Honda Civic (generasi kelapan)

Honda Civic generasi kelapan diperkenalkan pada tahun 2005. Ciri utama generasi ini termasuklah bentuk badan yang futuristik, serta panel meter "dwilapis". Di kebanyakan negara seperti di AS, UK, Jepun dan Malaysia, kesemua model (termasuk model asas) dilengkapi dengan tingkap kuasa, sistem brek cegah kunci (ABS), dan beg udara. Tambahan pula, model 2006 sudah memperoleh pensijilan ULEV-2 (Kenderaan Emisi Lampau Rendah) serta dilengkapi enjin 1.8 liter (bagi model asas) yang lebih berkuasa daripada generasi sebelumnye sambil mengekalkan kadar penggunaan bahan api yang lebih kurang sama.

Generasi kelapan
(FA/FG/FK/FN/FD)
2006-2008 Honda Civic LX sedan (AS)
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran2005-2011
Tahun model2006-2011
PemasanganSwindon, England
Suzuka, Jepun
East Liberty, Ohio, AS
Greensburg, Indiana, AS
Alliston, Ontario, Kanada
Lahore, Pakistan
Pingtung, Taiwan
Gebze, Turki
Sumaré, Brazil
Greater Noida, Uttar Pradesh, India
Ayutthaya, Thailand
Alor Gajah, Malaysia
Vinh Phuc, Vietnam
Santa Rosa, Laguna, Filipina
PendahuluHonda Civic (generasi ketujuh)
PenggantiHonda Civic (generasi kesembilan)
KelasKereta padat
Gaya badanCoupe 2 pintu (FG1/FG2)
Hatchback 3 pintu (FN1/FN2/FN3)
Sedan 4 pintu (FA1/FA3/FA4/FA5/FD1/FD2/FD3/FD4)
Hatchback 5 pintu (FK1/FK2/FK3)
Reka letakFF
Enjin1.0 L A10XEL(LWD) I4 (petrol)
1.2 L A12XEL(LWD) I4 (petrol)
1.3 L LDA-MF5 I4, IMA (Hibrid)
1.4 L L13A7 I4 (pasaran Eropah sahaja)
1.6 L R16A1 I4
1.8 L R18A1 I4
2.0 L K20Z3 I4
2.0 L K20Z2 I4
2.2 L N22A2 I4 turbodiesel
2.4 L K24Z5 I4 185HP
PenghantaranTransmisi automatik 5 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Manual 6 kelajuan
CVT
Jarak roda104.3 in (264 cm) (coupe)
106.3 in (270 cm) (sedan)
103.7 in (263.5 cm) (hatchback)
Panjang174.8 in (441 cm) (2006-08 coupe)
175.5 in (4458 mm) (2009- coupe)
176.7 in (447 cm) (sedan)
167.3 in (425 cm) (2006-08 hatchback)
177.3 in (4503 mm) (2009- sedan)
4,276 mm (168.3 in) (2009- 3-door)
4,245 mm (167.1 in) (2009- 5-door)
Lebar68.9 in (172 cm) (coupe)
69.0 in (175 cm) (sedan)
69.3 in (176 cm) (2006-08 hatchback)
2,046 mm (80.6 in) (2009- hatchback)
Tinggi53.5 in (134 cm) (2006-08 coupe)
55.0 in (2009-10 coupe)
56.5 in (142 cm) (sedan)
57.5 in (146 cm) (2006-08 hatchback)
1,460 mm (57.5 in) (2009- hatchback)
Berat Curb2600 lb (1179 kg) (FG DX coupe)
Muatan50 L (13.2 gelen AS)
BerkaitHonda Element
Acura RSX
Honda Integra
Acura CSX
Honda CR-V

Di pasaran Malaysia, Civic generasi kelapan ini didatangkan dalam varian 1.8 liter, 2.0 liter[1] dan hibrid 1.3 liter.[2] Pada tahun 2010, varian pertengahan 1.8 S-L turut ditambah bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan ciri-ciri utama terpilih pada varian 2.0S tetapi hanya sekadar mahu memilih kuasa enjin 1.8 liter yang lebih menjimatkan.[3] Model Civic 2.0 pasaran Asia dijual di Kanada sebagai Acura CSX serta menggunakan enjin 155 hp K20Z2 yang sama.

