Ian MacAlister Stewart, Laird of Achnacone Yang ke-13 adalah seorang pegawai Tentera British. Dia adalah antara beberapa pegawai British yang berjaya menunjukkan daya juang yang baik menetang Tentera Jepun semasa Penaklukan Jepun di Tanah Melayu

Fail:Bosargylllead.jpg
Lt. Kol. Ian MacAlister Stewart (tengah), pemerintah 2 Argylls meranduk paya di Bukit Timah bersama-sama Mejar Angus MacDonald (kiri) and Sarjan Mejar Munnoch. (kanan)

Perkhidmatan Tentera sunting

Perkhidmatan tentera Stewart paling menonjol dan didominan oleh perkhidmatan beliau dengan Rejimen Argyll and Sutherland Highlanders, sebuah rejimen tentera terdiri daripada orang-orang Scotland dari kawasan tanah tinggi Argyllshire, Stirling, Clackmannan, Dumbarton, Renfrew dan Kinross di Scotland.

Stewart terlalu taksub dengan perkhidmatan dengan Argyll and Sutherland Highlanders sehingga pegawai-pegawai lain terkejut mengetahui Stewart sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan! Dalam tahun 1930-an, Stewart diberikan pemerintahan Batalion ke-2 Rejimen Argyll and Sutherland Highlanders.

Stewart menolak tawaran untuk menghadiri Maktab Turus di Camberley kerana ini terus bersama dengan batalionnya. Keputusan ini bermakna Stewart tidak boleh dinaikkan pangkat dan menjadi panglima briged ataupun memegang jawatan turus di markas medan.

Tanah Melayu sunting

Apabila Perang Dunia II meletus, Stewart gembira menjadi Pegawai Pemerintah Batalion ke-2 Argyll and Sutherland Highlanders. Pada awal tahun 1941, Batalion ke-2 Argyll and Sutherland Highlanders dipindahkan dari India ke Tanah Melayu.

Stewart merupakan antara sebilangan pegawai Tentera British yang melihat keperluan pasukan mereka diberikan latihan yang khusus untuk berperang dalam hutan belantara dan iklim panas tropika. Stewart tahu keperluan ini penting sekiranya beliau hendak menewaskan Tentera Jepun. Stewart giat melatih batalionnya dalam aspek peperangan hutan dan menyesuaikan diri dengan hangat iklim tropika. Stewart dan pasukannya menggubal taktik baru untuk membolehkan mereka terus efisien sebagai pasukan tentera di dalam cuaca di Tanah Melayu.

Apabila 2 Argylls memasuki pertempuran dengan askar-askar Jepun dalam bulan Disember 1941, pasukan itu merupakan satu daripada segelintir daripada pasukan Tentera British yang dapat berperang dengan baik menentang askar Jepun. 2 Argylls bertindak cemerlang untuk menyekat dan melengahkan kemaraan askar Jepun, bermula dengan pertempuran di Jalan Grik, hingga ke Pertempuran di Kampar dan Pertempuran di Slim River sehinggalah ke Pertempuran Singapura. Tetapi penggunaan Batalion 2 Argylls bererti mereka bertempur secara berterusan sepanjang kempen penaklukan Jepun dan dengan itu mengalami kadar korban perang yang tinggi.

Kekesanan Stewart memerintah 2 Argylls akhirnya menggerakkan kepimpinan Tentera British untuk melantik beliau menjadi Panglima 12 Briged India selepas panglima asalnya Brig. Jen. A. C. M. Paris dipilih untuk menggantikan Mej. Jen. David Murray-Lyon sebagai Panglima 11 Divisyen India. (David Murray-Lyon tidak menunjukkan kepimpinan yang baik sepanjang pertempuran bermula dari Pertempuran Jitra).

Di Singapura, apabila 12 Briged India Stewart kembali sebagai pemerintah Bn 2 Argylls selepas Tentera British berundur daripada Semenanjung Tanah Melayu. Stewart merupakan antara pegawai British yang paling akhir menyeberangi Tambak Johor ke Singapura semasa pengunduran Tentera British.

Plymouth Argylls sunting

Oleh sebab bilangan korban yang dialami terlalu tinggi, Bn 2 Argylls bergabung dengan satu pasukan seramai 210 askar Marin Diraja British terdiri dari askar-askar detasmen Marin yang terselamat dari penenggelaman H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse. Pasukan ini dikenali dengan nama Plymouth Argylls (jolokan kepada nama kelab bola sepak Plymouth Argyle). Stewart memimpin pasukan Plymouth Argylls dalam Pertempuran Bukit Timah dan pertempuran-pertempuran yang berikutnya.

Selepas Singapura sunting

Stewart dipaksa oleh pemerintahan tinggi Tentera British untuk meninggalkan Singapura kerana mereka mahu mengumpulkan pegawai-pegawai yang berkaliber dan berpengalaman berperang dengan jayanya menentang Tentera Jepun untuk diselamatkan ke Australia bagi tujuan dijadikan kumpulan teras pembinaan semula pasukan tentera untuk menentang kemaraan Jepun. Stewart dinaikkan pangkat menjadi Brigedier Jeneral dan dilantik menjadi Panglima Briged ke-144 Infantri

Pautan Luar sunting