Hu atau Huwa adalah nama Allah dalam Sufisme. Secara harfiahnya bererti "Dia". [1] Perkataan Hu muncul dalam surah Al-Ikhlas sebanyak dua kali: satu kali dalam ayat pertama, dan satu kali dalam ayat terakhir iaitu ayat keempat. Ayat pertama: Arab: قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌۚ Latin: qul HU Allāhu aḥad Ertinya: Katakanlah, DIA Allah Yang Esa. Ayat kedua: Arab: اَللّٰهُ الصَّمَدُۚ Latin: allāhuṣ-ṣamad Ertinya: Allah tempat meminta segala sesuatu. Ayat ketiga: Arab: لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْۙ Latin: lam yalid wa lam yụlad Ertinya: Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Ayat keempat: Arab: وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ Latin: wa lam yakun laHU kufuwan aḥad Ertinya: Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan DIA. Dalam Sufisme Hu adalah istilah lain yang digunakan untuk Allah, dan digunakan sebagai nama Allah. Allah Hu bererti "Allah, satu-satunya Dia!" Dalam bahasa Arab, Hu sebagai tambahan intensif untuk perkataan Allah, sehingga Allah Hu bererti "Allah itu sendiri." Hu juga ditemukan dalam lafaz Islam La Ilaha Ilallah Hu: "Tidak ada Tuhan kecuali Allah," atau dalam intepretasi Sufi "Tidak ada kenyataan, kecuali Allah." [2]

Hu terukir diatas sebuah batu nisan dari Turki pada era Uthmaniyyah.

Ringkasan sunting

Terma perkataan Hu adalah merujuk kepada Sang Pencipta, Tuhan (Allah). Perkataan ini sering dihubungkan dalam banyak kebudayaan dan agama. Sebagai permisalan, perkataan Hu turut digunakan oleh kebanyakan masyarakat Mesir Purba [1] dan segelintir masyarakat Druid.[2] Diarkibkan 2009-09-22 di Wayback Machine

Others speculate that the pronoun when used by the Sufi (and Muslim) is simply a shorter form of the Hebrew Tetragrammaton due to the similarities between Surah Al-Ikhlas 112:1 in the Al-Quran [3] Diarkibkan 2010-03-25 di Wayback Machine and Deuteronomy 6:4 in the Hebrew Bible. [4]

  • Surah Al-Ikhlas (112:1) - Say: He, Allah, is One. Terjemahan kedalam bahasa Melayu; Katakanlah: Dia, Allah, ialah Yang Maha Esa.
  • Deuteronomy 6:4 - Hear, O Israel: the LORD our God, the LORD is one. Terjemahan kedalam bahasa Melayu; Dengar, O Bani Israel: TUHAN itu ialah TUHAN kita, TUHAN itu satu.
    • Terjemahan : shema ysrael yahowah elohynu yahowah achad

Pautan luar sunting