Homogenic ialah album studio ketiga yang dilancarkan oleh penyanyi Iceland, Björk. Album ini telah dilancarkan pada 23 September 1997 oleh One Little Indian dan Elektra Records. Album ini telah ditulis dengan usaha sama bersama Mark Bell daripada kumpulan LFO.

Homogenic
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 September 1997
Dirakamkan padaEl Cortijo Studios, Sepanyol
Ogos 1996–Ogos 1997
TempatUnited Kingdom Edit the value on Wikidata
GenreElektronika, Eksperimental, Trip-Hop
Panjang43:31
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatOne Little Indian
Elektra Records
Polydor Records
PenerbitBjörk
Mark Bell
Guy Sigsworth
Howie B
Ulasan profesional
Kronologi Björk
Telegram
(1996)
Homogenic
(1997)
Selmasongs: Music from the Motion Picture Soundtrack Dancer in the Dark
(2000)
Kulit lain
Keluaran promosi UK
Keluaran promosi UK
Single daripada Homogenic
  1. "Jóga"
    Dikeluarkan: September 1997
  2. "Bachelorette"
    Dikeluarkan: Disember 1997
  3. "Hunter"
    Dikeluarkan: Mac 1998
  4. "Alarm Call"
    Dikeluarkan: Oktober 1998
  5. "All Is Full Of Love"
    Dikeluarkan: Jun 1999
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini telah mencapai kedudukan puncak nombor 4 di Carta Single UK. Di Amerika Syarikat pula, lagu ini telah mencapai kedudukan nombor 28 dan diperakukan emas[1].

Maklumat tentang album sunting

Konsep sunting

Sebelum pembikinan album, Björk ingin membuat sebuah "rekod yang jujur" dan telah bertanya kepada dirinya jika terdapat suatu muzik yang dipanggil "techno Iceland"[2]. Berikutan itu, Homogenic akhirnya lahir daripada ilham tersebut, dengan unsur minimalisme - yakni dengan hanya beberapa alatan: sebuah orkestra alat tali, vokal dan rentak buatan.

Tajuk sunting

Björk telah menamakan album ini sebagai Homogenic, bersempena dengan tema bagi lagu-lagu dalam album ini, iaitu kesatuan dan kesamaan dari segi struktur, penggubahan dan bunyi[3].

Saya menamakan album ini "Homogenic" kerana semua titiknya berwarna merah jambu - tiada hijau atau biru - hanya satu perisa.

Berikutan dengan nama tersebut, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak sedar bahawa "homogenic" bukanlah perkataan Inggeris sebenar dan berkata bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa keduanya.[4]

Senarai lagu sunting

  1. "Hunter" (Björk) - 4:12
  2. "Jóga" (Björk / Sjón) - 5:05
  3. "Unravel" (Björk / Guy Sigsworth) - 3:12
  4. "Bachelorette" (Sjón / Björk) - 5:11
  5. "All Neon Like" (Björk) - 5:53
  6. "5 Years" (Björk) - 4:21
  7. "Immature" (Björk) - 3:02
  8. "Alarm Call" (Björk) - 4:15
  9. "Pluto" (Björk / Mark Bell) - 3:19
  10. "All Is Full Of Love" (Björk) - 4:32

Lagu bonus dalam edisi Jepun sunting

Homogenic edisi Jepun mempunyai beberapa lagu yang ditambah sebagai lagu bonus[5].

