ITV ialah sebuah rangkaian penyiar televisyen berkhidmat awam di United Kingdom yang didirikan oleh Independent Television Authority (ITA) untuk menyediakan saingan kepada BBC. ITV ialah rangkaian televisyen swasta tertua di UK yang bermula siaran pada tahun 1955. Semenjak Akta Penyiaran 1990 berkuatkuasa, nama sahnya ialah Channel 3, yang mana nombor 3 tiada erti selain membezakannya daripada BBC One, BBC Two dan Channel 4; sebelum ini, rangkaian ini langsung tiada nama sah. Ramai penonton menetapkan penerimaan stesen ITV setempat mereka kepada butang 3, manakala stesen-stesen lain ditetapkan mengikut nombor yang tertera dalam nama masing-masing.

ITV harus dibezakan dengan ITV plc, iaitu syarikat yang terhasil daripada penggabungan Granada plc dan Carlton Communications pada tahun 2004, dan juga syarikat induk ITV Broadcasting Limited yang menerima pemindahan lesen penyiaran Channel 3 di England, Wales, Sempadan Scotland/England dan Isle of Man pada November 2008. Begitu juga, ITV1 ialah jenama gunaan ITV plc untuk penyiaran Channel 3 di kawasan-kawasan tersebut, sementara STV dan UTV menggunakan jenama masing-masing di kawasan siaran masing-masing (Scotland Utara dan Tengah, dan Ireland Utara).

Pertubuhan sunting

 
Kongisan penontonan saluran-saluran digital ITV (2000–2008).

Berbeza dengan saluran-saluran TV lain di United Kingdom, ITV tidak dimiliki oleh sebuah syarikat tunggal. Ofcom telah mengeluarkan lesen kepada empat syarikat untuk menyediakan khidmat Channel 3 setempat. ITV Broadcasting Limited berkhidmat di 10 kawasan di England dan Wales di samping kawasan sempadan Scotland dan Isle of Man, dengan lesen hari bekerja dan lesen hujung minggu berasingan untuk kawasan London. Di Scotland, STV Central Limited memegang lesen untuk Scotland Tengah, manakala STV North Limited memegang lesen untuk Scotland Utara, termasuk kepulauan-kepulauan Hebrides, Orkney, dan Shetland; kedua-dua perkhidmatan bersiaran dengan jenama stv. Ulster Television Limited diberi lesen untuk Northern Ireland dan berjenama utv. Di Kepulauan Channel, pemegang lesennya ialah Channel Television Limited yang berjenama ITV1.

Butiran pelesenan sunting

Jadual berikut menyenaraikan lesen Channel 3 setempat dan seluruh negara semasa dan pemegang lesen masing-masing.
Lesen-lesen di England dan Wales dipegang oleh syarikat-syarikat setempat milikan ITV plc sebelum November 2008.[1]

Kawasan Perkhidmatan Berlesen Pemegang Lesen[2] Lesen dipegang sejak Syarikat Induk Nama Perkhidmatan Nama di Udara
Lesen-lesen Channel 3 Setempat
Scotland Utara STV North Limited 1961 STV Group plc Grampian Television STV
Scotland Tengah STV Central Limited 1957 STV Group plc Scottish Television STV
Ireland Utara UTV Limited 1959 UTV Media plc UTV UTV1
Kepulauan Channel Channel Television Limited 1962 Yattendon Group plc ITV1 Channel Television ITV1 (Channel Television)2
Sempadan England-Scotland ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Border) ITV1
England Timur Laut ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Tyne Tees) ITV1
Yorkshire, Lincolnshire dan Norfolk Utara ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Yorkshire) ITV1
England Barat Laut 3 and Isle of Man 4 ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Granada) ITV1
Wales dan England Barat ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (HTV Wales)
ITV1 (HTV West)
ITV1 Wales1
ITV1
Midlands 5 ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Central) ITV1
England Timur ITV Broadcasting Limited Disember 2006 6 ITV plc ITV1 (Anglia) ITV1
London (Hari Bekerja) ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Carlton) ITV1
London (Hujung Minggu) ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (LWT) ITV1
England Selatan dan Tenggara ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Meridian) ITV1
England Barat Daya ITV Broadcasting Limited November 2008 ITV plc ITV1 (Westcountry) ITV1
Lesen Channel 3 Seluruh Negara
Waktu sarapan seluruh negara ITV Breakfast Limited 1993 ITV plc7 ITV Breakfast Daybreak;
Lorraine;
CITV (hujung minggu)

  1. Jenama ITV1 disiarkan semalaman
  2. Biasanya sekadar ITV1.
  3. Sehingga tahun 1968, perkhidmatan tunggal untuk kawasan Utara yang terdiri daripada kawasan Barat Laut dan kebanyakan kawasan Yorkshire masa kini, disediakan oleh Granada Television pada Isnin hingga Jumaat, dan ABC Television pada hujung minggu.
  4. Liputan diserahkan oleh ITV1 Border and Tyne Tees kepada ITV1 Granada berikutan peralihan digital di Isle of Man pada Julai 2009.
  5. Sehingga tahun 1968, perkhidmatan untuk kawasan Midlands disediakan oleh Associated Television pada Isnin hingga Jumaat, dan ABC Television pada hujung minggu.
  6. "Anglia Television Limited", yang menyediakan perkhidmatan sejak tahun 1959, ditukarkan namanya kepada "ITV Broadcasting Limited" pada 29 Disember 2006.
  7. ITV plc membeli baki pegangan saham GMTV (kini ITV Breakfast) dari Walt Disney pada November 2009.

Rujukan sunting

  1. ^ "Television Broadcast Licensing Update November 2008". OfCom. November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-05. Dicapai pada 2009-02-14.
  2. ^ "Channel 3 (ITV)". Ofcom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-01. Dicapai pada 2007-09-27.

Pautan luar sunting

Templat:ITV