Hukum Avogadro (Hipotesis Avogadro, atau Prinsip Avogadro) merupakan satu hukum gas yang dinamakan sempena Amedeo Avogadro, yang membuat suatu hipotesis pada tahun 1811 bahawa:

Gas-gas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang sama.

Justeru, bilangan molekul pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz atau jisim molekul gas itu. Contohnya, gas hidrogen dan gas nitrogen pada isi padu yang sama mempunyai bilangan molekul yang sama, sekiranya pada suhu dan tekanan yang sama.

Aspek kecil hukum ini boleh dinyatakan secara matematik seperti ini:

.

yang:

V ialah isi padu gas.
n ialah bilangan mol gas itu.
k ialah pembolehubah tetap.

Akibat Hukum Avogadro yang terpenting adalah berikut: Pembolehubah tetap gas unggul mempunyai nilai yang sama pada semua gas. Ini bermaksud bahawa pembolehubah tetap

yang:

p ialah tekanan gas
T ialah suhu gas

mempunyai nilai yang sama untuk semua gas, bebas daripada saiz dan jisim molekul gas.

Satu mol sesuatu gas unggul adalah sebanyak 22.4 liter (dm3) pada STP, dan merangkumi 24.45 liter pada SLC (Keadaan bilik = 25 darjah Celsius dan 1 atm/101.3kPa). Isi padu ini sering dirujuk sebagai isi padu molar sesuatu gas unggul. Gas sebenar mungkin akan menyimpang daripada nilai ini.

Bilangan molekul dalam satu mole dipanggil nombor Avogadro: kira-kira 6.022×1023 zarah setiap mol.

Hukum Avogadro, berserta hukum gas gabungan, membentuk hukum gas unggul.