Taman Negeri Royal Belum

(Dilencongkan dari Hutan Belum)

Taman Negeri Royal Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 300, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semula jadi dan digazetkan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.[1] Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Taman Negeri Royal Belum
Koordinat5°32′58.91″N 101°20′52.4″E / 5.5496972°N 101.347889°E / 5.5496972; 101.347889Koordinat: 5°32′58.91″N 101°20′52.4″E / 5.5496972°N 101.347889°E / 5.5496972; 101.347889
Luas117,500 he (290,000 ekar)
Didaftarkan3 Mei 2007
PengendaliPerbadanan Taman Negeri Perak
Laman sesawanghttps://www.royalbelum.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder.[2]

Sejarah sunting

Taman Negeri Royal Belum dipercayai telah wujud selama lebih dari 130 juta tahun, menjadikannya salah satu hutan hujan tertua di dunia, lebih tua dari Hutan hujan Amazon dan Hutan hujan Kongo.[3]

Hutan ini mendapat nama sempena daripada nama sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama.[4] "Belum" adalah bunyi yang dikeluarkan oleh serangga kayu yang berbunyi seperti “Belummm, Belummm”.[5][6]

Taman negeri ini pernah mempunyai perkampungan masyarakat lama Melayu, Kampung Lama Belum yang terletak di tengah-tengah Hutan Belum.[4] Tasik yang mengelilingi hutan ini awalnya terdapat perkampungan Orang Asli suku Jahai, iaitu suku Negrito yang mendiami tanah Semenanjung.[7][4][2] Hutan Belum menjadi salah satu tempat persembunyian pihak British. Sejak 1952, pihak British telah mengarahkan masyarakat kampung ini berpindah ke Bendang Puru yang terletak berhampiran Grik sewaktu menggempur pihak komunis.[4]

Biodiversiti sunting

Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Antaranya ialah spesies meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesies tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti Rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesies bunga terbesar. Terdapat 3 spesies bunga raflesia di hutan ini daripada 26 bunga raflesia yang terdapat di dunia iaitu Rafflesia cantleyi, R. kerri and R. azlanii.[1][7]

Terdapat lebih daripada 89 spesies lumut; 48 taksonomi paku-pakis (atau likofit), lebih daripada 374 spesies dalam 84 keluarga tumbuhan berbunga telah disenaraikan dan direkodkan termasuk 15 spesies endemik. Lebih 150 spesies orkid dijumpai di sini.[1]

Hutan ini menjadi habitat kepada spesies enggang terbanyak di dunia iaitu lebih 10 spesies, 80 spesies mamalia termasuk gajah Asia (Elephas maximus maximus), harimau Malaya, seladang Malaya, tapir Malaya, harimau bintang, kucing tulap dan pelbagai spesies kucing. Turut dijumpai di hutan ini ialah 18 spesies katak dan kodok, 67 spesies ular, dan antara serangga, terdapat lebih dari 132 spesies kumbang, 28 spesies dengan kemungkinan tiga spesies baru cengkerik, 97 spesies rama-rama dan 41 spesies capang dan damselfly.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Royal Belum State Park. UNESCO. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  2. ^ a b Bongkar misteri Royal Belum, hutan tertua dunia. Sinar Harian. Diterbitkan pada 4 Mac 2015. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  3. ^ Belum-Temenggor, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2006, dicapai pada 19 Oktober 2006
  4. ^ a b c d Membongkar misteri Royal Belum. Berita Harian. Diterbitkan pada 16 Ogos 2019. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  5. ^ Belummm belummm. Harian Metro. Diterbitkan pada 24 Mac 2018. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  6. ^ Belalang asal nama Hutan Royal Belum. Berita Harian. Diterbitkan pada 27 Ogos 2015. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  7. ^ a b Royal Belum 'Permata Hati' Perak. mSTAR. Diterbitkan pada 8 April 2014. Dicapai pada 13 Jun 2020.

Pautan Luar sunting