Hukum Hess menyatakan bahawa dalam satu tindak balas kimia, perubahan haba atau entalpi, ΔH yang berlaku adalah malar, sama ada tindak balas itu berlaku satu langkah atau melalui beberapa langkah tindak balas. Dalam kata lain, cuma keadaan awal dan keadaan akhir yang penting, dan jalan di antaranya tidak. Hukum Hess dinamakan sempena ahli kimia dan perubatan, Germain Hess yang mengemukakan hukum ini pada 1840.

Huraian sunting

Dalam Hukum Hess, nilai perubahan entalpi dari awal hingga akhir sesebuah tindak balas kimia adalah sama, tidak kira sama ada tindak balas itu adalah terus atau terdiri daripada beberapa tindak balas yang lebih kecil.

Hukum Hess membenarkan nilai perubahan entalpi sebuah tindak balas boleh dikira meskipun secara tidak terus dengan menggunakan operasi algebra berdasarkan persamaan-persamaan kimia yang membentuk tindak balas induk.

Melalui hukum Hess, perubahan entalpi tindak balas boleh diukur berdasarkan entalpi piawai pembentukan bahan-bahan serta hasil-hasil tindak balas, yakni:

 

dengan:

  •   ialah perubahan entalpi tindak balas, dan
  •   dan   ialah hasil tambah entalpi piawai pembentukan hasil-hasil serta bahan-bahan tindak balas (yang didarab dengan pekali stoikiometri kalau ada) masing-masing.

Pautan luar sunting