Hospital Bentong merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Pahang, Malaysia.

Hospital Bentong
Kerajaan
Geografi
LokasiBentong, Pahang,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawangLaman sesawang utama Hospital Bentong

Hospital Bentong adalah salah sebuah daripada 11 buah hospital di Negeri Pahang. Mula beroperasi pada tahun 1920-an. Daerah Bentong mempunyai populasi lebih kurang 119,000 orang. Jabatan pesakit luar dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 30 Jun 1966 dan ia berkeluasan 7.8 ekar.

Didirikan di tengah pusat bandar Bentong. Hospital ini telah mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian yang gemilang. Antaranya Pemenang Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) Tempat ke-2 Tahun 2005, dicalonkan sebagai Finalist Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2005, calon Finalist Untuk United Nation Public Service Award 2006 serta Finalist Anugerah Inovasi Peringkat Komanwel ( C.A.P.A.M ) Tahun 2006.

Diterajui oleh Dato’ Dr. Chandra Sekanan Raman, Hospital Bentong komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan/pesakitnya. Ia selaras dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia; Kami Sedia Membantu.

Alamat sunting

Hospital Bentong
28700 Bentong
Pahang
Malaysia

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting