Abu 'Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub Ibn Miskawayh, (bahasa Parsi: ابن مسكوويه) juga dikenali sebagai Ibn Miskawayh (932-1030) adalah seorang tokoh falsafah, ahli sains, penyair dan sejarawan Parsi yang berasal dari Ray, Iran. Beliau merupakan ahli politik yang sangat aktif pada era zaman Buwayhid.

Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Ahmad Ibn Muhammad Miskawayh Razi
Gelaran: Ibn Miskawayh
Lahir: 932 M
Wafat: 1030 M
Etnik: Parsi
Rantau: Iran
Karya: Tadhib al-akhlaq (Panduan Akhlaq), Al-Fawz al-Asghar, Tarajib al-umam (Pengalaman Ummah)

Beliau juga merupakan ahli falsafah Islam yang amat mengambil berat berkaitan dengan isu etika. Beliau juga merupakan penulis utama dalam kerja-kerja Islam yang berkaitan dengan etika-etika falsafah, dengan terbitan buku yang berjudul Tadhib al-akhlaq (Penerangan Etika), yang khusus memberi fokus terhadap praktikal etika, konduk dan penyempurnaan watak. Beliau turut memisahkan etika peribadi daripada ranah awam, dan menjernihkan sifat membebaskan alasan dengan penipuan dan hasutan alam.

Kehidupan sunting

Miskawayh sebenarnya merupakan seorang masyarakat Parsi dan beragama Parsi dan akhirnya memeluk Islam (meskipun beliau dipercayai pengamal patronymics); beliau cukup fasih dalam berbahasa Parsi Tengah untuk menterjemahkan beberapa teks-teks pra-Islam ke dalam bahasa Arab. Beliau bekerja sebagai setiausaha dan perpustakawan untuk Adud al-Dawlah, sehinggakan hasil kerja beliau sangat dikagumi.

Tarajib al-umam sunting

Miskawayh dianggap sebagai sejarahwan yang berada di puncak kegemilangan Islam oleh orientalis Barat seperti D. S. Margliouth. Dalam buku beliau Tarajib al-umam (Experiences of Nations), Ibn Miskawayh merupakan antara sejarahwan Muslim pertama yang menulis peristiwa-peristiwa yang dilihat sendiri oleh beliau (beliau hadir dalam acara tersebut, dan bukannya mendengar cerita-cerita dari orang istana atau sebagainya). Sebagai birokrat Buwayhid, beliau bekerja di bawah wazir al-Muhallabi dan dengan itu mendapat keistimewaan di mana beliau boleh mendapat berita langsung berkaitan hal-hal yang berlaku dalam istana.

Evolusi sunting

Ibn Miskawayh adalah antara orang yang pertama yang menjelaskan ide evolusi. Muhammad Hamidullah menerangkan ide yang boleh dijumpai dalam buku al-Fawz al-Asghar seperti berikut:

"[Buku ini] menyatakan bahawa Tuhan menciptakan jirim dan menyalurkan jirim ini dengan tenaga agar ia boleh berkembang. Jirim kemudiannya menjadi wap, yang akan menjadi air selepas tempoh tertentu. Langkah seterusnya adalah perkembangan hidup bahan galian. Pelbagai jenis batuan berkembang dan bentuk tertinggi yang boleh dicapai oleh galian mineral adalah mirjan (batu karang). Hal ini demikian kerana karang mempunyai dahan-dahan seperti pokok. Selepas itu, jirim tadi akan berevolusi pula ke alam tumbuhan. Evolusi ini akan berterusan sehingga akhirnya menjadi pokok yang mempunyai ciri-ciri haiwan. Inilah pokok kurma. Pokok kurma mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Ia tidak mati jika semua dahannya dipotong, tapi ia mati hanya apabila kepalanya (pucuk atau daun di bahagian paling atas pokok) dipotong. Kerana itu, pokok kurma dianggap yang tertinggi dalam alam tumbuhan tetapi terendah dalam alam haiwan. Dari alam pokok lahirlah haiwan yang paling rendah tarafnya. Semua haiwan ini akan berevolusi menjadi beruk. Ini bukanlah pernyataan dari Darwin, melainkan inilah yang dinyatakan Ibn Miskawayh dan inilah yang tercatat dalam Epistles of Ikhwan al-Safa. Beruk pula akan menjadi sejenis manusia yang berperangai seperti orang gasar, dan dari sini akhirnya menjadi manusia biasa. Manusia pula menjadi nabi, dan akan berevolusi pula kepada malaikat. Dan Tuhan berada di atas para malaikat. semuanya bermula dari Dia, dan akan berakhir dengan Dia."[1]

Manuskrip al-Fawz al-Asghar dalam bahasa Arab boleh didapati di Eropah sejak abad ke-19. Hasil kerja Ibn Miskawayh ini dipercayai telah dikaji oleh Darwin, dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara Darwin, yang tahu berbahasa Arab, berfikir dan dalam menulis buku-buku beliau yang lain.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Muhammad Hamidullah and Afzal Iqbal (1993), The Emergence of Islam: Lectures on the Development of Islamic World-view, Intellectual Tradition and Polity, p. 143-144. Islamic Research Institute, Islamabad.

Pautan luar sunting