  1. "Jóga" (Mix utama Howie B) - 5:00
  2. "Sod Off" - 2:54
  3. "Immature" (Versi Björk) - 2:48
  4. "So Broken" - 5:59
  5. "Nature Is Ancient" - 3:37
  6. "Jóga" (Mix Alec Empire) - 8:44

Senarai lagu dalam keluaran kaset promosi Jepun sunting

  1. "Jóga"
  2. "All Neon Like"
  3. "Dare"
  4. "Immature"
  5. "So Broken"
  6. "Hunter"
  7. "Shape Shifter"
  8. "Unravel"
  9. "Joy"
  10. "Pluto"
  11. "All Is Real"

Perbezaan dengan album keluaran biasa[6]:

  • Lagu "Dare" kemudiannya dipasarkan dengan tajuk "5 Years".
  • Lagu "Shape Shifter" kemudiannya dipasarkan dengan tajuk "Bachelorette".
  • Lagu "Joy" kemudiannya dipasarkan dengan tajuk "Alarm Call".
  • Lagu "All Is Real" kemudiannya dipasarkan dengan tajuk "All Is Full Of Love".
  • "All Is Full Of Love" mengandungi bunyi bes dan bunyi pukulan.
  • "Alarm Call" mengandungi bes dan bunyi pukulan yang berterusan dalam lagu tersebut.
  • "So Broken" tidak mempunyai kesan gema pada bahagian korusnya.
  • "Bachelorette" mempunyai pembukaan akordion yang lebih panjang.

Penerimaan kritikal sunting

Homogenic telah menerima sambutan yang sangat positif dari para pengkritik dan orang ramai. Heather Phares dari Allmusic telah memberi taksiran sebanyak 5 per 5 bintang dan mengatakan album ini lebih dalam secara emosi daripada hasil-hasil kerja Björk sebelumnya serta berpendapat album tersebut merupakan "gabungan sempurna alat tali yang 'sejuk', kegagapan, rentak abstrak, dan sentuhan unik seperti akordion dan harmonika gelas"[7]. Ryan Schrieber dari Pitchfork Media pula mentaksir Homogenic sebanyak 9.9 per 10, mendakwa Björk telah mula mentakrifkan semula apa muzik sebenarnya daripada bagaimana muzik berbunyi[8]. Rolling Stone pula memuji penggandingan dan percanggahan antara alat tali langsung dan rentak buatan, dan akhirnya menamakannya satu daripada album paling berani untuk tahun 1997[9].

Carta dan perakuan sunting

Negara Kedudukan puncak Perakuan Jualan
Australia 6 Emas 35,000
Austria 5
Kanada 20 Emas 50,000+ [10]
Finland 10
Perancis 2 2x Platinum 556,500+
Norway 3
Sepanyol 33
Sweden 5
Switzerland 13
UK 4 Emas 100,000+
Amerika Syarikat 28 Emas 500,000+ [11]
Eropah - Platinum 1,000,000+ [12]

Pengiktirafan dan pencalonan sunting

Pada tahun 1998, album Homogenic telah dicalonkan dalam Anugerah Grammy bagi kategori Persembahan Muzik Alternatif Terbaik (Best Alternative Muzic Performance).

Tahun seterusnya, video bagi satu daripada single Homogenic, iaitu "Bachelorette" telah dicalonkan dalam Anugerah Grammy bagi kategori Video Muzik Pendek Terbaik (Best Short Form Muzic Video}. Video muzik untuk lagu "All Is Full Of Love" juga telah dicalonkan dalam kategori yang sama pada tahun 2000.

Kakitangan sunting

Senarai nama-nama kakitangan adalah seperti berikut:[13]

