Hubungan Amerika Syarikat–China

Hubungan China - Amerika Syarikat agak kompleks, mereka bukan rakan dan bukan juga lawan. Dasar terbuka Republik Rakyat China membolehkan ekonomi China melonjak hingga memiliki pariti kuasa beli (PPP) kedua terbesar di dunia, hanya di belakang Amerika Syarikat. Amerika dan banyak negara lain kini berlumba-lumba melabur di China.

Hubungan China-Amerika Syarikat
Peta menunjukkan lokasi China dengan USA

China

Amerika Syarikat

Diaspora China sunting

Penduduk China lebih 1000 juta orang sedangkan Amerika mempunyai 200 juta penduduk sahaja. Diaspora China terdapat di mana-mana termasuk di Amerika dan terdapat komuniti 'Chinatown' di mana-mana.

Era Perang Dingin sunting

China mengamalkan dasar sosialis dan komunis dan menjadi rakan sekutu Russia, Cuba dan jerman Timur. Sungguhpun China tidak mempunyai kuasa veto di PBB

Penempatan 1300 tentera Amerika di pulau Okinawa sebagai perisai terhadapn serangan Russia dan China. Pada 2010,

Negara Taiwan sunting

China sejak dahulu tidak mengiktiraf Taiwan sebagai negara yang merdeka. PBB sendiri mengggunakan istilah Chinese Taipei. Seluruh dunia terpaksa menghormati pendirian China itu kerana akur dengan sejarah lama China.

Amerika membekalkan senjata kepada Taiwan - sebuah negara dalam negara. China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya. Sedangkan Taiwan mempunyai presidennya sendiri. Pada 1997, China mengambil alih kepulauan Hong Kong setelah perjanjian dengan Britain tamat.

Taiwan membeli helikopter jarak jauh EC225 berharga AS$110 juta (RM374 juta). Helikopter itu digunakan untuk menjalankan misi menyelamat di laut, darat dan pergunungan sama ada siang atau malam hari.AS juga memberi pakej ketenteraan bernilai AS$6.4 bilion (RM21.8 bilion) kepada negara pulau ini yang dituntut Beijing sebagai wilayahnya.

Pakar politik Universiti Soochow di Taipei, Hsu Yung-ming berpendapat hubungan erat Presiden Republik China Ma Ying-jeou dengan tanah besar sejak 2008 tidak akan terjejas. Republik China di Taiwan dibentuk pada 1949.[1]

Tibet dan Damai Lama sunting

Pada 19 Februari 2010, duta Amerika di Beijing, Jon Huntsman menerima notis bantahan dari China berhubung pertemuan Dalai Lama Tenzin Gyatso dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Timbalan Menteri Luar China, Cui Tiankai memberi isyarat keras kepada Amerika. Obama dan Dalai Lama adalah pemenang Hadiah Keamanan Nobel. Obama pernah bertemu dengan Dalai Lama pada 1991.

Pada 18 Februari 2010, Obama dan setiausaha negara Amerika Syarikat Hillary Clinton bertemu dengan Dalai Lama. China menganggap Dalai Lama sepabagi pejuang kemerdekaan Tibet dan pertemuan itu tidak wajar. Ia seolah-olah Amerika mahu campur tangan dala hal ehwal China dan mencabar maruah negara itu. Amerika seharusnya tahu tentang sentimen anti China di Tibet dan pejuang pemisah yang semakin meningkat di Tibet. Dalai Lama bukan sekadar pemimpin spiritual/ rohani tetapi juga pejuang kemerdekaan Tibet.[2]

Dalai Lama berharap agar ada solusi di Tibet. Masalah orang Tibet dengan orang China perlu diselesaikan. Tidak harus berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk China ke Tibet sehingga mengubah demografi di Tibet. Demokrasi dan hak asasi manusia di Tibet mestilah dipertingkatkan.

Sekatan Internet dan Google sunting

China menapis capaian kepada banyak laman web lucah dan anti China. Tapisan Internet amat mengecewakan enjin gelintar Google. google.cn ialah enjin gelintar ke-2 terbesar di China. Pengurusan Google bercadang menamatkan perkhidmatannya di China jika tapisan ketat terus dilakukan. E-mel Google telah diceroboh oleh seseorang dari China pada Januari 2010[3] tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan China. China bimbang apa yang berlaku di Iran akan merebak ke China dan tidak terkawal lagi.

Kebangkitan ekonomi sunting

China menerima amalan pasaran bebas. Amerika ,Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan ASEAN turut berusaha agar China makmur dan terus meninggalkan komunisme. Soviet Union dan politik komunisme tumbang pada 1989.

Rujukan sunting

  1. ^ Eropah pula jual helikopter kepada tentera Taiwan Utusan
  2. ^ Dalai-Obama meet: China lodges strong protest
  3. ^ "Google 'may end China operations over Gmail breaches'". BBC. 12 Januari 2010.

Pautan luar sunting