Hospital Pakar Sultanah Fatimah

hospital kerajaan di Muar, Johor, Malaysia

Hospital Pakar Sultanah Fatimah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia diasaskan sekitar tahun 1900 di Jalan Petri, Muar dan dikenali ketika itu sebagai Dispenseri Kerajaan. Perkhidmatan kesihatan umum berpindak ketapak sekarang di Jalan Salleh pada tahun 1918 dengan siapnya perancangan bandar bagi Muar. Bermula pada tahun 1920-an, hospital ini dikenali sebagai Hospital Daerah Muar dalam pembangunan sehingga sekarang. Ia ditukar dan diisytihar dengan nama baru Sultanah Fatimah Specialist Hospital selaras dengan status dipertingkatkan sebagai hospital pakar oleh Yang Mulia Sultanah Johor, Sultanah Zanariah pada 13 Oktober 2003.

Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Kerajaan
Bangunan utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Hospital Pakar Sultanah Fatimah is located in Bumi
Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Hospital Pakar Sultanah Fatimah (Bumi)
Geografi
LokasiMuar, Johor,  Malaysia
Koordinat2°N 103°E / 2.°N 103.°E / 2.; 103.Koordinat: 2°N 103°E / 2.°N 103.°E / 2.; 103.
Organisasi
PembiayaanAwam
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawangLaman Utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Jabatan Kecemasan dan Trauma

Hospital ini merupakan hospital ke-3 paling penting di Johor selepas Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail. Ia juga merupakan pusat rujukan bagi hospital zon utara bagi negeri Johor yang merangkumi daerah Batu Pahat, Segamat dan Tangkak. Tambahan lagi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah turut memainkan peranan sebagai 'Hospital Latihan' bagi pelajar perubatan Kolej Perubatan Melaka Manipal.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan pegawai perubatan latihan siswazah daripada lulusan universiti dalam dan luar negara sama ada warganegara atau sebaliknya. Konsep yang diguna pakai bersifat perkhidmatan perubatan peringkat kedua ("secondary center").

Alamat sunting

Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Jalan Salleh
84000 Muar
Johor Darul Takzim
Malaysia

Rujukan sunting

Pautan luar sunting