Hubungan Iran–Malaysia

(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia–Iran)

Hubungan Malaysia - Iran tidak begitu intim walaupun sesama negara Islam kerana bimbang Revolusi Iran 1979 dan Syiah 'dieksport' ke Malaysia [perlu rujukan]. Secara umumnya Malaysia lebih rapat dengan negara Islam dari aliran Sunnah seperti Arab Saudi, Pakistan dan Mesir.

Hubungan Iran-Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Iran dengan Malaysia

Iran

Malaysia

Sistem beraja sunting

Sebelum 1979, Iran mengamalkan sistem beraja sama seperti di Malaysia. Shah iran mendapat bantuan dan sokongan daripada kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat.

Syiah sunting

Ajaran Syiah menjadi mazhab atau firkah utama di Iran. Ulama dan umat Islam di Malaysia tidak dapat menerima konsep Alilullah. Pada 2011, fatwa Malaysia menyatakan Syiah ajaran sesat. Walau bagaimanapun, pengikut Syiah dibenarkan mengamalkan ajaran mereka tanpa berdakwah kepada Muslim lain.[1] Aliran Syiah adalah kedua dominan selepas Sunnah.

Revolusi Iran sunting

Ahli politik dan pelajar aliran agama cukup prihatin dengan kejayaan Ayatollah Ruhollah Khomeini yang melanarkan Revolusi Iran pada Januari 1979. Sejak itu, iran dilihat sebagai kuasa baru Islam di dunia menggantikan Arab Saudi dan Mesir.

Parti PAS dan Persatuan Ulama Malaysia mengwar-warkan kepimpinan ulama sebagaimana kejayaan ulama di Iran. Ulama dilihat dapat menyeimbangi umara.

Tenaga nuklear sunting

Malaysia menyokong Iran dalam pembangunan tenaga nuklear. Amerika Syarikat menuduh Iran, Syria dan Korea Utara sebagai paksi kejahatan.

Pada 5 November 2009, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas sebuah subsidiari Bank Mellat milik Iran yang beroperasi Malaysia kerana dikatakan membantu membiayai perkembangan senjata pemusnah besar-besaran.Kononya Bank Mellat telah ‘membantu berjuta-juta dolar untuk program nuklear Iran’.[2] Pengerusi Bank Mellat, Ali Divandari turut dikenakan sekatan. Bank lain ialah Bank First East Export PLC yang berpusat di Labuan.

Pada 9 Ogos 2010, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan Duta Besar Iran ke Malaysia Prof Dr Mohammad Mehdi Zahedi menawarkan kepakaran teknologi nuklear.[3] Pada Julai 2010, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan nuklear sebagai penjana elektrik ditimbangkan selepas Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear (NPIDP) 2013.

Iran merayu Malaysia menyertai Hari Bersuara atau 'Voice Day' pada hari Jumaat, 1 Syawal 2010 untuk menyokong perjuangan Palestin menentang Israel.

Kerjasama politik sunting

Presiden Mahmoud Ahmadinejad, pernah ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) pada 8 Julai 2008.[4]

Persatuan ahli parlimen Malaysia-Iran hendak ditubuhkan. DDatuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis telah berbincang dengan Presiden Iran Ahmadinejad di Kuala Lumpur 2008. Ahmedinejad cukup optimis bahawa Amerika Syarikat akan runtuh tidak lama lagi.

Kerjasama ekonomi sunting

Syarikat Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn. Bhd. menjadi pengedar minuman di Malaysia. Ketua pengarahnya, Mahdi Bagherian menyataskan minuman malt yang dibuat di Iran itu mempunyai 10 perisa termasuk perisa asli malt, epal, mangga, nenas, lemon, buah pear, strawberi dan delima. Malaysia mempunyai 13 juta penduduk Islam. Malaysia sesuai dijadikan hab pemasaran Brunei dan Indonesia.[5]

Tilawah al Quran sunting

Hanya qari dari Iran dihantar ke Malaysia untuk menyertai Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa. Qariah tidak dihantar kerana suara wanita adalah aurat. 9 orang qari dari Iran menjadi johan tilawah termasuk Hossein Saeid Rostami Tabrizy pada 2006.

Keldai dadah sunting

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Datuk Zulhasnan Najib Baharudin mendedahkan rakyat Iran menjadi keldai dadah. Sebanyak 9 kes penyeludupan dadah Syabu warga Iran antara Januari-Februari 2010 dengan nilai rampasan RM10.5 juta. 39 orang berjaya ditahan dan 34 orang adalah warga Iran.

Pada 9 Februari 2010, Polis Bukit Aman menahan wanita Iran bersama 2 lelaki, transit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tiba di KLIA. Polis menemui 5 kilogram syabu dalam dua buah beg pakaian yang dibawa, yang disorokkan di dalam satu ruang khas. Seterusnya rampasan 3 kg syabu di kondominium di Kota Damansara. Seterusnya 5 lelaki Iran ditahan di lobi KLIA. Kesemua mereka memiliki dokumen perjalanan sah melalui tiket pelancong.Mereka ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Mereka dipercayai `keldai dadah' yang diupah sindiket antarabangsa untuk pasaran serantau.[6]

Perdagangan senjata nuklear sunting

Dr Azmi Hassan selaku felo ISIS Malaysia menyatakan Malaysia dikaitkan dengan rangkaian nuklear haram (2004) dan tuduhan dua syarikat Malaysia mengeksport teknologi terlarang ke Iran.

Pada 2004, Malaysia telah dituduh sebagai salah sebuah negara rangkaian pasaran gelap nuklear Abdul Qader Khan dari Pakistan. Malaysia diperalatkan kerana tidak adanya Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010. Malaysia mudah dijadikan sarang penularan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) .

Pada 2007, Jilani Humayun rakyat Pakistan-Amerika telah didapati bersalah melanggar Akta Pengawalan Eksport Senjata AS. Humayun mempergunakan syarikat berdaftar di Malaysia untuk mengeksport alat ganti jet pejuang Northrop F5 dan F-14 Tomcat dan juga helikopter Chinook CH-47 ke Iran. Humayun telah mengisytiharkan bahawa alat ganti jet pejuang dan helikopter tersebut adalah untuk kegunaan tentera Arab Saudi.

Tahun 2009, dua syarikat Malaysia iaitu Eco Biochem Sdn. Bhd. dan Vast Solution Sdn. Bhd. serta dua individu iaitu Brian Kaam, (rakyat Malaysia) dan Majid Seif (rakyat Iran) yang menetap di Malaysia telah dibicarakan di AS atas tuduhan mengeksport senjata terlarang ke Iran. Mereka berhadapan 13 pertuduhan dan didakwa di Mahkamah Daerah Selatan Florida. Di antara pertuduhan itu termasuk konspirasi, melanggar peraturan di bawah peruntukan undang-undang kawalan eksport AS.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Malaysia bans Shias for promoting their faith Daily Times
  2. ^ AS kenakan sekatan ke atas subsidiari bank Iran di Malaysia Utusan Malaysia Online
  3. ^ Iran tawar kepakaran nuklear pada M'sia
  4. ^ Malaysia-Iran setuju tubuh Persatuan Ahli Parlimen Utusan Malaysia Online
  5. ^ Minuman malt tanpa alkohol di Mihas Utusan Malaysia Online
  6. ^ Tujuh Lagi Warga Iran Ditahan Dalam Kes Rampasan Syabu Bernama
  7. ^ "Apabila hujah tidak bernas — Dr Azmi Hassan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2010-04-22.