Asia , Australia, Afrika Selatan dan Rusia sunting

 
Civic 1.8S 2008 (Malaysia)
 
Civic 1.8S 2008 (Malaysia)

Di pasaran Asia, Pakistan, Rusia, Afrika Selatan dan Timur Tengah, Civic baharu ini mempunyai penstailan yang berbeza dengan versi Amerika walaupun berkongsi pelantar yang sama. Sementara garis lengkuk merentasi bahagian hadapan dikekalkan, lampu kepala terbenam sedikit daripada lengkuk utama untuk penampilan lebih sporty. Bampar hadapan juga mempunyai lebih salur udara dengan sudut yang lebih curam serta bucu yang lebih tajam daripada Civic AS. Sementara itu, lampu belakangnya lebih menyerupai Honda Integra, dengan lampu brek utama yang bulat terbenam sedikit ke lampu isyarat membelok. Jika dibandingkan, lampu belakang Civic AS lebih menyerupai lampu Audi A4. Bahagian dalaman Civic Asia adalah sama seperti Civic AS serta berkongsi stereng tiga jejari yang sama.

Pilihan enjin termasuklan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC yang menghasilkan 140 bhp (104 kW; 142 PS) pada 6300 rpm dan enjin 2.0 liter DOHC i-VTEC(K20Z2) yang menghasilkan 155 bhp (116 kW; 157 PS) pada 6200 rpm, kedua-duanya digandingkan sama ada dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automatik 5 kelajuan (dengan paddle shift pada model 2.0L) dengan sistem pendikit pacu dengan wayar. Terdapat juga varian enjin 1.6 liter khusus untuk pasaran Singapura sahaja untuk membolehkannya memperoleh Sijil Kelayakan Kenderaan (COE) Kategori A yang lebih murah, sementara mengekalkan piawaian yang lebih tinggi daripada varian 1.3 L. Ia menggunakan enjin SOHC i-VTEC 1.6L yang menghasilkan 123 bhp (92 kW; 125 PS) pada 6500 rpm. Untuk versi kereta hibrid, ia menggunakan enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC dengan IMA (Bantuan Motor Bersepadu).

Eropah sunting

 
Honda Civic Type S Eropah 3 pintu.

Civic Eropah (casis FK/FN) ditawarkan sebagai hatchback 3 atau 5 pintu serta dikeluarkan di Swindon, UK. Ia mempunyai penampilan serta sistem gantungan yang berbeza daripada Civic Asia dan Amerika. Direkabentuk oleh Toshiyuki Okumoto[4], reka bentuk bahagian luaran model Eropah adalah yang paling agresif; lengkuk hadapan dikekalkan serta penutup perspeks yang menyerupai kluster lampu menggantikan gril hadapan. Lampu belakang direka dengan gaya yang sama. Lampu kabus hadapan serta liang ekzos belakang berkembar adalah berbentuk segitiga. Bagi model 5 pintu, pembuka pintu belakangnya terletak di bucu tingkap belakang bagi mencipta ilusi seakan model coupe 2 pintu.

Dari segi mekanikal, Civic Eropah berbeza daripada versi Asia dan Amerika kerana ia menggunakan sistem gantungan belakang jenis bim kilasan berbanding sistem double-wishbone pada versi Asia dan Amerika. Sistem gantungan yang lebih padat ini membolehkan Civic Eropah mengekalkan ruangan dalaman yang luas sementara mengurangkan panjang keseluruhannya berbanding pendahulunya. Pilihan enjin termasuklah 1.4 liter i-DSI, 1.6 litre i-VTEC R16A2 (Turki sahaja), 1.8 liter i-VTEC(R18A2) serta 2.2 liter i-CTDi N22A2 turbodiesel. Transmisi manual 6 kelajuan boleh didapati untuk semua pilihan enjin. Versi transmisi separa automatik, dikenali sebagai i-SHIFT boleh didapati untuk model 1.4 dan 1.8 liter. Versi Type R 2.0 liter i-VTEC (K20Z4) petrol berprestasi tinggi juga boleh didapati.

 
2006 Honda Civic Titan (Eropah)

Di dalam, Civic Eropah mempunyai panel meter "dwilapis" yang sama seperti Civic Amerika dan Asia. Namun demikian, Civic Eropah menggunakan liang pendingin udara serta suis berbentuk bulat. Terdapat juga butang penghidup yang menyerupai Honda S2000. Brek tangan diletakkan di kedudukan konvensional iaitu di belakang tombol gear. Varian tertinggi EX turut menampilkan sistem navigasi DVD, serta membolehkan sistem hiburan, navigasi serta telefon bebas tangan dikawal menggunakan perintah suara.


Amerika Utara dan China sunting

 
2006-2008 Honda Civic EX coupe (AS)

Civic Amerika menampilkan panel meter "dwilapis" yang sama seperti versi Asia. Meter laju digital, suhu bendalir penyejuk serta tolok bahan api dipaparkan di bahagian atas manakala bahagian bawah mempamerkan takometer. Honda Civic Hybrid turut menampilkan penunjuk Bantu dan Cas IMA pada paparan bawah.

