IBM DB2 ialah pelayan pangkalan data model hubungan yang dibangunkan oleh IBM. Terdapat tiga produk utama dalam keluarga DB2 iaitu DB2 untuk LUW (Linux, Unix, dan Windows), DB2 untuk z/OS (kerangka utama), dan DB2 untuk iSeries (dahulunya OS/400). Produk DB2 LUW boleh dijalankan pada pelbagai edaran Linux dan UNIX, seperti Red Hat Linux, SUSE Linux, AIX, HP/UX, dan Solaris, dan kebanyakan sistem Windows. DB2 turut menggerakkan edisi Gudang IBM InfoSphere, yang secara asasnya DB2 LUW dengan DPF (Database Partitioning Feature), sebuah seni bina gudang data hampa kongsi selari yang besar. Satu lagi RDBMS, Informix, telah diperolehi IBM pada tahun 2001.

IBM DB2
PembangunIBM
Pelancaran pertama1983 (1983)
Keluaran stabil
DB2 Data Server (10.1) / 30 April 2012; 11 tahun yang lalu (2012-04-30)
Bahasa pengaturcaraanC, C++, himpunan
Sistem pengendalianRentas-pelantar
Terdapat dalamInggeris
JenisRDBMS
LesenEULA hak milik
Tapak webHalaman DB2 di ibm.com

Maklumat teknikal sunting

DB2 boleh ditadbir menerusi baris perintah mahupun GUI. Antara muka baris perintahnya memerlukan pengetahuan yang lebih meluas mengenai produk ini tetapi boleh diskrip dan diautomasikan dengan mudah. GUInya pula ialah pelanggan Java rentas-pelantar yang mempunyai pelbagai wizard sesuai untuk pengguna baharu. DB2 menyokong SQL serta XQuery. Ia juga mempunyai pelaksanaan asli bagi storan data XML, di mana data XML disimpan sebagai XML (bukan sebagai data hubungan atau data CLOB) untuk capaian lebih pantas menggunakan XQuery.

DB2 ada API untuk REXX, PL/I, COBOL, RPG, FORTRAN, C++, C, Delphi, .NET CLI, Java, Python, Perl, PHP, Ruby, dan banyak lagi bahasa pengaturcaraan lain. DB2 turut menyokong penyepaduan kedalam persekitaran pembangunan bersepadu Eclipse dan Visual Studio.

Pemprosesan ralat sunting

Satu ciri penting atur cara komputer DB2 ialah pengendalian ralat. Struktur kawasan komunikasi SQL (SQL communications area, SQLCA) pernah digunakan secara khusus dalam atur cara DB2 bagi memulangkan maklumat ralat kepada atur cara aplikasi selepas setiap kenyataan SQL dilaksanakan. Diagnosis ralat yang utama, tetapi tidak berguna secara sendirian, dilakukan dalam medan SQLCODE dalam blok SQLCA.

Versi sunting

LUW sunting

  • v8.1 - v8.2 - bernama kod Stinger
  • v9.1 - bernama kod Viper
  • v9.5 - bernama kod Viper2
  • v9.7 - bernama kod Cobra
  • v9.8 - Only Pure Scale
  • v10.1 - bernama kod Galilleo
  • v10.5 - Blu Acceleration.

Pautan luar sunting