Hukum Godwin (juga dikenali sebagai Peraturan Godwin untuk Analogi Nazi)[1] merupakan sebuah pepatah yang dihuraikan oleh Mike Godwin pada tahun 1990. Hukum ini menyatakan bahawa:[2]

Selagi sesuatu perbincangan atas talian berterusan, kemungkinan sesuatu perbandingan yang melibatkan Nazi atau Hitler mendekati satu.

Hukum Godwin sering dipetik dalam perbincangan atas talian sebagai amaran terhadap penggunaan perbandingan yang melampau dan mengapi-apikan perasaan.

Hukum ini tidak membuat apa-apa pernyataan tentang sama ada rujukan atau perbandingan kepada Adolf Hitler atau para Nazi adalah sesuai, tetapi hanya menyatakan bahawa kemungkinan untuk sesuatu rujukan atau perbandingan yang sebegini untuk dimulakan adalah meningkat. Ini kerana kadangkala sesuatu perbandingan atau rujukan sebegini mungkin sesuai, Godwin menuduh [3] bahawa penggunaan perbandingan Nazi dan Hitler yang berlebihan sepatutnya dielakkan, kerana ini akan menjejaskan perbandingan yang sesuai.

Walaupun dalam salah satu bentuk awalnya Hukum Godwin khas merujuk kepada perbincangan newsgroup Usenet, [4] kini hukum ini dipakai untuk apa-apa saja perbincangan atas talian: senarai mel elektronik, papan pesanan, bilik perbualan, dan yang lebih baru komen dalam blog dan laman perbincangan wiki.

Godwin menyatakan bahawa beliau memperkenalkan Hukum Godwin sebagai sebuah eksperimen dalam memetik.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "How to post about Nazis and get away with it — the Godwin's law FAQ". Dicapai pada 2006-05-07.
  2. ^ a b Godwin, Mike (2004-10-01). "Meme, Counter-meme". Wired. Dicapai pada 2006-03-24. Check date values in: |year= (bantuan)
  3. ^ Cyber Rights: Defending Free Speech in the Digital Age
  4. ^ Godwin, Mike (1991-08-18). "Re: Nazis (was Re: Card's Article on Homosexuality". Kumpulan beritarec.arts.sf-lovers. 1991Aug18.215029.19421@eff.org. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting