historiador (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2014.
  2. ^ a b "Primera presidencia de Yrigoyen". País Global. (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2013. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Yrigoyen un hombre de pueblo". Diario Clarín (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Luna, 1986, p. 54.
  5. ^ Luna, 1986, p. 114.
  6. ^ Luna, 1986, p. 113.
  • Luna, Félix (1986). Yrigoyen (dalam bahasa Sepanyol). Hyspamerica. ISBN 950-614-361-7.

Pautan luar sunting