Hubungan Arab Saudi–Malaysia

(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Arab Saudi)

Hubungan Malaysia - Arab Saudi (Arab: العلاقات السعودية-الماليزية) merujuk kepada hubungan sosial, ekonomi dan politik antara negara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi. Kedua-dua negara ini mengamalkan sistem feudal. Arab Saudi diperintah oleh Raja, sementara Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri.

Ibadah haji sunting

Malaysia sebagai negara Islam, ramai penduduknya mengerjakan haji dan umrah di Masjidil Haram di kota Makkah, Arab Saudi. Rakyat Malaysia yang hendak melancong mengerjakan umrah dan haji perlu mendapatkan visa dari kedutaan Arab Saudi di Malaysia. Beberapa kali jemaah umrah dan haji terkandas di lapangan terbang kerana visa tidak dikeluarkan kerana tidak memenuhi prosedur yang sepatutnya.

Arab Saudi menetapkan dasar setiap sejuta rakyat, 1000 orang boleh mengerjakan haji setiap tahun. Oleh itu kuota Malaysia ialah 24 ribu orang boleh mengerjakan haji di Makkah setiap tahun. Malaysia dan negara lain terpaksa patuh kerana Masjidil Haram semakin sempit, dikelilingi oleh hotel dan kompleks swasta.

Jemaah haji diangkut ke Jeddah menerusi Malaysia Airlines dan AirAsia. Arab Saudi ada juga menyediakan kapal terbang Saudi Arabian Airlines untuk membawa jemaah haji. Hotel moden berdekatan dengan Baitullah dibina bagi memudahkan jemaah haji berulang-alik untuk sembahyang fardhu 5 waktu.

Kontraktor Malaysia sunting

Beberapa syarikat dari Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk dan membina semula kota Makkah khususnya di sekeliling Masjidil Haram. Kerjasama antara kerajaan dan swasta memang terserlah.

Syarikat Arab Saudi iaitu Bin Laden Group telah membina masjid di Putrajaya dan KLIA. Syarikat Putaran Mutiara Sdn. Bhd bekerjasama dengan Bin Laden Internasional. Syarikat ini juga menjalankan usahasama ternakan udang harimau di kawasan sawah padi di Kerpan, Kedah untuk dieksport ke luar negara.

Mazhab Hanbali dan Wahabi sunting

Umat Islam di Malaysia tidak dapat menerima aliran Wahabi tetapi dapat menerima kelainan dengan mazhab Hanbali yang diamalkan di Arab Saudi. Negara Arab Saudi adalah pendokong Wahabi yang utama dan jemaah haji Malaysia dapat menerimanya ketika mengerjakan haji. Setiap kali sembahyang, jemaah akan berimamkan imam dari golongan Wahabi di Makkah.

Antara kelonggaran dan perbezaan yang ketara ialah tentang talqin, qunut, kubur dimusnah, artifak sejarah para sahabat dimusnahkan, cara jenazah diurus dan dikebumikan. Bersentuhan lelaki dan perempuan, kentut, Bismillah dan pelbagai lagi yang berkait dengan soal titik-bengik tetapi besar di Malaysia. Jemaah haji juga akur tidak mengunjungi makam Nabi Muhammad di Madinah - niat diperbetulkan.

Sistem feudal sunting

Dasar luar Malaysia tidak mencampuri politik Arab Saudi yang tidak memilih pemimpin menerusi sistem demokrasi / pilihan raya. Bagi negara Barat, sistem feudal dianggap tidak demokratik kerana tidak membenarkan rakyat bersuara memilih pemimpin yang layak. Arab Saudi memilih sultan dari kerabat diraja Saud. Namun begitu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah membenarkan kerabat diraja terus berkuasa negara-negara Timur Tengah kerana faktor petrodolar. Negara Barat cukup bimbang dengan sekatan petroleum tahun 1973 yang dianjurkan oleh Zaki Yamani.

Pada 2003, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Abdullah Ahmad kerana mengkritik sistem pemerintahan feudal di Arab Saudi dalam surat khabar New Straits Times[1].