  • Yasuhiro "Coba" Kobayashi - akordion
  • Björk - penggubah (lagu 2, 4, 6), alat kekunci, lirik (lagu 1, 2, 3, 5, 6, 7, 8, 9, 10), penerbit (lagu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9), pengkarya
  • Eumir Deodato - penggubah (lagu 1, 9), pengorkestra, transkripsi
  • Alexander McQueen - pengarah seni kulit depan
  • Me Company - pengarah seni, rekaan pembungkusan
  • Jon R. Ornolfsson - selo (lagu 1, 2, 6, 9), sesi alat tali
  • Sigurdur Bjarki Gunnarsson - selo (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Mark Bell - pengaturcara dram, alat kekunci, penerbit (lagu 1, 2, 5, 6, 7, 8, 9), pengaturcara, pengkarya (lagu 9)
  • Markus Dravs - pengaturcara dram, pengaturcara, rakaman
  • Trevor Morais - dram elektronik
  • Alasdair Malloy - harmonika gelas
  • Guy Sisgsworth - alat kekunci, organ paip, klavikord, pengkarya (lagu 3), penerbit (lagu 3)
  • Sigurjon Birgir Sigurdsson - lirik (lagu 2, 4), pengkarya (lagu 2, 4)
  • Mark "Spike" Stent - juru adun (lagu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9)
  • Danny Brown - pembantu juru adun
  • James Loughrey - pembantu juru adun
  • Jason Groucott - pembantu juru adun
  • Jason Westbrook - pembantu juru adun
  • Kirsten Cowie - pembantu juru adun
  • Paul "P-Dub" Walton - pembantu juru adun
  • Rebecca Storey - pembantu juru adun
  • Rob Murphy - pembantu juru adun
  • Russell Polden - pembantu juru adun
  • Sie Midway-Smith - pembantu juru adun
  • Katy England - jurustail
  • Nick Knight - penggambaran
  • Howie B. - pengaturcara, juru adun (lagu 2, 10), penerbit (lagu 10)
  • Marius De Vries - pengaturcara
  • Richard Brown - pengaturcara
  • The Icelandic String Octet - alat tali (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Gurdrun Hrund Hardardottir - viola (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Moeidur Anna Sigurdardottir - viola (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Sif Tulinius - biola (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Sigrun Edvaldsdottir - biola (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Sigurbjorn Bernhardsson - biola (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Una Sveinbjarnardottir - biola (lagu 1, 2, 6, 9)
  • Chris Laurence - bes (lagu 4)
  • Mike Brittain - bes (lagu 4)
  • Paul Gardham - bes (lagu 4)
  • Paul Pritchard - bes lagu (lagu 4)
  • Helen Liebmann - selo (lagu 4)
  • John Tunnell - selo (lagu 4)
  • Martin Loveday - selo (lagu 4)
  • Paul Kegg - selo (lagu 4)
  • Tony Stanton - penyalin
  • Frank Ricotti - tali dram tentera
  • Helen Tunstall - hap
  • Jeff Bryant - hon
  • Mark Thompson - hon
  • Isobel Griffiths - kontraktor orkestra
  • Steve Price - rakaman alat tali
  • Steve Hederson - timpani
  • Bill Hawkes - viola (lagu 4)
  • George Robertson - viola (lagu 4)
  • Peter Lale - viola (lagu 4)
  • Roger Chase - viola (lagu 4)
  • Ben Cruft - biola (lagu 4)
  • Gavyn Wright - biola (lagu 4)
  • Jim McLeod - biola (lagu 4)
  • Maciej Rakowski - biola (lagu 4)
  • Mark Berrow - biola (lagu 4)
  • Perry Montague-Mason - biola (lagu 4)
  • Peter Oxer - biola (lagu 4)
  • Roger Garland - biola (lagu 4)
  • Vaughan Armon - biola (lagu 4)
  • Wilf Gibson - biola (lagu 4)

Senarai rujukan sunting

  1. ^ Björk:albums:HOMOGENIC
  2. ^ [1]
  3. ^ [2]
  4. ^ The title "Homogenic" Laman rasmi Homogenic
  5. ^ "77island - Official discography". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-03. Dicapai pada 2009-01-11.
  6. ^ "&&island - Official discography". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-03. Dicapai pada 2009-01-11.
  7. ^ Homogenic Allmusic
  8. ^ Record reviews - Homogenic Pitchfork Media
  9. ^ Bjork - Homogenic Diarkibkan 2007-05-09 di Wayback Machine Rolling Stone
  10. ^ Homogenic charts CRIA
  11. ^ RIAA
  12. ^ [3]IFPI 2001 Awards
  13. ^ http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-Homogenic/release/10744

Pautan luar sunting