Si sunting

Civic Si pasaran Amerika Utara ialah varian khas untuk menawarkan pengalaman yang lebih sporty daripada Civic biasa. Ia menawarkan enjin yang lebih berkuasa, transmisi manual 6 kelajuan, tempat duduk sport, serta

 
Honda Civic Si Coupe (AS)

penstailan berbeza. Enjin yang digunakan adalah varian enjin Honda K 2.0 liter, DOHC empat silinder dengan sistem pemasaan injap boleh laras i-VTEC Honda. Ia menghasilkan 197 hp (197 PS/147 kW), 57 hp lebih tinggi daripada Civic DX/LX/EX.[5] Sistem bunyi A 350 Watt, 7 pembesar suara, termasuk subwoofer, turut disertakan bersama-sama gear pembeza gelinciran terhad helikal, kotak gear 6 kelajuan bernisbah rapat, brek yang dinaik taraf, roda aloi 17" dengan tayar musim panas pilihan Michelin, stereng dan tombol gear bersalut kulit, injak perlumbaan aluminium, serta sayap belakang dengan panel meter dengan cahaya latar merah.

Type R sunting

Honda memperkenalkan konsep Type R untuk Civic Eropah pada Pameran Motor Geneva 2006; Type R, berdasarkan hatchback tiga pintu yang dibangunkan untuk pasaran Eropah, mempunyai enjin 4 silinder 2.0 liter yang menghasilkan 201 bhp (150 kW) pada 7800 rpm. Type R menggunakan suspensi MacPherson Strut di hadapan dan torsion beam di belakang. Pada mulanya , ia dianggap lebih ringan daripada Civic standard bagi mengikut falsafah Honda Type R. Alat bantuan pengendalian yang canggih seperti kawalan cengkaman (TCS) dianggap tiada sepenuhnya bagi menghasilkan watak pemanduan yang lebih tulen dan berjiwa. Akhirnya, Honda tetap menyertakan VSA (Bantuan Kestabilan Kenderaan) mereka yang ditala secara khusus untuk model Type R bagi tetap mematuhi falsafah tersebut. TypeR mula dijual di UK pada Februari atau Mac 2007, dan dijadualkan tiba di Australia pada Julai tahun yang sama.

Civic Type R Asia/JDM 4-pintu mula dijual pada 29 Mac 2007. Type R dikuasakan oleh enjin 2.0 liter K20A i-VTEC yang menghasilkan 225 hp (167.8 kW) pada 8000 rpm (hanya dijual di Jepun dan Malaysia sahaja), manakala Type R pasaran lain menghasiljan 201 hp (149.9 kW) pada 7800 rpm dan dilengkapi dengan suspensi sukan yang ditala khas termasuk brek Brembo baharu. Prototaip Type R digunakan sebagai kereta rasmi Formula 1 Grand Prix Jepun tahun 2006. Buat pertama kalinya, Honda mengeluarkan dua model Type R yang berbeza mengikut pasaran.

Civic RR Mugen, model sedan Type R yang telah dinaiktarafkan hanya boleh didapati di Jepun. Mugen RR mengurangkan berat tambahan sebanyak 10 kg (22 lbs) daripada berat Civic Type R standard ((2,733 lb (1,240 kg)). Kesan daripada penurunan berat itu, Mugen RR mempunyai kuasa kuda 15 hp (11 kW) lebih berbanding Jenis R biasa. Model tersebut menghasilkan 240 hp (179 kW) pada 8,000 rpm dan 160 lb⋅ft (217 N⋅m) pada 7,000 rpm.

Bagi melengkapkan kuasa tambahan dan berat yang telah dikurangkan ialah kit badan baharu, brek yang dinaik taraf , suspensi yang ditala semula, rim dan tayar baharu serta tempat duduk sukan Recaro. Ketersediaan terhad kepada 300 kereta, semuanya dalam kemasan Merah Milano yang ditunjukkan.

Civic Type R sedan 4-pintu (Jepun)
Civic Type R hatchback 3-pintu (Australia)
Civic Type R Mugen RR (Jepun)

Rujukan sunting

  1. ^ Tan, Paul (2006-03-09). "2006 Honda Civic – in depth". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2022-11-14.
  2. ^ Tan, Paul (2009-02-10). "Honda Civic Hybrid gets new price: RM 129,980". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2022-11-14.
  3. ^ "Honda Civic 1.8S-L launched – new variant blends 1.8-litre economy with 2.0-litre luxuries". Paul Tan's Automotive News. 15 Julai 2010. Dicapai pada 14 November 2022.
  4. ^ "Your Granny wouldn't like it". Autocar. 2005-03-14.
  5. ^ "2008 Honda Civic Review and Specs". JB car pages.

Pautan luar sunting