Hubungan sosial dan budaya sunting

Rakyat Malaysia kurang / tidak dapat menerima pemimpin politik yang berjubah sebagaimana di Arab Saudi. Mereka yang berjubah dan serban dianggap konservatif dan jumud. Sebaliknya pemimpin yang bertali leher dan berbaju kot dianggap modernis.[perlu rujukan]

Jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah dianggap lebih baik. Mereka yang dikebumikan di Arab Saudi tidak berbatu nesan. Dapat pula rakyat Malaysia menerima adat budaya sebegitu.

Ramai yang ingin menetap di Arab Saudi kerana mudah solat berhampiran Baitullah. Rakyat yang menyelinap ke Makkah untuk mengerjakan haji tanpa visa akan ditangkap. Pelajar Malaysia di Timur Tengah mengambil peluang menjadi peniaga pada musim haji.[perlu rujukan]


Masalah bahasa tidak timbul semasa musim haji, Ramai peniaga mahir atau fasih bertutur bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Ramai juga pemandu dan peniaga dari kalangan rakyat Indonesia. Penggunaan kamera dan telefon berkamera dilarang keras semasa mengerjakan haji dan umrah. Namun begitu ada rakyat Malaysia mengambil risiko merakam suasana di Masjidil Haram.

Rakyat Malaysia turut terbunuh semasa bersesak-sesak masuk dan keluar di Jambatan Jamaraat pada 23 Mei 1994 dan 9 April 1998. Tragedi ini berlaku semasa dan selepas melontar jamrah.

Era Najib Tun Razak sunting

Pada 16 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan lain-lain mengunjungi Penjaga Dua Rumah Suci, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud. Rombongan itu turut mengerjakan umrah di Makkah dan lawatan ke Madinah.

Perdana Menteri bertemu dengan rakyat Malaysia di Arab Saudi, petugas di Sekretariat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Bank Pembangunan Islam (IDB), wakil Kelab Melayu Jeddah (KMJ) dan Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC).

Sebelum itu Najib berada di Sharm El-Sheikh, Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).[2]

Pada 17 Januari 2010, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Arab Saudi. Beliau menerima anugerah 'King Abdul Aziz Order of Merit' (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud . Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pernah menerima anugerah tertinggi itu.

Usahasama antara PetroSaudi International Ltd 1Malaysia Development Bhd untuk melabur di Malaysia. Syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembangunan semula kota suci Mekah. Najib turut berbincang dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al-Faisal. Rosmah pula melawat Universiti Al Faisal dan Yayasan Raja Faisal - yayasan kebajikan terbesar di dunia.[3]

Lawatan negara Raja Salman sunting

Pada 26 Februari 2017, Raja Salman telah melakukan lawatan negara ke Malaysia selama 4 hari. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan perkara berkaitan haji dan memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang berkaitan. Lawatan ini merupakan lawatan sulung baginda ke Malaysia selepas menaiki tahta pada 23 Januari 2015 untuk menggantikan abang tirinya, Almahrum Raja Abdullah yang mangkat pada 23 Januari 2015. Lawatan ini adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Baginda tiba di Malaysia dengan diiringi 600 anggota termasuk kerabat diraja dan menteri Kabinet Arab Saudi. [4] Selepas tiba, baginda diberi sambutan negara di Dataran Parlimen. Upacara sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das. Baginda kemudian diperkenalkan dengan Jemaah Menteri dan perwakilan diplomatik asing. [5] Raja Salman dijadual mengadakan mesyuarat terhad bersama Dato Sri Najib Razak. Selepas itu, mesyuarat delegasi serta majlis jamuan rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor. Kali terakhir Raja Arab Saudi melawat ke Malaysia ialah pada tahun 2006 oleh Almarhum Raja Abdullah. Lawatan pertama oleh Almarhum Raja Faisal ialah pada 1970.

Rujukan sunting

  1. ^ "Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-04. Dicapai pada 2010-01-17.
  2. ^ PM Lakukan Lawatan Kerja Empat Hari Ke Arab Saudi, Bernama
  3. ^ Najib Dianugerahi Anugerah Oleh Raja Abdullah
  4. ^ Raja Arab Saudi tiba ke Malaysia bersama delegasi, Malaysiakini
  5. ^ Raja Salman Abdulaziz Diberi Sambutan Negara Diarkibkan 2017-02-27 di Wayback Machine, My News Hub